Bab 16//

1.4K 76 2
                                    

I miss our conversations, i miss how we used to talk every minutes of every day and how i was able to tell you everything that was on my mind.

************************************

Aku berjalan ke arah kantin berseorangan kerana Scha kene tolong cikgu. Fikiran ku asyik terfikir pasal Vanila aja.

Kalau aku lepaskan dia, dia nak pergi mana? Aku pernah terpikir nak letak dia dekat sekolah tapi nanti mesti ada orang suka dekat dia lepastu bawak dia balik.

Mana boleh macam tu. Vanila aku punya!

Aku duduk di pondok bersebelahan dengan kantin.

"Oi, sorang je ke?" Tegur satu suara.
Aku mengangkat wajahku memandang Nufael yang sedang mengunyah roti coklat.

"Hmm" aku membalas pendek.
Terangkat kening Nufael mendengar jawapan ringkas aku.

"Kenapa ni?" Tanya dia sambil duduk di sebelahku.

"Entahlah" aku menundukkan wajahku malas nak tengok muka Nufael nanti dia tanya macam-macam.

"Nah aku beli lebih tadi" Nufael menghulurkan roti strawberry kepada aku.

"Tak apalah. Ni kan kau punya" aku menolak.

"Ambil je lah" Nufael letak di hadapanku.

Aku tergerak hati nak bagitahu pasal Vanila dekat Nufael. Tapi, benda kecil macam ni takkan aku tak boleh nak settle sendiri? Tapi tak salahkan dengar pendapat orang lain?

"Fael"
"Apa?" Dia bersuara dengan mulut yang penuh dengan roti.

"Aku ada bela kucing. Comel sangat!" Ujarku lagi sambil menoleh ke muka Nufael.
"Lepas tu?" Dia masih mengunyah roti.
"Tapi ayah aku tak bagi bela lagi. Dia suruh buang" ujarku sambil buat muka sedih.

"Apa nama dia?" Tanya Nufael.

Aku ingat dia nak cakap 'emm kalau macam tu bagi aku jaga je lah' ataupun 'tak apa untuk kau aku sanggup buat apa-apa ja aku jaga dia untuk kau ea?' Hishh sengal lah mamat ni.

"Vanila"
"Vanila? Macam nama ais krim" ujarnya sambil tersengih.

"Aku nak kau tolong jagakan dia boleh?" Ujarku sambil buat muka comel memandang wajahnya.

"Ak.. aku bukannya tak boleh tapi.." Nufael terhenti.
"Meow.." aku ternampak kucing oren milik makcik cleaner yang sedang merayap. Kucing itu berlari ke arah ku.

Kucing itu bergesel ke kaki Nufael.
Tiba-tiba kelangkabut Nufael mengangkat kakinya. Tak cukup dengan itu dia panjat kerusi pondok itu lalu duduk di atas meja.

"Jangan bawak dekat sini lah!" Aku ketawa melihat gelagat Nufael.

Muka hensem tapi takut kucing aduhh memalukan betullah mamat ni.

"Hahahahahahahahahahahahahaha" aku masih lagi ketawa.

"Diamlah! shuu! Shuu!!" Nufael cuba menghalau Kucing itu. Merah mukanya akibat terlampau malu.

Aku menangkat kucing itu ke tempat lain. Nufael cepat-cepat turun dari meja apabila matanya ternampak cikgu disiplin sedang membuat rondaan.

Aku datang semula ke pondok itu dengan senyuman mengejek yang tidak lekang dari bibirku.

"Kau tak payah nak senyum-senyum sangat ea aku sumbat muka kau dalan plastik roti ni jakgi" Nufael menaikkan plastik rotinya. muka Nufael kembali merah.

"Tak adalah, aku cuma geli hati sebab kau ni macho bukan main pastu tetiba takut kucing ea.. kelako" aku cuba menahan ketawa.

"Bi..biarlah! Seboklah kau" Nufael bangun dari tempat duduknya.

"Aku nak masuk kelas. Bye" ujarnya lalu pergi.

Aku bangun lalu mengejar Nufael dari belakang. Aku beriringan dengan dia. Dia tidak langsung menoleh kepada ku.

