I.H.B 28

15.2K 612 12
                                    

Oh..angin kau kirimkan kalimah kasihku,
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi,
Biarlah sekadar memujuk hati,
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini,

Oh..hati kau sedarilah kenyataan ini,
Agar dapat ku gagahi dan terus berdiri,
Biarlah ku bersendirian,
Terkurung dalam kenangan silamku,
Biarlah aku menahan rindu,
Menahan rindu,

Hari itu hari berat buat Syauqina. Satu, sahabat yang sering menjaga dan menjadi pelindungnya dari bangku sekolah sehingga sekarang.

Dua, seorang adik yang menjahatinya. Tapi dalam hati Nur Syauqina menyayangi adiknya walaupun bukanlah adik kandung yang didambakan olehnya.

Tiga, seorang suami yang disayangi dan dicintai olehnya. Walaupun hanya sekejap, tetapi impaknya terlalu besar sehingga diri Syauqina turut memberi ransangan positif. Itulah kuasa cinta suami isteri.

Empat adalah dirinya. Perlukah dia berkorban untuk semua orang yang disayangi. Ya Allah, ujian ini untuk menguatkan aku tetapi kenapa aku terlalu lemah untuk menghadapinya? Rintih Syauqina.

"Qina.. Qina tak boleh. Tolonglah mama, lepaskan kami. Kami tak bersalah mama.. " Rayu Syauqina. Betis Arini dirangkul sambil teresak esak menangis. Biarlah jika dianggap pengemis, Syauqina tidak mahu sesiapa terkorban. Cukuplah ibu, abah dan Ree yang menjadi mangsa.

"Kau tak boleh buat pilihan? Baik, aku yang akan pilih. Tapi pilihan aku siapa yang mati dulu! " Arini menendang Syauqina jauh dari kakinya. Pistol yang berada di pegang ditalakan pada Azad!

"Jangan bunuh Azad. Tolonglah mama!! " Aiman meronta. Ingin melepaskan ikatan tangan dibelakang badannya. Tidak sempat, Aiman di kerjakan lagi. Menahan sakit, yang amat.

"Hahaha kalau kau tak nak kena seksa macam tu, lebih baik kau diam. Disebabkan kehadiran budak nilah Malik tinggalkan aku, aku benci! " Arini berang. Kaki Azad ditembak dahulu. Menjerit Azad dibuatnya. Kesakitan hanya Allah sahaja yang tahu, keperitan meresap dalam badannya.

"Kau adalah perempuan yang paling jijik pernah aku jumpa. Kau perempuan psiko yang sanggup buat apa je asalkam dendam kau terbalas. " Celah Azad dalam keadaan lemah.

"Diam aku kata!!! "

Pengg!!

Sebelah lagi kaki Azad ditembak tanpa belas. Sekian kalinya, Azad menjerit. Raungan itu jelas ditelinga Syauqina. Nafas gadis itu mula tidak teratur.

"Kau buat jelah apa yang kau suka. Kau takkan dapat keampuan dari kami semua. Hidup kau takkan aman sampailah kau mampus. Ibu dan Abah Syauqina, mak bapak aku dan aku. Takkan sesekali maafkan perbuatan jijik kau ! " Tambah Azad. Arini sudah meluap kemarahan. Kali ini pistol diacukan pada Azad.

Dengan amukan Arini dia melepaskan beberapa das tembakan. Salah satunya terkena pada dada Azad, menembusi jantung lelaki itu.

"Azad!!!! ya Allah " Jerita Aiman melawan lelaki yang memegangnya dengan kudrat yang ada. Setelah lepas, dia meluru ke arah Azad.

Pengg!!

Suara tembakan dari arah yang berbeza menembusi belakang badan. Serta merta perbuatannya menjadi kaku. Darah mula mengalir bermula dari dada, sementara mulut terkumat kamit menahan darah dari mengalir keluar.

Polis yang baru tiba menyerang konco konco Arini. Suara tembakan dan peluru merata rata kedengaran. Suasana hening itu berakhir apabila semuanya berjaya ditangkap.

