Syauqina membuka matanya. Sinar cahaya yang menembusi mata ditutup oleh telapak tangan. Silau. Perasan Syauqina tangan kananya diletakan tiub seperti dalam hospital.
Mata Syauqina melihat sekeliling. Ini bukannya hospital. Tapi bilik dia dan Aiman. Dia tertanya, bila masakah dia di bawa pulang.
Telinga gadis itu dapat tangkap beberapa butir bicara diluar pintu bilik. Satu suara, dia tahu itu suara Aiman. Tetapi lagi satu suara, dia tidak dapat mengecam siapakah pemilik suara tersebut.
"Qina! " Panggil Aiman. Terus dia hampiri Syauqina yang berusaha untuk duduk. Badan Syauqina terasa sengal. Kebas semuanya. Berapa lama dia terbaring.
"Aiman, emm abang... berapa lama saya terbaring ni. " Soal Syauqina. Aiman membantu Syauqina untuk duduk. Kemudian, kaki Syauqina diurut lembut.
"Qina hadapi kejutan yang besar. Lepas pengkebumian Riana, Syauqina pengsan dan tak sedarkan diri selama seminggu. " Beritahu Aiman. Syauqina terkejut.
Seminggu dia tidak sedarkan diri. Syauqina memegang dahinya, terasa perit. Dia teringat akan Riana. Ya, dia harus menerima semua takdir.
"Sayang okey? " Soal Aiman. Jari jemari Syauqina digenggam olehnya. Aiman membetulkan sedikit rambut halus lalu dahi Syauqina dikucup. Tangan Aiman mengurut leher dan bahu isterinya sambil tersenyum.
"Saya okey.. Abang tu, okey tak? " Tanya Syauqina. Lengan Aiman yang berada dibahunya dialihkan lalu dia menyalam tangan Aiman. Air mata Syauqina jatuh di pipi.
"Qina... " Panggil Aiman perlahan. Wajah Syauqina diangkat, air mata Syauqina dikesat menggunakan jarinya.
"Saya minta maaf Abang. " Pinta Syauqina, tubuh Aiman didakap kejap. Dia menangis dibahu suaminya.
"Sayang.. It's okey honey, dah lama abang maafkan sayang. jangan nangis ya? " Pujuk Aiman. Syauqina mengesat airmatanya, pandangan Aiman dibalas dengan senyuman kecil.
Dahi Syauqina dikucup lagi.
"Abang takkan tinggalkan Qinakan? " Syauqina bertanya lagi. Mata mereka bertentang, Aiman mengusap lembut pipi Syauqina. Seraya itu, Syauqina melentokkan kepalanya pada tapak tangan Aiman.
"Tak pernah terlintas dalam hati abang nak tinggalkan sayang. Sayanglah pengerang jantung ni, mana boleh tinggal.. " Pujuk Aiman sambil mendabik dadanya pada Syauqina.
"Habis, kenapa abang tak tegur Qina. Tidur asing asing—
"I'm sorry.. Abang ikutkan perasaan. Abang terasa bila sayang tak bagitahu abang yang sayang dah sembuh. " Potong Aiman. Mata Syauqina bergenang lagi, bukannya dia sengaja. Cuma tak bersedia.
"Sayang pergi mandi.. Busuk tahu? " Usik Aiman. Sudah seminggu Syauqina terbaring, tapi tak mungkin badannya berbau. Syauqina menjeling Aiman manja, dia mahu berdiri.
Tetapi langkah Syauqina terbantut. Dia terasa kebas dan kejang. Hampir terjatuh dibuatnya, mujur ada Aiman sempat menyambut. Dia memeluk pinggang milik Syauqina kuat, seperti tidak mahu melepaskannya.
"Nak Abang mandikan tak? " Soal Aiman masih mahu mengusik Syauqina.
Syauqina menggelengkan kepalanya berkali kali, tanda tidak mahu. Kedua tangan Syauqina melekap didada Aiman, perasaannya lain macam. Dia berasa gembira apabila dekat dengan Aiman.
"Abang.. Emm, dah mandi? " Tanya Syauqina. Sedaya upaya dia menahan rasa malu, otak Syauqina tidak berfikir secara teratur. Akibatnya, soalan yang memalukan terkeluar dari bibir.
Aiman ketawa kecil.
"Kalau nak cakap, tak payah tanya balik.. " Aiman masih dalam mood mengusik. Syauqina menundukkan wajah, dia dapat rasakan tubuhnya diawang awangan. Aiman mengangkatnya.
Kini mereka berada dalam bilik air. Aiman meletakkan Syauqina di atas mangkuk tandas yang betutup. Dia keluar dari bilik air dan kembali bersama kain batik dan tuala.
