Bab 34//

1.4K 71 4
                                    

Distance isn't an issue because in the end, i have You.

***********************************
Pejam celik pejam celik, lagi 5 hari nak raya. Aku menolong ibu membeli bahan untuk membuat kuih. Tahun ni aku tidak pulang ke kampung kerana cuti ayahku tidak panjang.

Mula-mula aku sedih kerana bukan selalu dapat balik kampung. Kadang-kadang setahun sekali je balik kampung.

Pagi-pagi lagi ibu dah heret aku pergi pasaraya untuk membeli bahan untuk membuat biskut raya.

"Iefa, tolong ibu ambil serbuk koko dekat rak sebelah sana" ujar ibu. Ibu sedang mencari bahan untuk membuat kuih semperit coklat dan tart nenas.

Aku melangkah ke rak yang berada tidak jauh dari tempat ibu berada. Aku mengambil plastik berisi koko. Tiba-tiba mataku tertarik untuk melihat budak kecil berbaju merah hitam yang sedang berlegar-legar di ruang tengah pasaraya itu. Macam pernah nampak. Budak itu tersengih memandang aku.

"Kak Iefa!" Ujarnya sambil berlari ke arahku.

"Kak Iefa buat apa dekat sini?" Ujarnya petah. Aku masih loading. Siapa budak ni?

"Aaa beli barang" dia tersengih comel memandang wajahku.

"Mama! Kak Iefa ada dekat sini!" dia berlari ke arah seorang wanita yang baru tiba di situ dengan riak kerisauan. Mungkin dia tengah cari budak ni.

"mira! Kan mama pesan jangan pergi mana-mana?!" Aku baru perasan. Adik Nufael rupanya dan yang itu Puan Tasha, mama Nufael.

"Eh? Iefa.." ujarnya sambil tersenyum manis memandang wajahku.

Aku mendekati Puan Tasha lalu menyalami tangannya.

"Iefa dengan siapa?" Tanya nya.

"Dengan ibu. Teman beli barang untuk buat kuih raya" ujarku.

"Ohh mana ibunya?" Ujarnya lagi.

Tiba-tiba ibu muncul di belakangku. Hah panjang umur!

"Haa ni ibu saya, ibu ni mak Nufael yang hari tu tumpang rumah kita" ujarku. Ibu menyalami tangan Puan Tasha. Mereka membalas senyuman.

"Kak Iefa, Mira nak beli jajan" ujarnya sambil memegang tanganku.

Aku menganggukkan kepalaku.

Ibu dan Puan Tasha berbual-bual. Aku memimpin tangan Mira ke bahagian jajan.

"Mira nak beli apa?" Ujarku sambil menunduk memandang wajah Mira.

"Nak coklat kitkat" ujarnya manja.

"Mama awak bagi ke?" Ujarku.

"Ambil je" ujar satu suara tiba-tiba. Suara itu betul-betul di belakangku. Jantung aku bagai nak lompat keluar.

"Kau ni kenapa? Nak sergah-sergah pulak!" Marahku.

"alaa tu pun nak marah. Tak puasa ea?" Ujarnya sambil buat riak muka mengusik.

Muka aku merah akibat malu. Aku memusingkan badanku  membelakangkan Nufael yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Kau ni sebuk ahh. Kat mana-mana mesti ada muka kau. Bosan lah" ujarku mengalih topik. Aku mencapau jajan Jacker lalu memusing semula badanku ke arah Nufael.

"Aih.. hm bosan tengok muka aku.. hmm.. lagipun kita duduk dekat-dekat je. Takkan rumah dekat Johor tiba-tiba nak beli barang dekat Melaka?" Dia mendukung adiknya.

"Alaa tu pun nak touching. Hahahaha" aku tergelak mendengar kata-kata akhir Nufael.

"Abang Pael nanti kawin dengan kak Iefa ea sebab Mira sukalah dekat akak Iefa. Hihihi" tiba-tiba Mira bersuara.

Lagilah muka aku rasa macam terbakar. Malu yang amat sangat! Suasana menjadi sunyi sepi hanya kedengaran lagu yang keluar dari corong radio di pasaraya itu.

