Bab 26//

1.3K 71 2
                                    

You makes me laugh even when i don't want to smile.

***********************************
2minggu kemudian,

Hari ini seluruh umat Islam di Dunia menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan. Hari ini aku menolong ibu memasak makanan untuk keluagaku berbuka puasa.

Malam ini Nufael akan berangkat ke Australia semula kerana ayahnya sedang sakit disana.

Kami semakin rapat sejak Adam pindah ke sekolah lain kerana ibunya terpaksa bertukar tempat kerja. Aku semakin mengenali Nufael. Dia seorang yang sangat suka kan budak-budak untung adiknya mendapat abang seperti dia. Selain itu, Nufael juga kadang-kadang elergic dengan kucing sebab tu dia takut kucing.

mamanya pernah bercerita kepadaku bahawa sejak dari kecil Nufael memang tak suka kucing. Asal pegang kucing je hidung dia tumbuh gatal-gatal. Kadang kadang benda tu tumbuh kadang kadang tak.

Bapa Nufael seorang Bisness man yang berjaya dan sekarang menetap di Australia. Ibubapanya sudah pun bercerai sebab tulah Nufael duduk berjauhan dengan ayahnya.

Kakaknya bekerja di sebuah syarikat perlancongan di Ibukota manakala abangnya sedang melanjutkan pelajaran di Mesir.

Di sini, adik dan mamanya lah tempat dia melepaskan rindu kepada ayah, kakak dan abangnya yang berjauhan.

Iefa: bila kau balik sini?

Nufael: aik? Belum pergi lagi kau dah nak rindu.

Iefa: eii mana ada

Nufael: abis tu?

Iefa: aku tanya je lah

Nufael: eleh dah sayang aku cakap jelah

Aku membulatkan mataku. Gila apa mamat ni?! gila tak sayang?! as bestfriend je lah kot.

Nufael: aku tiga hari je dekat sana. Kau tak payahlah risau sangat. Aku tak akan pergi sebelum bagitahu kau.

Iefa: ye lah.

Nufael: *offline

Aku merenung skin henfonku. Apa maksud dia? Dia takkan pergi sebelum bagitahu aku? Dia nak pergi mana?

Aku bergolek golek atas tilamku yang empuk. Tiba-tiba henfonku berbunyi nyaring, nama Scha tertera di skrin.

"Hello?" Ujarku dahulu.

"Hah wey, malam ni mak aku ajak berbuka dekat rumah aku sebab bapak aku ada emergency" ujar Scha.

"kau gila apa? Mak aku dah masak baru nak ajak." Ujarku dengan nada geram.

"alaa cuba kau tanya mak kau dulu. Entah-entah hati dia lembut ke.. siapa tahu kan?" Ujar Scha lagi.

"Haa ye la nanti aku tanya mak aku pastu aku bagitahu dekat whatapp" ujarku lalu menamatkan perbualan kami.

Aku keluar dari bilik lalu menuju ke dapur. Aku mencari kelibat ibu. Aku nampak ibu sedang mengisi makanan dalam bekas pastik. Nak bagi jiran kot.

"Bu.."
"Haa Iefa, pergi berbuka dekat rumah Scha. Kesian dia berbuka berdua dengan mak dia je." Ujar ibu memotong percakapanku.

"Aik? Macam mana ibu tahu?"
"tadi mak dia call bagitahu yang ayah dia ada emergency dan kene segera ke Kuantan, kesianlah diorang berbuka dua orang je. Lagipun dia tu best friend kamu, bukan orang yang kamu tak kenal pun" terang ibu panjang lebar.

"Ohh ok bu, ni makanan untuk siapa?" Tanyaku sambil meluruskan jari telunjukku ke Daging kicap black paper.

"Untuk kamu bawak ke sana" ujar ibu sambil tangannya lincah menyeduk daging ke dalam bekas.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now