"Sayang betul ni nak abang mandikan, jangan menyesal eh? " Aiman mengusik lagi. Syauqina tergelak besar dengan gurauan Aiman. Dia rasa bahagia.
"Abang keluarlah.. Qina boleh mandi sendiri. " Syauqina berdiri dan menolak tubuh Aiman.
"Okey abang keluar, hati hati.. Rasa rasa nak jatuh tu panggil Abang biar abang sambut... " Gurau Aiman. Syauqina tersenyum malu, dari tadi lagi Aiman tidak habis habis mengusiknya. Mungkin sudah sampai masanya, Syauqina jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri pada Aiman.
Selesai sahaja mandi, Syauqina melangkah keluar bilik air dengan berhati hati, kain tuala yang terikat pada badannya diperketatkan lagi. Anak mata Syauqina mencari kelibat Aiman namun suaminya tiada.
"Cari abang ke? " Suara Aiman yang menggoda menyapa Syauqina. Berderau darah gadis itu apabila tangan Aiman melekap dikedua bahunya. Syauqina cuba mengawal nafas, sudahlah dia tidak berbaju lagi.
Aiman tersenyum, hidungnya menangkap wangian Syauqina yang segar. Sekarang waktu mengusik hati Syauqina. Dia memeluk isterinya dari belakang, hidung Aiman terus menerus bermain ditelinga Syauqina. Mencium wangian isterinya. Melihat riaksi Syauqina yang kegelian Aiman tergelak.
"Abang, Qina nak pakai baju.. " Pinta Syauqina, dia menjarakkan tubuhnya dari Aiman. Rasa kekok dan tidak biasa, dia tidak pernah seintim ini dengan Aiman.
"Syauqina sekejap. " Aiman menahan Syauqina daripada bergerak.
"Esok kita pergi hospital nak? " Soal Aiman. Dia melihat Syauqina mengerutkan dahi, Aiman tersenyum kelat. Dia tak pasti sama ada isterinya setuju atau tidak.
"Tapi kenapa, saya dah sihatkan.. Kenapa saya kena pergi pula.. " Syauqina cuba membantah.
"Tapi...
"Dahlah, saya nak pakai baju. Abang keluarlah.. " Potong Syauqina. Dia menolak badan Aiman agar keluar dari bilik tetapi Aiman sempat menangkap tangan kecil Syauqina.
Sebelah lagi tangannya memeluk pinggang Syauqina. Dia merapatkan tubuh isterinya yang berkain tuala itu pada tubuhnya. Syauqina melekapkan kedua tangan didada Aiman. Dia menelan air liur.
"Kita kena buat diagnosis. Memang Qina dah sembuh tapi kena buat rawatan terakhir sebab nak pastikan psikologi tu tak ada lagi.. Jangan marah Qina, ini untuk sayang juga. " Pujuk Aiman. Dia tahu Syauqina terasa dengan ajakannya tapi nak buat bagaimana itu memang sudah menjadi protokol hospital untuk pesakit.
Syauqina pula tidak jawab, dia hanya diam dan kaku. Aiman sedar atau tidak kedudukan dia dan Syauqina yang begitu intim. Jantung gadis itu berdegup laju, segala yang dikatakan oleh Aiman hanya menjadi sayup.
"Sayang?.. " Aiman memanggil Syauqina. Barulah isterinya itu sedar. "Hei berangan apa? " Hairan Aiman dengan Syauqina.
Syauqina cuba menolak Aiman, tetapi suaminya itu menguatkan lagi pelukannya. Malah bibir Syauqina dikucup lembut. Lagi tak keruan Syauqina dibuatnya.
"Abang nak tanya sesuatu boleh? " Soal Aiman setelah kucupan itu berakhir. Jarinya bermain dibibir Syauqina. "Sayang ada rasa apa apa tak bila dekat dengan abang? " Aiman terus menerus memerhati bibir isterinya, menunggu Syauqina untuk jawab.
"Ada.. " Jawab Syauqina jujur.
"Apa dia? Bagitahulah.. " Desak Aiman manja. Syauqina tersenyum manis, ditambah lagi cantik dengan lesung pipitnya.
"Kalau nak tahu abang kena lepaskan saya, sebab saya nak pakai baju and then nak makan. Habis tu semua baru Qina bagitahu ya? " Ujar Syauqina. Wajah Aiman berubah, pura pura sedih.
"Alah janganlah macam ni.. Please. " Pujuk Syauqina.
Aiman melepaskan dia, kemudian berlalu keluar dari bilik membiarkan Syauqina menyarung pakaian. Dalam hati Aiman sebenarnya gembira tak terhingga, dia mahu gunakan kesempatan ini untuk luahkan perasaan sebenarnya pada Syauqina.
Dia mahu menyatakan cintanya.
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...