Bab 24//

1.3K 82 2
                                    

Being alone with your feelings is the worst because you have no where to run. They're here dancing in your mind and all you can do is Handle.

***********************************
Nufael

Hari ini aku pulang ke rumah selepas menghadiri ceramah motivasi di USM. Selama 5hari aku di sana, sudah macam-macam jadi di sini.

"Mama lepas ni Fael nak keluar kejap" ujarku. Kami sedang menikmati makan tengah hari.

"Laa baru balik kan? Nak keluar pergi mana?" Tanya puan Tasha.

"Adalah.. Nanti Fael balik cepat" Ujar aku lagi. Ada benda yang aku kene settle hari ni.

"Lagi satu ma, Fael nak pinjam motor kak Hanis. Boleh?" terbayang di fikiranku motor LC milik kakak sulungku yang sudah jarang digunakan kerana kak Hanis aku sudah memakai Kereta.

"Suka hati kamulah, jangan bawak anak dara sudah" ujar Puan Tasha lagi. Aku tersengih.

Selesai makan, aku terus menukar baju lalu mencapai kunci motor. Aku membuka sarung di tempat duduk motor itu lalu memasukkan kunci.

Bromm! Bunyi enjin motor itu.

Aku memanaskan enjin. Selepas beberapa minit, aku menekan gear lalu memulas pedal.

Aku menuju ke rumah Adam.

"Asalamualaikum" ucapku.

Muka Adam terpancul depan pintu. Aku duduk bertenggek di atas motosikal.

"Eh Fa..Fael, Kau nak apa?"wajah Adam sudah kelat.

"Kau buat apa dekat Iefa?" Ujarku. Masih lagi berlembut.

"Ma..mana ada buat apa apa. Nanti aku pujuk dia lepastu kitorang getback balik. Hal kecil je" ujarnya sambil mengeruk lehernya.

"Tak payah."
"Hah?" Kening dia terangkat.

"Jangan ganggu dia lagi. Kau tak layak dapat dia. Kerja kau cuma hancurkan hati dia. Kau tahu tak?" Ujarku sambil memandang wajah Adam.

"Tapi aku sayang dia" Adam masih berkeras.

Bamm!!!

Nufael menumbuk pipi kiri Adam.
"kau tak payah nak jadi bodoh depan aku lah. Kau dah keluar dengan Farisha dekat mall, dia panggil kau sayang siap paut lengan kau, kau ni kenapa? Memang bodoh sejak kecil ke?" Aku meluahkan segalanya.

Adam terdiam.

"Kalau aku dengar dari mulut Iefa yang kau still kacau dia, memang tahun depan muka kau bukan macam ni lagi" aku mengstart enjin lalu memulas pedal motosikal itu.

Lagi cepat aku blah, lagi selamat Adam. Kadang-kadang baran aku ni tak menentu jugak. Silap-silap Kaki Adam terkepak ke belakang.

************************************
Hari ahad, aku pergi ke sekolah dengan menaiki motor.

pengetua memang bagi kelonggaran kepada pelajar form 3,4 dan 5. Aku meletakkan helmet di pondok pak guard.

"Uyoo ada orang bawak motor" Iefa berjalan di sebelah aku. Aku tersenyum.

"Bila masa kau pandai bawa motor? Kau bukannya anak mak ke pergi mana-mana mak yang hantar." Aku membulatkan mataku melihat wajah Iefa. Iefa ketawa kecil.

"Tolong sikit ea. Aku dah lama dah pandai bawa motor cuma malas nak tunjuk" Aku buat-buat betulkan rambut.

"Ahh sudahlah kau" Iefa melajukan langkah. Aku mengejar dia dari belakang.

Ya, aku masih anggap dia seperti seorang sahabat. Tetapi kadang-kadang hati aku pernah terdetik bahawa aku telah tersuka Iefa tanpa sengaja. Tapi aku menidakkan perasaan itu kerana aku tidak mahu mengeruhkan persahabatan kami.

************************************
Iefa

Tak tahu kenapa hari ni aku rasa macam excited gila nak pergi sekolah.

