I.H.B 8

16.9K 731 3
                                    

"Morning Syauqina..." Aiman menyapa di tepi katil.

Syauqina membuka matanya, diperhati Aiman sedalam yang mungkin.

"Kau siapa?!" Soal Syauqina kasar. Terkejut barangkali.

"Ya Allah.. Qina, ni sayalah Aiman. Suami thorchenta awak.." Aiman berseloroh.

"Oh ya. Hah nak apa?"

"Jom, kita pergi honeymoon.."

"Hari ni? Gila ke apa, saya kerjalah." Beritahu Syauqina lalu duduk disebelah Aiman.

"Alah.. awak minta cuti berapa hari? Padahal semalam baru lepas kahwin."

"Satu. Malaslah cuti lama lama."

Aiman sudah muncung kehadapan. Tanpa dipedulikan, Syauqina terus menerjah masuk ke dalam bilik air. Nak merajuk, pergi jauh jauh.

"Kejam betul dia ni... aku nak honeymoon." Aiman menghentak kakinya.

"Qina... mintalah cuti dalam dua tiga minggu. Tolonglah, jomlah kita pergi honeymoon. Please sayang.." Jerit Aiman dimuka pintu bilik air.

Tukk !

Tukk !

Tukk !

Syauqina membuka pintu bilik air.

"Okey." Balas Syauqina lalu di tutup kembali.

Aiman mula bersorak riang. Bukannya senang doktor psiakitri macam dia ni bercuti. Ada peluang, masuk jelah.

Selesai sahaja Syauqina mandi dia segera keluar dari bilik air. Melihat Aiman sudah menyambung tidurnya. Dia terus ke bawah melihat apa yang hendak di makan.

Syauqina perasan, ada yang memerhatikan dia dari luar rumah. Syauqina keluar untuk memastikan perkara itu.

"Siapa tu?" Tegur Syauqina. Dia memakai selipar yang berada di beranda lalu kluar untuk melihat siapa yang berada diluar rumahnya.

"Siapa?...."

"Ni akulah... Azad." Beritahunya. Azad menggosok belakang lehernya sambil tersenyum. Dia memandang Syauqina.

"Kenapa kau datang?" Soal Syauqina. Disilang tangannya lalu menghadap wajah Azad.

Azad masih lagi tidak bersuara.

"Mana kau pergi? Kenapa tak call aku?" Syauqina masih lagi tidak berpuas hati. Azad tidak seperti Azad yang dia kenal. Biasanya mulut sahabatnya itu kecoh apabila berjumpa dengan dia.

"Aku.. minta maaf tak datang wedding kau semalam. Aku ada urusan keluarga." Terang Azad setelah lama mendiamkan diri. Syauqina mengangguk perlahan. Tanda faham.

"Kau tak nak jemput aku masuk dalam?" Tanya Azad. Sambil tersenyum, Syauqina membuka pagar rumahnya. Azad menjejakkan kaki ke dalam kawasan rumah.

"Syauqina.. Siapa tu?" Tanya Mak Jah.

"Azad Mak Jah.. Tolong buatkan air untuk kami." Arah Syauqina. Dia duduk berhadapan dengan Azad.

"Mana suami kau?" Azad memandang sekeliling. Mancari gerangan orang yang merampas Syauqina darinya. Aiman!

"Ohh dia tidur. Penat rasanya. Malam tadi kena cuci pinggan mangkuk" Beritahu Syauqina. Syauqina tersenyum sendiri apabila teringat rengekan Aiman memintanya ikut honeymoon.

Azad perasan.

"Qina.. Kau senyum ke tadi?"

"Eh?  Mana ada.. Merepeklah kau." Dalih Syauqina. Dia juga tidak sedar jika dia tersenyum tadi.

"Yaa kau senyum. Ya Allah, baguslah kalau kau dah okey. Happy for you sayang." Kata Azad sambil cubit pipi Syauqina. Dia turut tersenyum dihadapan gadis itu.

"Qina.." Panggil Aiman. Melihat Azad cubit pipi Syauqina, tersentak jantungnya. Bini Aiman woi!

"Aiman, bila awak bangun?" Syauqina melihat tubuh itu duduk disebelahnya. Aiman tersenyum kelat pada Azad. Tiada sapaan dari mereka berdua.

"You two, duduk dulu. Nak pergi ambil air sekejap." Pinta Syauqina. Terus sahaja dia berdiri. Tidak perasan barangkali ketegangan Aiman dan Azad.

"Kenapa kau datang?" Soal Azad.

"Maksud kau? Bukan sepatutnya aku yang tanya dekat kau ke." Aiman mengembalikan paku buah keras pada Azad. Azad tersenyum.

"Aku tanya, kenapa kau datang dalam hidup Qina?" Azad mula serius. Namun Aiman tersenyum kembali. Suka hati dia je tanya.

"Kau tanya Allah kenapa aku datang dalam hidup Qina.. Ini perancangan Allah untuk hidup kitakan?" Aiman memang pandai berkata kata. Azad terdiam lagi.

"Tolonglah, jangan bagi aku ketawa doktor.." Azad meletakkan tanganya di atas meja. Panas!

Aiman tenang. Senang hatinya dapat kenakan Azad. Sudah ramai orang yang dia jumpa sejak empat tahun bergelar doktor psikologi. Azad is a small matter

Not a big round as Syauqina!

Teringat pada Syauqina buat Aiman runsing. Hati batu gadis itu memang betul betul buat dia buntu. Aiman alihkan pandangannya pada Azad.

"Kau jangan risau. Aku kahwin dengan dia sebab sakit dia. Kau boleh terus berkawan dan jumpa dia tapi kau kena ingat, hormatkan dia sebagai isteri aku selagi kami ada ikatan yang sah." Aiman memberikan senyuman pada Azad.

Azad pula terpinga.

"Betullah? Kau akan ceraikan dia lepas dia sembuhkan.." Azad menduga.

"Tengoklah.. Kalau dia tak jatuh cinta dengan aku, aku ceraikan dia. Tapi kalau dia jatuh cinta dengan aku, aku takkan sesekali ceraikan dia.." Aiman memutar belitkan bicaranya pada Azad.

Syauqina terdengar.

"Syauqina tak mudah jatuh cinta. Aku yakin yang dia tak akan cintakan kau." Azad menepuk tangannya.

"Apa yang korang buat? Cinta apa ni?" Syauqina tiba tiba menyampuk dari belakang mereka berdua.

Jelas Azad dan Aiman terkejut.

"Tak..  Tak ada apa apa." Jawab mereka serentak.

Fuhh!

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now