"Dah tahu sakit, menggatal nak pergi turun bawah.." Bebel Aiman. Syauqina mahu memekakkan telinganya. Dari dia sedar pagi tadi sehinggalah sekarang, Aiman tidak berhenti memarahinya.
"Enough..." Syauqina menutup mulut suaminya. Aiman memandang isterinya. Dia menyilang tangan lalu mengalihkan pandangan.
"Tapi ni salah awak juga, Aiman" Beritahu Syauqina.
Aiman kembali menghadap Syauqina.
"Bila masa salah saya Puan? Saya tak buat apa apa eh.. Tak baik fitnah okey" Bela Aiman terhadap dirinya. Suka hati je si Nur Syauqina ni.
"Siapa suruh awak ci.. Eh, tinggalkan saya" Syauqina memperbetulkan pembaringannya. Nasib tak salah sebut.
"Saya tak tinggal, saya sembunyi je. Tapi, bukan awak ni seorang gadis yang keras ke? Kenapa awak pengsan? Bagi alasan selain sakit" Soal Aiman panjang.
Syauqina melepaskan nafas panjang. Nampak gayanya Aiman tidak mendengar apa yang dia hampir cakapkan. Selamat, selamat.
"Saya dengar Syauqina, tapi tak apa.... Saya biarkan dulu benda tu. Jadi sekarang bagitahu."
"Saya tak ada idea, tiba tiba badan saya jadi lemah. Lepastu bayangan ibu tiba tiba muncul. Budak tu, saya nampak dia terbaring lemah. Saya malas nak layan, tu sebab saya pengsan." Kata Syauqina. Dia langsung duduk kerana terlalu lama baring.
"Apa pula kena mengena? " Soal Aiman kehairanan. Dia berfikir.
"Sebab awak ada dengan saya sesaat. Sesaat lepastu awak hilang. Awak lupa macam mana perkara tu berlaku? Ibu saya hilang dalam sekelip mata. Tahu tahu dia. " Syauqina menghentikan percakapannya apabila terdengar Aiman berdecit panjang seolah memarahinya.
"Okey saya minta maaf sebab tinggalkan awak. " Ucap Aiman beralah.
Syauqina mengangguk perlahan. Kepalanya yang sedikit berdenyut di urut perlahan.
"Syauqina, tahu rasa bersalah? "
Syauqina menggelengkan kepalanya.
"Syauqina pernah sakitkan hati sesiapa? " Aiman bertanya lagi. Dia mahu Syauqina juga merasakan hal yang sama. Rasa bersalah.
Kerana adanya rasa bersalah, Syauqina boleh mewujudkan perasaannya yang lain.
Jawapan Syauqina adalah tidak. Aiman tunduk. Dah agak itu jawapan darinya.
"Kenapa Qina cakap macam tu? " Aiman kembali memandang anak mata Syauqina. Tangan isterinya itu dipegang lembut.
"Entah. Buat apa pula saya nak rasa bersalah kalau saya tak buat salah? " Syauqina mula polos bertanya. Tidak sedar dia sudah masuk perangkap Aiman.
"Tapi Qina ada buat saya sakit hati.. " Jelas Aiman. Pegangannya dilepaskan.
Syauqina berkerut.
"Bila? " Tanyanya.
"Hmm, masa saya cium awak. Awak cakap ciuman tu tak bermakna pada awak. Takkan awak tak faham maksud saya? Awak tahu, perkara tu buat saya sakit hati. " Beritahu Aiman. Jelas wajahnya sedih.
"Oh, patutlah awak tumbuk bantal tu kuat kuat? " Syauqina menunjuk ke arah bantal kepala yang berada di kakinya.
Aiman tunduk. Malu!
"Saya tumbuk bantal tu sebab saya geram. Awak langsung tak jaga hati saya. Suami thorchenta ni. Hurmm, yelah.. Siapa kita nak dibandingkan dengan Azad tu.." Aiman kembali moody. Kali ini dia sengaja melibatkan Azad.
Wajahnya sedih.
Syauqina tidak senang duduk. Sekejap toleh ke kanan, sekejap toleh ke kiri. Sekejap garu kepalanya yang tidak gatal. Pertama kali dia melihat wajah sedih Aiman.
Aiman melihat Syauqina tidak senang duduk melalui ekor matanya. Kali ini dia harus bermain dengan perasaan hatinya pada Syauqina.
"err.." Tak boleh. Apa yang Syauqina rasakan sekarang ini.
"Tak apalah.. Saya keluar dulu cari sarapan pagi " Pamit Aiman. Menunggu Syauqina mengambil tindakan lama sangat. Perut dah berkeroncong kerana tidak makan dari semalam.
Pantas Syauqina menyambar jari jemari Aiman. Dia menarik nafas dahulu.
"Awak nak saya buat apa? " Syauqina inginkan kepastian.
"Apa yang awak nak buat? " Soal Aiman kembali.
"Awak nak saya cium awak? " Syauqina memulangkan soalan kembali pada Aiman.
"Perlu ke awak buat macam tu? " Begitu juga Aiman. Dia tidak mahu beralah.
Syauqina kembali melepaskan Aiman. Ditepuk tepuk katil agar Aiman duduk disebelahnya.
Aiman hanya ikut bahasa isyarat Syauqina. Dia duduk disebelah isterinya itu. Pandangan mata mereka tepat.
Perlahan lahan Syauqina merapatkan wajahnya pada Aiman. Aiman tersenyum lalu memegang bahu Syauqina lembut. Dia menjauhkan kembali tubuh isterinya.
"Bukan ini yang saya nak.. " Beritahunya.
"Habis? Awak cakap awak sakit hati bila saya cakap macam tu. Saya nak cium awak, awak pula tak nak. " Keliru. Syauqina keliru. Apa yang Aiman mahu darinya?
"Sama je sayang. Qina cium saya, tapi ciuman tu juga tak bermakna buat Qina. Dan saya tak cakap pun yang saya nak ciuman dari Qina. Kalau benda tu, saya pun boleh buat.. " Jelas Aiman. Raut wajah Syauqina dibelai lembut. Dahi Syauqina pula dikucup.
"Apa yang awak nak? "
"Sesuatu yang orang paling berani boleh lakukan. " Aiman masih lagi berteka teki pada Syauqina.
"Orang paling berani? " Syauqina berfikir.
"Abah pernah cakap, dalam hidup ada dua jenis manusia, paling bahagia dan paling berani. "
"Yang paling berani? " Tanya Aiman.
"Adalah orang pertama meminta maaf.. " Jawab Syauqina. Nada suaranya bertukar perlahan. Dia meletakkan telapak tangannya pada dada Aiman.
"Awak nak saya minta maaf? "
Aiman mengangguk.
"Okey, Aiman saya minta maaf. Puas? " Syauqina mengangkat bahunya.
"Tak. Perkataan 'puas' tu menunjukkan yang awak tak ikhlas Syauqina thorchenta." Usik Aiman sambil mencuit hidung mancung Syauqina.
Syauqina tersenyum.
"Manis kalau sayang senyum.. " Puji Aiman. Ikhlas .
Tidak semena mena senyuman gadis itu mati. Sejak bila Syauqina pandai untuk senyum?
Ohh!
YOU ARE READING
Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]
RomanceCredit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan selamba. Dirinya bagaikan robot yang setiap hari membuat perkara yang sama. Soal cinta, dia langsung...