Bab 9// Bestfriend

1.5K 81 6
                                    

There's some people in this world who you can just love and love and love no matter what.

************************************

Malam itu kami dibenarkan tidur awal. Keesokan harinya seawal jam 5 pagi kami dikejutkan dengan bunyi siren yang kuat. Semua bergegas ke surau untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

Pagi seawal jam 7:30 kami berjoging dan senam robik. Pada pukul 10 kami mulakan aktiviti yang mencabar mental dan fizikal.

Group aku diberikan tugasan ke check point pertama untuk memasak di dalam hutan. Selapas itu kami meredah setiap halangan seperti dinding yang tinggi dan gegelung yang buatkan kasut aku tertanggal.

Tepat jam 2 petang kami berehat di kantin. Selepas berehat kami sambung aktiviti berkayak, flying fox, dan rock climbing.

Aku rasa seperti kaki aku hampir tercabut. Penat yang teramat sangat! Aku mengelap peluh menggunakan tisu yang ibu bekalkan. Terima kasih ibu sebab ingat kan iefa bawak tisu ni.

Aku ternampak Nufael di atas menara untuk meluncur di flying fox. Sempat dia ketawa-ketawa sebelum lompat lalu meluncur laju ke bawah.

Dari pagi tadi Eda dan Mawar tidak bercakap dengan aku. Tak tahulah apa masalah diorang ni.

"Oi Iefa, Nufael ada girlfriend?" tiba-tiba Mawar tegur aku.

"Entah" aku menyarung kasut ke kaki ku semula.

"Bestfriend kot takkan taktahu" ujar Eda sambil buat muka menyampah.

Aku mula tak senang dengan perangai mereka berdua.

"Dah kata pun 'bestfriend' bukannya mak yang tahu segala-gala tentang anak dia" aku bangun menuju ke rakan-rakan group yang lain.

"Kau tak payah macam bagus sangat ea" ujar Mawar tiba-tiba.

"Iefa, jom teman saya ambil botol air" tiba-tiba Adam muncul di belakang ku.

"Ok"

"Tengok tu Mawar, tak cukup sorangg" ujar Eda sambil ketawa mengejek.

Blah lah kau. Muka dengan otak sama level.

Aku mengatur langkah tanpa membalas kata-kata Mereka.

Malam itu, tepat jam 8 malam selepas menunaikan solat fadhu maghrib, kami di kumpulkan di dataran terbuka.

"MALAM INI KAMU AKAN DIGABUNGKAN DENGAN SATU GROUP YANG LAIN MAKSUDNYA CUMA ADA 6 GROUP JE LEPASNI."

Faris mencabut Nombor.
Kami dipasangkan dengan group 1. Ni memang lain macam tapi lantaklah aku rasa lega sikit sebab jadi group dengan Fael sekurang-kurangnya aku ada kawan nak backup aku, nak teman aku, nak bebual dengan aku.

"Iefa! My friend forever after!!"ujar Nufael sambil mendepakan tangannya.

Aku menahan malu dengan kata-kata Nufael. Aku terpaksa duduk sebelah dia sebab aku tak ada kawan, boleh pula dia buat aksi mendepa kan tangan seolah-olah mahu memelukku. Adam pula mengambil tempat di sebelah Mawar.

Aku buat muka 'diamlah lahan*t' dia balas dengan muka selamba.

Mawar dan Eda dah lain macam memandangku. Nampak sangat diorang suka pada lelaki yang sama. Apa bendaaa lah..

"MALAM NI KITA AKAN ADAKAN JUNGLE TRECKING"

Aku mula berasa seram. takkan malam kot?! Seram gila!

Aku menoleh ke arah Nufael. Dia sedang merenung muka aku tanpa pengetahuan aku. Aku mengangkat kepala aku beberapa kali.

"Aku tengok tu hah sebelah kau.." ujarnya. "budak perempuan tu korek hidung" ujarnya lagi separuh membisik. Aku tahan ketawa. Badan ku bergegar-gegar tahan ketawa sambil pukul peha Nufael yang sedang duduk bersila.

Aku menoleh ke arah yang dilihat oleh Nufael.

Seorang budak perempuan tengah lap hidungnya dengan tisu. Budak perempuan tu perasan aku memandangnya. Dia cepat-cepat pusing menghadap tempat lain. Betullah tu dia korek hidung.

"Suka suka pulak kau" Nufael tersenyum memandang aku.

"Wey betullah dia korek hidung tadi aku tengok dia, pastu dia perasan dia terus toleh tempat lain" ujarku separuh berbisik kepada Nufael.

Nufael ketawa. Suaranya agak kuat sampai group lain ada yang menoleh memandang kami.

"Korang ni boleh diam tak?" Marah Eda. Eleh kau ni dah jelous tu jelous jelah nak marah-marah aku pulak. Aku berhenti ketawa cuba menahan ketawa. tersengih sengih aku dan Nufael. Nufael menunduk sambil menggigit bibir.

"SEMUA ORANG BOLEH AMBIL TORCHLIGHT MASING-MASING SEKARANG. LEPASTU BERBARIS SATU-SATU." ujar Encik Adham.

Aku mengalabah. Macam mana ni?! Aku tak bawak!

Nufael mengerutkan keningnya memandang aku. "Apasal kau ni?"

"Aku tak bawak torchlight"
"Apalah dah tahu nak pergi kem tak reti nak bawak torchlight" ujar Mawar sambil memandang wajah aku dengan riak yang penuh kebencian.

"Biarlah dia. Dia yang tak bawak. Kau nak menyebuk apahal?" Nufael menghulurkan torchlightnya.
"Pakai aku punya" ujarnya lagi.

"tak nak. Ni kau punyakan. Nanti Encik Adham marah kau macam mana?" Aku menolak torchlight itu ke perut Nufael.

Mawar dan Eda makin sakit hati apabila Nufael memberi torchlightnya kepada aku.

"C'mon lah wey, aku lelaki kot" ujar Nufael sambil tersenyum manis.

"Dah dah! Beratur beratur!" Faris memberi arahan.

Aku beratur di belakang sekali. Aku memandang sekeliling, semua tengah takut sebab nak masuk hutan tengah-tengah malam.

"Asal tak beratur depan?" Tiba-tiba Nufael menegurku.

"Malas ah" Nufael terus berbaris dibelakang aku.

"Apa kau buat ni?" Ujarku sambil menghadap Nufael. Aku terpaksa mendongak kerana Nufael tinggi.

"Beraturlah"
"Pergilah depan!"
"Aku jaga belakang. Kang kau tercicir sape susah?" Nufael memandang anak mata aku sambil buat muka serious.

"Aku tercicir pun bukan masalah kau"
Aku menyilang tanganku ke dada.
"Ok fine. Duduklah sorang-sorang dekat belakang. Biar momok culik kau" ujar Nufael lalu ingin beredar.

Aku menarik bajunya.
"Jangan tinggalkan aku sorang-sorang."

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now