Bab 28//

1.2K 71 2
                                    

I keep myself busy with the things i do, but everytime i paused, i still think of you.

************************************
"Terima kasih mak cik sebab bagi saya berbuka dekat sini" Ujar Nufael sambil tersenyum manis kepada ibuku.

"Sama-sama. Nanti kalau senang senang, datang lah lagi berbuka dekat sini" ujar ibu. Aku membulatkan mataku kepada ibu. Nufael tersenyum manis.
Aku menoleh ke Nufael sambil buat muka 'kau jangan nak mengada ngada' Nufael mengangkat kedua dua belah bahunya.

Aku kesian bila Nufael cakap dia baru sampai Malaysia tanpa mama dan adiknya. Jadi aku ajaklah dia iftar di rumahku. Kenapa lah dia balik sorang-sorang?

Nasib baik ibu masak lebih, ayah pula berbuka bersama rakannya di luar kerana tidak sempat pulang ke rumah.

Ibu dan abang pula tak kisah jika Nufael nak berbuka bersama. Jadi aku ajak aja lah.

Selepas berbuka aku pergi ke dapur mencuci pinggan kotor. Sambil-sambil cuci pinggan, aku curi-curi dengar perbualan antara ibuku dengan Nufael.

"Lepas ni, kamu nak balik rumah kamu ke? Sorang-sorang?" Tanya ibu.

"A'ah.." Nufael menghirup air jus tembikainya.

"Tidur lah dekat sini. Bahaya tinggal sorang-sorang"

Piang!!
Pinggan yang aku pegang tadi terlepas lalu masuk semula ke singki.

"Kakak! Kenapa tu?" Laung ibu dari meja makan.

"Ta.. tak ada apa-apa bu!" Laung ku balik.

Aku sambung dengar perbualan mereka.

"kamu tidur lah dekat sini. Kamu kongsi bilik dengan Aizat. Lagipun dia tidur sorang-sorang" Ujar ibu.

Takkanlah dia nak tidur sini kot?! Ibu pun satu pegi ajak dia tidur sini kenapa?!

"bolehlah mak cik, lagipun tak ada sesiapa dekat rumah." Ujar Nufael.

Jawapan yang keluar dari mulutnya membuatkan aku hampir terjelopok ke tanah. Aku berhenti mencuci pinggan lalu menjengahkan kepalaku ke pintu dapur. Aku membelakangkan ibu.

Nufael perasan kepala aku yang menjengah ke pintu. Dia menoleh ke arahku.

Aku menggeleng gelengkan kepalaku sambil mulutku berkata 'Jangan!'

Dia tersengih memandang aku. Dia menjelirkan lidahnya kepadaku.

Aku menunjukkan penumbuk kepadanya. Dia masih buat muka selamba.

Aku kembali ke singki untuk sambung mencuci pinggan yang kotor.

Gila betul ibu aku ni pegi ajak dia ni tidur kat sini. Ibu lupa ke dalam rumah ni ada dua orang anak dara?

Jam sudah menunjukkan pukul 9:10 minit. Aku rimas dengan tudung yang terlilit di kepalaku. Tetapi Nufael sekarang berada di sebelah kiriku sedang menonton televisyen. Aku terpaksa teman dia tengok tv sebab ibu sedang mengemas dapur. Nasib baik Aizat ada dia bolehlah berborak dengan Nufael ni.

"Kau budak form4 kan? Yang pernah couple dengan Farisha dulu?" Tiba-tiba aku tertarik dengan soalan yang ditujukan oleh abangku Aizat. Aku buka telinga aku besar-besar.

"Aaa.. yekot" Jawab Nufael. Mata aku masih terlekat pada skrin tv.

"Kenapa kau break dengan dia? Dia lawa gila kot." Ujar abangku lagi.

"Lawa tapi attitude dia tak based daripada muka dia baik tak payahlah." Ujar Nufael. wow aku kagum dengar jawapan dia.

"Dah tu kenapa kau couple dengan dia?" Tanya abangku lagi.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now