Bab 3// kene mengena?

1.6K 84 3
                                    

Sehingga waktu pulang dari sekolah aku masih terfikir tentang kem itu.

Kenapa banyak-banyak orang mesti diorang pada waktu yang sama?!

Nama hensem, Nufael. Tapi perangai tak hensem langsung! Muka boleh tahan kening ada bentuk. Putih. Hidung mancung. Perf.. .Tak! Tak!

Aku nak pergi, Tapi aku tanak tengok muka mamat sengal tu. Kalau aku tak pergi, terlepas peluang aku nak spend time tengok muka crush. Aihhh Aku betul-betul dalam dilema.

Selagi mamat tak guna tu tak minta maaf dekat aku, jangan harap aku nak layan dia baik-baik.

Makin difikir, makin bertambah sakit kepala aku. Baik pergi makan lagi bagus.

Aku menoleh memandang Scha. Dari lepas rehat lagi dia asyik diam. Apa pulak lah hal nya kali ni.

Kami dalam perjalanan pulang ke rumah bersama-sama.

"Kau kenapa Scha" tanya ku sambil melambaikan tangan ke ke depan mukanya.

"Tak ada apa-apa. Aku cuma tak ada mood. Tu je" ujarnya.

"Sebab?"

"Adalah.."

"ok" aku memandang ke hadapan semula.

Tiba-tiba aku terdengar Scha berkata sesuatu.

"Kau cakap dengan sape?"

Scha memandang wajahku dengan pandangan geram.

"Serious aku tak dengar"

"Fahmi suka aku"

Habis sahaja mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Scha, aku ketawa kuat.

Nampaknya fahmi dah mulakan langkah pertama. Aku betul-betul bangga dengan dia. Ppffttttttt

***********************************

Mata aku beralih ke henfon pintar ku. Dari tadi henfon tu bergegar tanda ada orang hantar chat.

Fahmi: iefa, aku nak bagitahu sesuatu ni.

Iefa: apa dia?

Fahmi: kau jangan bagitahu sape-sape tau.

Iefa: cakap je lah

Fahmi: aku suka Scha.

Iefa: dah tak suprise dah.

Fahmi: dia dah bagitahu?

Iefa: sebelum dia bagitahu, aku dah lama tahu lah Mi.

Fahmi: malu la sia :p

Iefa: kau nak apa sebenarnya ni?

Fahmi: aku cuma nak tahu, Scha ok ke tak. Tadi time aku confess dekat dia, dia terus diam pastu tanak cakap dengan aku. ;(

Iefa: dia ok lah. Dah dah aku nak buat homework ni. Bye.

Iefa: *offline*

Aku meniarap di tilam. Peristiwa pagi berulang kembali dalam fikiran aku.

********* flashback ************

"Oi, sape nama kau?" Tanya Nufael.

Tanpa sebarang kata, aku terus berlalu pergi.

"Oi tak dengar ke?"

"Kau nak apa?"

"Cuma nak kawan je"

Aku buat muka bosan. "Untuk apa?"

"Nanti kan kita jadi partner. Kalau aku tak kenal kau, macam mana aku nak bekerjasama dengan kau?" Ujarnya.

'Ya tak ya jugak ea?'

"Kau panggil je aku apa-apa" ujar ku malas nak layan. Aku masih mengatur langkah ke Dewan.

"Apa-apa?"

"Ya, apa-apa je"

"Aku panggil kau, Timah lah"

"Nama jenis apa tu?"

"Jenis makcik-makcik kampung"Ujarnya lalu ketawa.

"kene mengena?"

"entah lah. Muka kau macam pelakon dalam cerita drama kot." Ujarnya lagi.

"Pelakon? Serious ke?" Aku ketawa kecil. First time kot ada orang puji.

"A'ah macam pelakon" dia memandang muka aku. kami berjalan beriringan ke Dewan bersama-sama.

"yang mana ea?" Tanya ku lagi. Excited gile.

"Alaa Yang makcik jahat-jahat tu yang selalu pergi rumah orang lepastu sebuk jaga tepi kain orang."

Buntang mata ku memandang muka Nufael.

"Kurang asam kau!" Aku ketawa geli hati.

Ya, kami dah pun jadi officially jadi kawan.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now