BAB 7//

1.5K 75 0
                                    

Iefa

Aku terkejut beruk melihat apa yang Nufael lakukan seketika tadi.

Nufael berjalan ke arahku sambil buat muka tak bersalah. Dia mengangkat bahunya.

"Kau tak boleh buat macam tu!" Ujar aku lalu berjalan ke arah Adam.

Nufael Berdiri di hadapanku.

"Ye ke? Aku baru je buat macam tu tadi" ujar Nufael.

"Ta.."
"DIMINTA PARA PESERTA SEGERA KE DATARAN TERBUKA" laungan dari Speaker berkumandang

"Jom" Nufael menarik lengan Baju ku.

"Woi!" Marahku.

'Woiii!! Kembanglah baju aku!' Aku terpaksa ikut Nufael.

***********************************

"Sekarang ni awak semua akan di pecah-pecah kan kepada 12 group. Satu group ada 6 orang." Ujar Cik Puan khairina.

Kedengaran binyi sot set sot set. Semua orang sedang berbisik-bisik bersama rakan-rakan mereka.

"Tima... aaa Iefa yang cantik lagikan manis orangnya" Iefa cepat-cepat menukar bahasanya apabila mata aku tajam menikam mukanya.

"Apa?"

"Aaa.. hahaha. Kau rasa kenapa nama dia Cik Puan Khairina? Kenapa dah ada Cik dia pergi tambah Puan?" Ujar Nufael yang sedang duduk bersila di sebelah ku.

"Kau tak ada soalan yang bijak sikit ke nak tanya kat aku?" tawa hampir letus dari mulutku.

"Taklah.. cuma pelik" Nufael menggaru dagunya.

"Mana aku tahu." Ujarku.

"Alaaa.. cuba kau fikir sikit kenapa nama dia cik puan."

"Kau ni macam budak-budaklah!"

"Aku cuma curious jelah."

"Aku rasa dia janda kot" ujarku.

"Janda? Kalau janda mesti Puan"

"Hah! Hah! Mungkin sebab dulu masa hari dia nak kahwin tiba-tiba suami dia meninggal" ujarku.

"Yeke? Mana kau tahu?" Tanya Nufael.

Serta merta senyuman hilang dari bibirku. "dah kau tanya, aku jawab je la berdasarkan imaginasi aku."

"PESERTA BOLEH AMBIL NOMBOR DI SINI YA. BERATUR!" Encik Adham memberi arahan.

Aku bangun lalu menuju ke barisan. Nufael ikut dari belakang.

Sampai giliran aku, aku memasukkan tangan ke dalam Kotak untuk mengambil nombor.

'NOMBOR 6'

Aku terus berjalan semula ke tempat aku dan Nufael duduk.

"Iefa! Iefa! Kau dapat nombor berapa?" tanya Nufael sambil cuba merampas kertas yang aku pegang.

"Adalah" aku memasukkan kertas tu di dalam poket.

"PESERTA DIMINTA BERKUMPUL SEMULA DI SINI" ujar Encik Daim.

"GROUP 1 BERBARIS DI HUJUNG! DI IKUTI GROUP 2,3,4,5,6,7,8,9,10,11 DAN 12!" Encik Adham mengatur barisan perserta.

Aku bangun lalu berjalan ke barisan group yang telah ditetapkan.

"Iefa, awak group berapa?" Tegur Adam yang sedang serabut mencari barisan.

"Group 6" Adam tersenyum gembira.
'Apasal dia ni?'

"Samalah!!" Ujarnya. Adam berjalan beriringan denganku.

Aku menoleh kebelakang untuk mencari Nufael.

"Jomlah cepat" ijar Adam.

"Tapi Fael.."
"Alaa biarlah dia" Adam memotong kata-kataku.

Aku duduk di barisan. Tiba-tiba Aku ternampak Nasuha. Aku bangun menuju kepadanya.

"Nasuha, kau group mana?" Tanyaku.