Aku tak sabar nak jumpa Nufael. Dah 5 hari tak nampak muka dia dekat sekolah.

Sampai sahaja di depan pagar, aku nampak seseorang turun dari motor.
"Takkan lah?" jantung aku berdengup kencang.

Aku berhenti melangkah. Takkanlah.. perasaan ini sama macam aku nampak Adam. Aku menarik nafas dalam-dalam. Ok, otak, itu member kau. Member tak boleh suka member ok?

Aku melangkah semula ke arah Nufael yang sedang membetul betulkan rambutnya di side miror.

Aku menegur Nufael. Selepas kehabisan topik, kami diam membisu, aku dapat rasakan rentak jantung aku yang macam tak tentu hala. Aku batuk sedikit untuk menghilangkan rasa itu tetapi tak boleh.

Aku menuju ke barisan kelas aku. Nufael pun sama. Aku duduk di sebelah Scha.

"Hari ni ada persembahan." Ujar Sarah.
"Persembahan apa?" Tanya aku.
"Persembahan nyanyi-nyanyilah." aku mengerutkan keningku.

"Siapa nyanyi?" Tanya aku lagi.
"Entah. Tengoklah nanti" aku mengangguk perlahan.

Aku berbual-bual dengan Zana. Zana memang pandai buat lawak. Walaupun benda tu tak lawak, tapi bila dia buat atau cakap benda tu, benda tu terus jadi lawak.

Tiba-tiba semua pelajar menepuk tangan mereka sambil bersorak 'wuuuuu'.

Aku mengangkat wajahku. Hampir terjojol biji mata aku bila nampak muka Nufael sedang tersengih atas pentas sambil pegang mikrofon.

Dia nak nyanyi ke? Dia tak pernah cakap dia pandai nyanyi? Eh, buat apa dia nak bagitahu aku?

Tiga orang pelajar tingkatan 4 termasuk Nufael duduk di kerusi di atas pentas.

"Asalammualaikum. Kami akan menyanyikan satu lagu khas sebab hari ini hari jadi guru kelas kami." Ohh patutlah ada konsert tiba-tiba.

Nufael menyerahkan mikrofon kepada rakannya. Lalu dia mengambil gitar. Dia pandai main gitar?!

Mereka menyanyikan lagu, Di Amaran mama oleh Hazama. Lincah jari Nufael memetik tali gitar.

Selepas nyanyian lagu itu habis, Nufael mengambil mikrofon.

Semua orang bersorak sebab mereka agak lepas ni mesti Nufael menyanyi. Aku tunggu dengan penuh excited.
Nufael membisik pada kawan-kawannnya. Mereka mengangguk faham. Nufael menyerahan gitar kepada rakannya yang menyanyi tadi lalu dia bangun dari kerusi.

Lagu yang amat aku minati. Lagu yang aku tak pernah bosan dengar.

Imagination- shawn mendes

Aku terpaku sebentar mendengar suara milik Nufael. Merdu. Sungguh merdu!
Aku merenung wajahnya tiba-tiba dia menoleh kepadaku. Mata kami bertemu.

Dia mengerdipkan matanya kepadaku. Aku terasa senak di perut. Aku tersenyum lebar. Mungkin Nufael pun suka aku?

Lepas lagu dah habis dinyanyikan, Semua orang menepuk tangan mereka. Tepukan yang amat gemuruh beserta bunyi 'wuuu' kedengaran. Aku pun turut sama menepuk tangan.

Sebelum turun dari pentas, Nufael melambai ke arah semua orang.

"Dia lambai dekat aku tu" ujar budak kelas sebelah.
"mana ada, dia lambai dekat akulah" ujar rakannya selamba.

Haha! Dua dua salah! Dia lambai dekat akulah! Wahahahahahahahaha!
************************************
Sorry sebab lambat update bab ni😂 tengah sibuk prepare untuk raya🎉 hahahah. Terima kasih sebab still baca cerita ni. Selamat Hari Raya🎉🎉

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now