Bab 19//

1.3K 81 2
                                    

You never know how much someone means to you until they're gone.

************************************
petang itu, Fael tak habis-habis pujuk aku ajak keluar sama-sama.

Dia menghantar chat.

Nufael: wey please.. sekali ni je

Nufael: tolonglah wey

Nufael: teman aku kejap.

Disebabkan aku rimas kerana Nufael tak abis abis antar chat, aku terpaksa ikut juga kehendak dia.

Tepat jam 8malam Kereta Nufael sudah menunggu di luar pagar rumahku.

Aku hanya berpakaian simple sahaja. Tshirt berlengan panjang warna Hijau muda dan seluar skinny jeans dikenakan dengan tudung bawal.

Aku membuka pintu rumahku.
"Ibu, Iefa keluar kejap. Kejap je. Sebelum pukul 10 iefa balik"

"Nak pergi mana? Kalau ayah marah macam mana?" Ibu datang sambil mencekak pinggang.

"Kejap je bu nak teman kawan Iefa jap" ujarku sambil menyarung selipar.

"Sebelum ayah balik kau mesti dah ada kat rumah. Faham?!" tegas ibu.

"Ok, iefa pergi dulu." Aku mencium tangan ibu. Lalu berjalan ke pagar.

Nufael menurunkan tingkapnya. Kereta Alfad ni wooo. Besau.

"Naiklah" Ujarnya sambil tersenyum manis. Aku tak tahu nak balas ke tak last last aku senyum kelat.

Buka saja pintu seorang kanak kanak perempuan berlingkungan 5 tahun memandang pelik kepadaku. Aku hanya tersenyum manis membalas pandangannya.

Aku duduk sebelahnya. Lalu situasi menjadi janggal. Budak perempuan tu diri di celah Nufael dan Mamanya lalu membisik kepada Nufael. Aku still boleh dengar sebab dia bisik depan aku.

"Ini siapa?" Bisiknya
"Kawan abang pail" ujar Nufael sambil berbisik semula. Aku hampir ketawa. 'Abang Pail'

"Nama dia siapa?" Tanya budak tu lagi.
"Kakak iefa" balas Nufael. Lalu dia menoleh ke belakang mencari anak mataku.

"Iefa, ni mama aku, yang ni adik bongsu aku, Mira" lalu Nufael menyuruh Mira menyalami tanganku. Mira mendekatiku lalu menyalami tanganku sambil tersenyum comel.

Mira duduk di sebelahku lalu memandang wajahku.

"Kakak iefa" panggilnya.
"Hm?" Balas ku sambil tersenyum kepadanya.

"Abang pailkan dia selalu kene marah dengan mama sebab asyik tarik rambut mira" ujar Mira sambil muncungkan bibirnya.

Comelnyaa. Sebijik muka Nufael bila mira buat muka macam tu. Aku ketawa kecil lalu memandang Nufael yang buat-buat tak nak toleh ke belakang.

"Lepastu kan abang Pail selalu tidur keluar air liur basi sampai mama marah sebab bantal dia busuk" Mira ketawa. Aku turut ketawa sama melihat Nufael yang menoleh ke belakang cepat-cepat.

"Sini mira! Amboi amboi budak ni" marah Nufael.
"Tengok tu abang pail nak buli mira" Mira memeluk tangan ku sambil ketawa. Aku ketawa melihat gelagat dua beradik ini. Comel sangat.

"Biarkan je diorang ni Iefa, memang dua-dua macam ni dekat rumah pun sama" ujar mama Nufael.

"Iefa panggil makcik, makcik Tasha je" ujarnya.

"Ohh ok" balasku. Mira dan Nufael masih lagi bising.

Sampai sahaja ke tempat yang Nufael nak bawa aku, aku terkaku sebentar.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now