Bab 12//

1.4K 78 0
                                    

You can't laugh at the same joke again and again but why do you keep crying over the same thing over and over again?

************************************

IEFA

Aku melihat tapak tangan aku. Kesan kehangatan tangan Nufael masih terasa. Aku terkaku apabila tangan Nufael menyentuh tangan aku. Aku hanya mengikut sahaja kemana dia pergi Seperti robot.

"Asalamualaikum" ujar satu suara.
"W'salam" balasku dari atas katil yang disediakan oleh pihak kem.

Selepas kejadian di hutan, aku dipindahkan ke sebuah bilik berdekatan homestay pelatih.

Keadaan di sini sunyi sepi. Tiada tv dan radio cuma ada katil, meja dan locker.

Ruang bilik ini sangat terhad. Tingkap pula betul-betul sebelah pintu.

"Kau ok Iefa?" Nasuha masuk ke dalam lalu duduk di sebelah aku di kepala katil.

"Aku ok je" ujar ku sambil tersenyum.
"Kaki dengan siku kau ok?" Tanya dia lagi. Luka di siku aku agak besar sehinggakan tangan aku terpaksa dibalut penuh. Luka di lututku pula tidaklah besar sangat cuma kesan calar.

"Ni aku ada bawak jajan" ujar Nasuha separuh berbisik. Nasuha menghulurkan plastik oreo yang belum dibuka.
"Mana boleh baw.."
"Shhhhh!" Nasuha meletakkan jari telunjuknya ke bibir.

"Fael yang suruh aku bagi dekat kau" ujarnya sambil tersenyum ada makna.
"Tak nak lah!" Aku menolak.

"Ambil jelah.. orang dah bagi" pujuk Nasuha lagi.
"Pulang balik dekat diaa." Ujarku lalu baring di atas tilam perlahan lahan kerana siku aku masih sakit lagi.

Sebenarnya aku nak. Tapi bila tengok muka Nasuha yang tersengih penuh makna buatkan aku enggan ambil.

Nasuha bangun. "Oklah aku tak boleh lama-lama ni." Dia berjalan ke arah pintu. plastik oreo itu diletakkan di atas meja. "aku letak dekat sini ea" Ujar Nasuha lalu menutup pintu.

Nak ambil ke tak nak? Aku bangkit dari pembaringan lalu berjalan ke pintu. Aku melihat dari tingkap sama ada Nasuha ada disitu ataupun dah pergi.

'Tak ada'

Aku ambil oreo itu lalu duduk di katil. Rugi kalau aku tak ambil lagi-lagi orang bagi macam ni. Aku mengoyakkan plastik Oreo itu.

Prakk!

Aku ternganga melihat oreo berterabur di atas lantai. Ya Allah! clumsynya aku! Dahh membazir. Masih ada lagi oreo di dalam plastik itu.

Aku mengutip oreo yang tak pecah lagi. Tiup tiup tiup masuk dalam mulut. Ibu pesan, tak baik membazir bazir makanan.

Aku mengambil penyapu lalu sapu cepat-cepat. Kejap lagi Cik Puan Khairina datang mati aku.

********keesokan harinya**********

Pagi ini semua orang berkumpul di dataran. Aku berjalan perlahan lahan ke arah kumpulan aku yang masih bergabung dengan group Nufael.

"Iefa!" Nufael berlari anak kepadaku.
"Buat malu jelah dia ni" bisik ku perlahan.
"Aku dengar" Nufael tersenyum manis.

Adam berjalan ke arahku. Aku dah lama maafkan Adam sebab tinggalkan aku. Yelah time kelangkabut macam tu mana boleh fikir betul-betul kan? Salah aku juga sebab pergi duduk dekat situ. Haih

"Iefa, sa..saya"
"Saya dah maafkan awak" ujarku tersenyum manis memandang wajahnya.

