Bab Extra 2//

2.4K 118 4
                                    

Dalam kereta kami diam membisu yang bising hanya DJ radio. 5 minit berlalu masih lagi bunyi DJ radio berceloteh. Nufael menekan siaran radio lain.

Keluar lagu photograph nyanyian Ed Sheeran. Aku mula tidak selesa. Lagu ini terlalu personal pada aku.

"Tukar lagu" pintaku. Ternaik kening Nufael. Dia tersengih lalu menguatkan radio.

"Fael!" Marahku. Geram dengan perangai kebudak budakan Nufael.

"Yelaa yelaa" Nufael menukar Siaran Radio lain.

Keluar lagu Little thing nyanyian One Direction. Aku tersenyum. One Direction adalah salah satu group boy band yang paling aku minat.

Nufael menukar siaran radio lain. "bosan" dia langsung tidak nampak wajahku yang sudah cemberut.

"Biarlah" aku menyilangkan tanganku ke dada.

"Ini kereta aku, bila dah namanya kereta aku, suka hati akulah aku nak buat apa pun" Makin panjang muncung bibirku.

"Tak payah nak buat macam tu. Nanti karang aku geram haaa habis kau" aku menelan air liur.

"Apa kau? kau nak buat apa dekat aku? Berani kau.." bulat mataku memandang dia. Kedudukan di kerusi cuba di jauhkan dari Nufael.

"Aku campak kau keluar dari kereta.. baru kau tahu" Aku menghembus nafas lega. Mataku bulat kembali.

"Berani kau nak campak aku? Aku.. aku.." aku tidak tahu mahu membalas apa.

"Apa? Aku apa? Aku kahwin dengan kau?" Merah wajahku. Kaku lidah serta merta.

"Kahwin je lah aku pun dah lama tunggu kau" aku menoleh memandang wajah selamba Nufael.

Dalam perut seakan ada banyak rama-rama. Aku menahan senyum.

"Kau boleh tak jangan cakap benda bukan-bukan" aku cuba menahan rasa.

"Bukan-bukan apa pula? Betullah! Ini perkara yang betul dan akan berlaku insya Allah." Nufael menoleh memandang wajahku.

"Kau cakap apa ni?" Aku mula pening. Betul ke apa aku dengar ni? Nufael nak kahwin dengan aku?

"Iefa, sejak aku pindah Australia, aku tak pernah lupakan kau walaupun kau dah lupakan aku sekarang. Hati ni tetap rasa yang sama macam 10 tahun yang lepas bila tiap kali aku dekat dengan kau. Hati aku tak pernah berubah Iefa. I still waiting for you." Aku terdiam. Betulkah apa yang aku dengar?

"Habis tu kenapa baru sekarang kau muncul?" Nufael meramas rambutnya.

"Aku cuba nak cari kau! Aku cuba! Tapi tiap kali aku pergi cari kau, mesti ada je yang halang. Minggu lepas aku nak cari kau tetiba terjumpa Arshad. Kau ingat Arshad bekas kawan satu kelas aku time sekolah dekat sini dulu? Dia ajak lepak. Terus terbengkalai hajat aku nak cari kau!" Aku ketawa kecil.

"Tak lawak!" Nufael ketawa. Akhirnya kami sama-sama ketawa.

"Iefa" panggilnya.

"Kau still.. err ada perasaan dekat aku?" Aku memandang ke tempat lain.

"Baik kau jujur dengan aku, kau sebenarnya bujang ke duda?! Baik kau ngaku sebelum aku bakar kereta kau" Nufael memandangku pelik.

"Bukan apa.. kita dah lama tak jumpa, entah-entah kau dah ada bini ke atau kau duda ke.. pastu kau nak ajak aku kahwin pula" Nufael ketawa kuat.

"Aku dah ada anak. 4" Nufael menunjukkan 4 jarinya.

"Apa?" Seakan ditumbuk bertalu talu di bahagian perut.

"Anak kucing" Selamba Nufael. Laju tanganku memulas daging di bahagian lengan Nufael. Terjerit dia akibat sakit.

"Sakitlah!"

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now