Bab 32//

1.3K 71 0
                                    

That stupid smile i get when my thoughts get filled with you.

***********************************
Aku berjalan ke dewan dengan senyuman yang lebar. Walaupun beberapa orang pengawas memandang wajahku dengan pandangan yang pelik tapi senyuman ini tetap mekar.

Aku menyanyi nyanyi kecil sambil mengatur langkah ke dewan.

Tiba-tiba begku ditarik kasar.

"Woi!" Aku menoleh. Farisha.

Serta merta senyuman aku mati. Spoiler lah minah ni!

"Apesal kau makin rapat dengan Nufael?" Tanya dia tiba-tiba.

"Yang kau nak sebuk-sebuk ni kenapa?" Ujarku sambil merentap begku semula.

"Kau tahu tak Nufael tu sebenarnya suka aku?"

Aihh gila talak ke macam mana perempuan ni? Orang dah tak suka tu dah lah. Tak malu!

"Tak" selamba aku menjawab lalu aku berjalan semula ke arah dewan.

Farisha mengekoriku dari belakang.
"Kau tengoklah apa akan jadi lepas ni!" Ujarnya.

"Kau ni tak ada life ke nak kacau life orang?" Aku menoleh melihat wajahnya yang merah.

Baru sahaja dia nak balas kata-kataku, aku terus berambus dari situ.

************************************ Waktu rehat, aku pergi ke koperasi bersama dengan Scha.

Tiba-tiba sekumpulan pelajar senior perempuan form4 datang ke arah kami.

"Awak ni Iefa ea?" Tanya salah seorang dari mereka.

Aku mengangguk.

"Awak ni tak ada life ke?" Ujarnya tiba-tiba.

"Kenapa?" Aku bingung.

"Awak rampas Nufael dari Farisha. Lepastu awak maki dia. Kenapa jadi perempuan murah sangat?" Ujarnya sambil menyilangkan tangannya.

"Hah? Rampas Nufael? wait, ni mesti Farisha tuduh saya kan?" Ujarku lalu bangun dari tempat dudukku.

"Farisha tuduh? Dia siap menangis masa cerita benda ni dekat kitorang. Ni, saksi yang tengok air mata dia mengalir. Apa masalah awak ni?" Ujarnya lagi. Aku mula rasa terhina. Perasaanku mula berkecamuk.

"Iefa tak pernah rampas siapa-siapa. Awak jangan dengar sangat cakap Farisha tu" Scha bangkit berdiri di sebelahku.

"Bukti dah ada. so please Iefa, please get a life. Jangan rampas pakwe orang! Jangan malukan diri sendiri!" Dia menjerit sambil memandang wajahku. Semua mata menoleh ke wajahku.

Aku mula berasa malu. Bila-bila masa air mataku boleh mengalir ke pipi. Aku menoleh sekeliling. Semua mata memandang ke arahku. Aku menoleh semula memandang wajah senior-senior di hadapanku.

"Saya minta maaf" aku terus menapak ke tandas. Kelihatan Farisha di tingkat dua sedang tersenyum sinis memandang wajahku.

Aku berlari ke tandas. Aku berasa seperti seekor tikus sekarang ni. Tikus yang sedang tersepit di perangkap tikus dan sedang dipamerkan di khalayak ramai.

Apa yang aku nak sekarang cuma bersendirian dan menangis.

************************************
Nufael

Aku menapak ke koperasi. Aku pelik melihat semua orang yang berada di situ memandang aku dengan pandangan yang sangat pelik.

"Bro, aku rasa kau kena pujuk Farisha" Amir menepuk bahuku. Aku memandangnya pelik.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now