So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
holding me close until our eyes meet
You won't ever be alone
Wait for me to come home

Haa bagus! Radio dah mainkan peranan dia. Aduhh jam jam tu lah lagu Ed Sheeran nak keluar. Lirik dia dahlah sweet-sweet gila. Aku rasa macam nak gali lubang lepastu timbus diri sendiri.

"Aaa aku pergi dululah. Kesian mak aku sorang-sorang" Nufael hanya mengangguk. Aku melambai kepada Mira.

"Bye kakak Iefa!" Laung Mira. Aku hanya menghadiahkan senyuman kepada Mira.

Aku mencari ibu di celah-celah rak di pasar raya itu. kelihatan ibu sedang memilih bahan untuk membuat hiasan pada biskut raya.

"Pergi mana tadi?" Ibu mengerutkan keningnya.

"Jumpa kawan" aku tersengih.

"Mana serbuk koko yang ibu nak?" Ujar ibu.

"Alamak! Tadi dah pegang dah. Jap Iefa ambil"ujarku lalu berlari anak ke rak yang mempunyai banyak serbuk koko yang berlainan jenama.

Dari jauh aku nampak Nufael sedang bergurau dengan adiknya. Ya Allah comelnya. Nufael pura-pura menggigit perut Mira. Mira ketawa kuat. Hati aku cair melihat gelagat dua beradik itu.

"Iefa!" Panggil ibu tiba-tiba. Bahuku terangkat akibat terkejut. Aku menoleh kebelakang ibu sedang mencekak pinggang.

Ayokk ibu dah marah. Padan muka kau Iefa! Aku tersengih sambil berjalan ke arah ibu.

************************************
Aku menyiapkan homework yang diberikan oleh Puan Baniah secepat mungkin. Dah nak raya pun nak kene buat kerja sekolah..

Ting!

Chat masuk. Aku menekan button on henfonku.

2 chat from Nufael

Aku membuka chat tersebut.

Nufael: Oi

Nufael: baju raya warna apa?

Selesai membaca chat daripada Nufael, Aku menaip sesuatu di keyboard.

Iefa: warna biru langit. Kenapa? nak sedondon dengan aku ke?

Nufael: tak nak ah. Warna tak lawa

Iefa: eh biar lah!

Nufael: hahahah kau tengah buat apa?

Iefa: homework. Kau ni asyik online je kerja sekolah tak ada ke?

Nufael: ada. Alaa macam tak biasa je buat kerja last minit.

Iefa: eee macam mana nak berjaya? Pemalas!

Nufael: hmm yelah.

Iefa: aku nak siapkan homework. Bye.

Nufael: eh jap!

Iefa: apa dia?

Nufael: *hantar gambar bunga rose tiga kuntum*

Iefa: untuk aku ke? Hahahahah

Nufael: cantikkan bunga tu? Tapi bunga tu mesti cemburu dengan kau.

Iefa: eh? Apesal pulak?

Nufael: Sebab mekarnya pada kuntum hanya sementara, tapi mekarnya kau di hati aku selama-lamanya.

Nufael: chia.. chia.. chia..

************************************
Nufael

Dia tak perasan lagi ke aku suka dekat dia? Kenapa dia rilek-rilek je bila aku bagi pickup line? Mungkin hati dia belum terbuka untuk terima aku sebagai lebih dari seorang kawan. Ataupun dia dah ada orang lain? Dia still anggap aku bestfriend forever after dia lagi kot. Iefa, kalau aku dah blah nanti, perasaan rindu akan timbul ke dalam hati kau? Hmm

***********************************
iefa

Aku takut nak react lebih-lebih bila Nufael buat pickup line. Kalau dia dapat tahu aku suka dia macam mana? Malulah nanti. Entah-entah aku hanya bertepuk sebelah tangan. Lagilah malu. Nufael, kalau aku cakap aku suka kau, kau suka aku balik tak? Hmm..

***********************************

#Dan mereka pun berhuhuhuhu

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now