"Group 5. Kau?" Tanya dia balik.

"Group 6. Alaaa aku tak ada kawan." Ujar ku sambil buat muka sedih.

"Hahahahaha aku pun"

"SAYA KIRA SAMPAI 10 SIAPA TAK ADA GROUP LAGI, SAYA DENDA!" kedengaran suara Encik Daim memberi amaran.

aku cepat-cepat lari ke barisan group aku.

"1...2...3...4...5...6...7...8...9.."

Kelangkabut semua orang cari barisan. Aku masih tak nampak kelibat Nufael. Mana dia agaknya??

"10!!!!"

Semua orang sudah berada di tempat mereka masing-masing.

Kelibat Nufael masih tak nampak. Janganlah dia satu group dengan aku. Tolonglah!

"KAMU SEMUA DAH PUN DIBAHAGIKAN KEPADA KUMPULAN. SEKARANG NI KAMU SEMUA CARI RUANGAN KOSONG LEPASTU KENAL KAN DIRI KEPADA AHLI GROUP." Ujar cik puan Khairina.

Kami semua bangun ke bahagia tepi dataran.

"Buat bulatan"

aku mengikut arahan. Adam duduk di sebelah ku semua mata memandang aku dan Adam.

"Ok , kita kenalkan diri masing-masing. Mula dari aku, nama aku Faris." Ujar seorang lelaki yang agak kacak. Ada lesung pipit wooo.

"Aku, Azwan. Panggil Wan je. Bukan Azwan Ali bukan Chef Wan. Just wan je"
Aku ketawa perlahan.
"Aku, Shahida. Panggil Eda je"
"Aku, Mawar."
Tiba giliran aku. "Aku Iefa"
"Aku Adam."

Selepas berchit chat sesama sendiri, kami disuruh memilih ketua dan penolong.

"Disebabkan Faris paling tua dekat sini, dia jadi ketua." Ujar Eda.

"Penolong ketua kau" ujar Wan sambil menunjuk ke arah Eda. Eda mengerutkan kening.

"ok dah pilih" ujar Wan tanpa menghiraukan Eda.

"KETUA DAN PENOLONG BOLEH BERDIRI SEKARANG" Encik Daim bercakap melalui mikrofon.

Faris dan Eda bangun. Aku melilaukan pandangan aku. Aku menoleh ke arah kumpulan lain. Ketua dan penolong mereka sudah pun berdiri.

Tiba-tiba seseorang nampak macam familiar.

"Awak, tu Nufael" ujar Adam sambil meluruskan jari telunjuknya ke arah Nufael yang sedang buat muka pasrah.

Nufael perasan aku memandangnya. Dia menghadiahkan senyuman kepadaku.

"Eh! Eh! Mamat tu senyum dekat kau! Ujar Mawar kepada Eda.

Aku menoleh ke belakang untuk melihat Eda. Siapa?

"Mamat tu yang tengah berdiri"

Aku menoleh semula ke arah yang ditunjukkan oleh Mawar.

Nufael.

'Eh?! fael senyum dekat akulah!! Perasan!!' Aku mengetap gigi.

Waktu seakan akan berlalu dengan cepat. Matahari sudah hampir menutup tirainya.

Selesai mandi di bilik air yang memuatkan 40 pelajar perempuan, aku mengambil telekung di dalam beg lalu duduk di bahagian solat perempuan.

Semakin lama surau itu dipenuhi manusia.

Tak lama lepastu bunyi Azan yang dilaungkan oleh salah seorang pelajar lelaki. Merdu suaranya. Aku menghayati setiap bait-bait yang di laungkan.

Selesai membaca doa selepas azan kami bangun untuk menunaikan solat maghrib.

******selepas solat*********

"LEPAS NI SEMUA PERGI KANTIN UNTUK MAKAN MALAM" ujar Cik Puan Khairina.

Saat yang amat kunanti nantikan.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now