"Mama!!!! " Sarah menjerit. Apabila ikatannya di lepaskan oleh Mak Jah. Maisarah menangis memeluk Arini yang sudah terbaring di tanah, sayu hatinya. Benar benar sayu.

"Azad. Pandang aku Azad.. " Aiman merayu. Pipi Azad di tepuk agar adiknya sedar. Azad tersenyum lemah, berusaha mengangkat tangan untuk mencapai tangan Aiman.

"Abang. Kau jaga Qina tau.. " Pesan Azad. Aiman menggelengkan kepala.

"Tolonglah.. Aku baru nak rasa ada adik, aku gembira Azad bila aku dapat tahu semuanya. Aku sayang kau dik. "

"Hurmm.. Aku pun sayang kau bang. Tak sangka-aku-buat-pengakuan-ni. Aku gembira kau jadi abang aku walaupun tak lama.. " Jujur Azad lalu memegang tangan Aiman. Pandangannya semakin kabur, panggilan Aiman juga tidak dipeduli. Yang  dia dengari hanyalah tangisan gadis yang dicintainya.

Bola mata Azad tertancap disitu, cuba dia mengangkat tangan namun tak terdaya. Dia tahu kini sudah tiba untuk pergi. Azad memejamkan mata serapat rapatnya sehingga tidak terbuka selamanya.

"Azad Mikhael!!! " Raung Aiman memeluk Azad yang kaku tidak bergerak. Berjurai air mata Aiman mengalir dipipi. Sungguh dahsyat Azad diperlakukan sebegitu. Aiman berasa gagal melindungi isteri dan adiknya.

Syauqina menekup telinganya dengan kedua tapak tangan. Bunyi tembakan merata tempat, dia tidak boleh bertahan lama. Perasaan takut mula menyelubungi diri.

Aiman beralih pada Syauqina selepas pihak polis mengerah mayat Azad dibawa ke hospital. Dia mendapatkan gadis itu, tangan Aiman mencapai jemari Syauqina.

"Qina.. " Panggilnya lembut. Syauqina menoleh dengan riak wajah cuak. Takut dan trauma mula bersarang.

"Qina don't lose you mind.. Pandang abang. " Pujuk Aiman. "Mengucap Syauqina " Pesannya. Syauqina menggelengkan kepala. Takut. Dia tidak berani. Hatinya kecut.

"Tak...nak!! " Jerit Syauqina. Dia meracau racau sambil menangis sehingga Aiman ditolak ke belakang. Syauqina ingin berlalu.

Aiman menguatkan dirinya untuk mendakap Syauqina. Isterinya itu dipeluk kuat dari belakang, dia menjerit untuk memberi Syauqina ubat penenang. Segera paramedik disitu menghulur jarum suntik. Syauqina disuntik.

Perlahan lahan, kelopak mata Syauqina tertutup. Kini, keadaan gadis itu sedikit tenang kesan daripada ubat penenang. Aiman mengendong tubuh isterinya ke ambulans.

Mak Jah dan juga konco konco Arini ditangkap. Begitu juga Maisarah. Mereka dituduh bersubahat dengan niat membunuh. Mak Jah redha atas ketentuan, biarlah dia menjalani hukuman untuk dosanya yang lampau.

Arini pula meninggal dunia ditempat kejadian seperti Azad. Kedua mayat itu dibawa ke hospital, untuk siasatan lanjut. Kini semuanya jelas dimata Aiman.

Silap arwah ayahnya kerana membuat seorang perempuan naif menderita. Arini hanya memerlukan kasih sayang daripada seorang suami dan lelaki. Tetapi seksa yang mengiringi. Habis madu sepah dibuang. Aiman berjanji untuk membahagiakan Syauqina, dia mahu menunaikan hasrat Azad. Dia juga tidak mahu Syauqina menderita.

To be continue..

See ya! 
Lambat lagilah nak ending gamaknya.😅

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now