"Terima kasih" ujarnya lalu mengangkat muka kepadaku. Aku pelik lihat wajah Adam yang lebam padan pipi kiri. Lepas aktiviti masuk hutan, diorang melakukan treasure hunt mungkin Adam terjatuh masa tu.
kesian dia.

"Jom beratur" ajak Nufael.
"Aku tak boleh duduk bawah" ujarku sambil menepuk peha kanan ku.

"Kau nak duduk atas riba aku?" Nufael buat muka blur.
"Hah?" Aku menatap wajahnya.

Tiba-tiba Nufael duduk di lantai.
"Hah, cepatlah" Nufael duduk bersila dia menegakkan badan lalu menutup matanya bibirnya terukir senyuman gatal.

Aku kelangkabut. Apa masalah dia ni? Gatalnya!!

"Tak ada otak ea?" Aku menyepak pehanya.

"Aduh! Sakitlah. Tadi cakap tak boleh duduk bawah lepastu tepuk-tepuk peha. Bukan ke kau nak duduk atas peha aku?" Nufael ketawa. Aku tak dapat tahan ketawa. Kami ketawa kuat-kuat sampai ada dua tiga mata menoleh ke arah mereka.

"Oi oi sudah sudahlah tu.. beratur betul-betul." Tegur Faris yang duduk di bahagia paling depan.

"Macam mana ni Fael? Kaki aku sakit lagi ni" Nufael bangun.

"Tunggu jap" Nufael berjalan ke arah belakang pentas.

Bila terlihat pentas, aku rasa amat sedih sebab tak boleh nak join berlakon. Sebab kaki ni lah aku tak boleh berlakon. Aku dah pujuk Cik Puan Khairina tapi dia tetap tak bagi aku ikut serta berlakon kerana keadaan kaki ku yang masih belum sembuh.

Hari ini mereka akan mempersembahkan lakonan masing-masing. Group aku masih bergabung dengan group1. Maksudnya kami dah jadi satu kumpulan.

"Nah. Duduk dekat sini" Nufael datang dengan kerusi plastik. Dia meletakkan kerusi itu di hadapan aku.

"Baiknya kau ni, banyak sangat benda aku kene berterima kasih dekat kau"

"Contohnya?" Nufael tersengih.

"Terima kasih sebab tolong aku malam tadi, aaa sebab oreo malam tadi, aaa dengan sebab ni lah kerusi yang cantik lagikan selesa ni" aku ketawa kecil sambil mendepakan tangan ke kerusi plastik yang diambil oleh Nufael.

"Alololo.. hahahahahaha sama-sama. Kita kan 'bestfriend'" Dia tersenyum manis. Kami masuk ke barisan.

Kekok pula sebab aku sorang je duduk dekat kerusi yang lain duduk dekat lantai. kadang-kadang ada juga mata-mata yang mencuri pandang aku. Malunyaa.

"LEPAS INI KAMU AKAN MEMPERSEMBAHKAN LAKONAN KAMU SEMUA UNTUK MAJLIS PENUTUPAN. LEPAS TU DAH BOLEH BALIK DAH" Ujar Encik Adham yang bercakap melalu mikrofon.

Adam memusingkan badannya kebelakang. Dia memandang aku. Aku perasan. Tapi aku tak mahu pandang tak tahu lah sebab apa. Mungkin aku dah tawar hati. Tapi tidak ada langsung perasaan benci aku terhadap dia.

"Iefa, tu Adam panggil" Intan rakan sekumpulan aku memanggil nama aku.

Aku menoleh ke arah Intan lalu dia menunjuk ke arah Adam. Aku mengangkat wajahku. Adam melambai kepadaku sambil melakar senyuman comel.

Tiba-tiba aku rasa jantung aku laju. Aku membalas lambaiannya. Kenapa aku masih rasa perasaan ni walaupun dia dah buat taik dekat aku.

Kenapa aku tak boleh lupakan dia.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now