Bab 17//

1.3K 76 5
                                    

It may seem like the hardest thing to do but you have to forget the guy who forgot about you.

************************************
Dah tiga hari aku tak nampak muka Nufael dekat sekolah. Dia merajuk lagi ke? Mengada-ngadalah dia ni nak merajuk lama-lama.

"Iefa, tolong bawa buku ni ke bilik guru. Scha awak pun tolong sekali" ujar Cikgu Baniah sambil menunjukkan beberapa susunan buku tulis bahasa inggeris kami.

"Ok cikgu" kami berjalan beriringan ke bilik guru.

"Wey, aku dah lama tak nampak mamat yang kau tak suka tu. Dia pergi mana ea?" Hah tengok tu, Scha pun tak nampak dia dekat sekolah.

"Manalah aku nak tahu" aku menoleh melihat wajah Scha.

"Kau rasa dia pergi mana?" Tanya Scha lagi
"entahlah" aku malas nak layan perangai curious Scha ni.

Sampai sahaja di bilik guru, aku meletakkan buku tulis itu di atas meja cikgu Baniah.

"Entahlah cikgu, dia tak cakap pun kenapa dia tak datang" ujar seseorang aku memandang ke arah suara tersebut.

"Dah tiga hari dia tak kesekolah tanpa sebarang surat ni" ujar Cikgu Zakaria.

"Sedara mara dia meninggal kot cikgu" ujar pelajar lelaki itu.

"Kalau ada kes macam tu, mesti mak ayah dia call pihak sekolah"Cikgu zakaria menulis sesuatu di bukunya.

Diorang tengah cakap pasal siapa? kecoh semacam ja?

"Jom Iefa" ajak Scha. Aku mengikuti langkah Scha dari belakang.

************************************
Aku menggaru garu kepalaku. Soalan math yang diberikan oleh Cikgu Chua pagi tadi aku tatap lama-lama.

Sejak sekolah rendah lagi aku memang tak suka subjek math. Sebab tu asyik fail je.

Aku cuba menyelesaikan masalah soalan nombor satu tetapi jawapan yang aku buat tak sama langsung dengan jawapan di belakang. Aku fed up aku kemas buku lalu baring di katil.

Vanila sudah selamat diberikan kepada Mak Cik Lela, jiran sebelah rumahku. Mak cik Lela juga memberi aku peluang untuk membela Vanila setiap hari Sabtu. Mak cik Lela memang baik, sebab tu aku bagi Vanila kepada dia.

Ting ting. Henfonku berbunyi menandakan chat masuk.

nombor tak dikenali.

Nombor tak di kenali: Iefa ni aku Fael

Owhh Nufael rupa-rupanya. Nasib baik.

Iefa: mana kau dapat nombor aku?

Nufael: jumpa dekat tandas lelaki.

Bulat mataku membaca chat yang di hantar Nufael.

Iefa: apa?!! Serious ke?!

Nufael: serious.

Iefa: tipu lah

Nufael: tak percaya sudah

Iefa: betul betul lah

Nufael: betul betul lah ni

Iefa: Scha yang bagi kau kan?

Nufael: Scha tu sape?

Iefa: dah lah! Kau nak apa ni?

Nufael: nak kacau kau je

Iefa: dah lah aku nak off

Nufael: eh! Eh aku gurau je!! Iefa!!!!

Iefa: Haa tahu pun takut. apa dia?

Nufael: Tolong aku boleh?

Iefa: tolong apa?

Nufael: bagitahu dekat cikgu zakaria aku tak datang sampai minggu depan sebab ada hal keluarga sikit.

Iefa: hal keluarga apa?

Nufael: dah kata pun hal keluarga, mana boleh bagitahu

Iefa: kenapa tak bagi tahu kawan sekelas kau?

Nufael: malas

Iefa: apa bendalah kau ni

Nufael: biarlah

Iefa: ok. Tuje?

Nufael: hah tu je. Terima kasih.

Iefa: kau dekat mana ni.

Nufael: ada dalam hati kau

Iefa: serious laaa

Nufael: hahahahaha dekat melbourne.

Terbeliak mata aku. Melbourne?! Woww!! Seronoknya!!!

Iefa: Uyooo.. belikan aku buah tangan

Nufael: haha ok ok

Dua jam kami berchit chat. Mata aku sudah mula mengantuk. Aku mengakhirkan perbualan kami.

**********************************
"Macam mana awak tahu?" Tanya cikgu Zakaria.

"Dia bagitahu sayalah cikgu" aku berdiri di hadapan meja cikgu Zakaria.

"Kenapa mak ayah dia tak telefon pihak sekolah dulu sebelum ke sana?" Tanya cikgu Zakaria lagi.

"Mana lah saya tahu cikgu" aku buat muka bosan.

"Ok terima kasih sebab bagitahu saya" ucap cik Zakaria.

"Sama-sama cikgu" aku menapak untuk keluar dari bilik guru.

Aku ternampak Scha sedang berjalan berseorangan baru sahaja aku nak menuju ke arah Scha, aku dipanggil seseorang. farisha. Senior tingkatan 4 paling cantik dekat sekolah. Dah cantik, kaya, pandai.. Perfect!

"Eh awak" dia berlari anak kepada aku.

Langkahku terhenti. Terkejut aku melihat Farisha sedang menuju ke arahku. Apa dia nak? Tak pernah pernah kot kitorang bercakap tiba-tiba hari ni dia panggil aku. Uish

"Tadi kite terdengar awak cakap pasal Nufael dengan cikgu zakaria Awak kenal Nufael?" Tanyanya sambil memandang anak mataku.

Aku hanya mengangguk.
"kenapa dia tak datang sekolah? Dia sakit ke?" Tanya Farisha dengan riak risau.

"Tak lah, dia tak sakit pun cuma Dia ada masalah keluarga je" ujarku.

"Ohhh.. masalah keluarga apa? Macam mana awak tahu?" Dia memandangku dengan pelik.

"entahlah.. dia bagitahu semalam" ujarku sambil mencari kelibat Scha.

"ohh tulah. Sebenarnya kitorang dah couple. dah 2bulan dah pastu tiba-tiba dia tak datang lepastu tak bagi tahu dekat kite kenapa dia tak datang." Ujarnya sambil memandangku dengan pandangan berlagak.

Semua yang berada di dalam fikiran ku terhenti seketika. Aku kaku. kata-kata Farisha membuatkan proses pemikiran aku semakin lembab. Aku mengalih pandangan ke wajahnya Sambil tersenyum kelat.

"Emm oklah byee" Farisha berjalan membelakangkan aku.

Tiba-tiba bahuku di sentuh.
"Kenapa Farisha jumpa kau?" Tanya Scha sambil mengerutkan dahinya.

"Entah" aku mengatur langkah ke kelas. Waktu rehat sudah lama berakhir.

Kenapa Fael tak pernah bagitahu aku yang dia ada girlfriend? Dia tak pernah terfikir ke kalau aku rapat dengan dia, besar kemungkinan dia boleh break dengan girlfriend sebab girlfriend dia jelous?

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now