"Alaa tu pun nak marah. Sudah lah kau!" Aku pura-pura merajuk lalu jalan dengan cepat.

Nufael masih buat tak tahu. Dia menoleh ke kanannya melihat orang ramai di kantin lalu kembali semula memandang ke hadapan.

Baru sahaja aku nak pusing ke belakang, seseorang memanggil nama aku.

"Iefa!" Adam tersenyum memandang wajahku. Dia melambai kepada aku memanggil aku ke sana. Aku toleh ke belakang. Nufael berjalan sambil buat muka selamba melepasi aku.

Over lah nak merajuk lama sangat! Aku berjalan ke arah Adam. Semasa melepasi Nufael, dia memandang mataku. Aku menjelingnya.

"Hai" sapaku kepada Adam. Jantung aku berdengup bagai nak gila.
"Hai, awak dah makan?" Makin laju jantung aku bergerak apabila Adam menanyakan soalan itu. Aku baru perasan roti yang Nufael bagi tertinggal di pondok.

"Belum. Tapi saya ada roti taaapiii roti tu tertinggal dekat pondok tu" ujarku sambil menunjuk ke arah pondok tadi.

"tak apa, saya belanja roti yang lain nak?" dia mengajak aku ke kantin.

"Tapi.. saya belum makan roti tu" aku baru hendak berpatah balik untuk mengambil roti itu, Nufael datang dengan membawa roti yang diberinya pada aku.

"Roti kau tertinggal. Lain kali hargai pemberian orang" dia terus berjalan meninggalkan aku yang terpinga pinga.

"Iefa, jomlah" ajak Adam.

Aku minta maaf Adam. Aku takut nanti balik sekolah ada jugak kang budak perempuan tunggu aku dekat luar pagar.

"Tak apalah saya nak makan dekat kelas. Bye" aku terus berjalan laju ke arah kelas ku yang berada di tingkat 3 blok F.

************************************

"Kau pergi mana tadi? Aku cari dekat kantin tak ada." Scha duduk di hadapan meja aku.

"Aku lepak dekat pondok tadi" ujarku sambil mengunyah roti yang diberikan oleh Nufael tadi.

"dengan siapa?" tanya dia lagi.

Kenapa banyak sangat cekadak dia ni?
"Dengan Nu..." nak bagitahu ke? Tapi nanti lagi kecoh kot. Dia ni dah lah mak bedah. Aihh.. sorry Scha.

"Dengan diri sendiri" aku tersenyum menyembunyikan rasa bersalahku.

"Dengan diri sendiri?"
"A'ah" aku mengunyah lagi roti strawberry itu.

"Owhh" fuhhhhh~
"Hah! Kau apa cerita dengan Fahmi" ujar ku separuh membisik. Yelah diorang ni buat silent relationship.

"Ok" ujar Scha sepatah sambil senyum. aku buat muka bosan.
"Ok tu macam mana?" Tanya ku lagi.
"Aku malulah dah lah!"
"Elelele.. malu. Menyampah aku" aku menghulurkan roti sedikit kepada Scha.

"Mamat tu dengan Adam ada whatsapp or call kau?" Tanya Scha tiba-tiba sambil mencubit roti strawberryku.

"Hah, yang kau pandai-pandai bagi nombor aku dekat dia buat apa?!" Marahku sambil memukul lengan Scha.

"Aku.. aku kesian dekat diorang sebab diorang cakap please banyak kali" Scha mahu mencubit lagi roti aku.

Cepat-cepat aku memukul tangannya.
"Hish kau ni.. janganlah lembut sangat!" Aku mengangkat tanganku pura-pura nak pukul Scha lagi.

"Ok ok! Sorry sorry! Iefaaaa aku minta maaf" dia menjerit. Takut dipukul olehku.

"Oi oi berani kau nak pukul awek aku" Fahmi yang baru naik ke kelas berjalan ke arah kami sambil mencekak pinggang.

Scha bangun lalu pergi dari situ.

"Kau buat apa hah? Ayokk" Fahmi gelabah.

Scha ni pemalu orangnya. Dia malu kot nak berhadapan dengan Fahmi. Apa bendalah Scha ni. Aihh

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now