Bab 35//

1.4K 68 3
                                    

I'm missing someone right now and that someone is You.

************************************
Iefa

Esok raya. Pukul 10 aku dah masuk tidur sebab penat sangat masak siang tadi. Ibu dan Jasmin masih bersilat didapur.

Baru sahaja mahu terlelap, henfonku berbunyi nyaring.

Nufael?

"Hello?" Sapa ku

"Oi dah tidur ke? Awalnya?"

"Aku penatlah. Yang kau ni kenapa tiba-tiba call aku? Tak pernah-pernah nak call tiba-tiba call?"

"Sajalah.. tak boleh ke?"

"Tak ada lah tak boleh. Aku ngantuklah. Esoklah bebual"

"Alaa spend time dengan aku.. sejam je. Lepastu kau tidurlah ea?" Pujuk Nufael.

"Haish kau ni. Ye lah yelah. Nak bebual pasal apa ni?"

"Entah"

"Ok bye" aku pura-pura mahu menekan button merah.

"Eh! Eh! Jap kk kita berbual pasal Vanila kau"

"Vanila aku dah hilang. Dah jangan cakap pasal dia lagi, aku sedih" aku buat suara bosan.

"Ok ok. Hmm wey kenapa kau suka kawan dengan aku?"

"Kenapa?"

"Yelah aku ni bukannya hensem pun. Duit pun harapkan mak bapak"

"Aku terima kau seadanya"

"Alaa kau ni jagalah sikit perasaan aku. Cakap lah aku ni hensem sikit ke, hensem jugak ke. Alaaa~" Nufael merungut macam budak kecil.

"Haa ye la kau hensem sikit je. Tapi sikit jelah. Macam setitis embun di pagi hari. Eii dah lah aku nak tidur."

"Jahatnya! Hahahahah alaa kejap lah"

"Tapi kan wey, dulu time mula-mula aku nampak kau, kau nampak kerek je. Tapi tak perasan pula kita boleh jadi bestfriend macam sekarang. Hahah" ujarku sambil tersenyum sendirian.

kami berbual bual hingga jam tepat pukul 11.

"Kk last ea. Iefa, kalau kau diberi pilihan untuk jadi sayur, sayur apa yang kau nak jadi?" ujar Nufael.

"tak nak. Sayur tak sedap"

"alaa pilih je lah satu."

"carrot?" Aku mengerutkan keningku.

"tapi aku refer kau jadi timun"

"kenapa? "

"sebab kau cutecumber"

***********************************
"Selamat Hari Raya!" Ujar Scha sambil menapak ke arahku.

Pagi-pagi lagi dah sebuk datang rumah aku. Mentang-mentanglah rumah tak jauh sangat.

"Mana Nufael?" Ujar Scha.

"Mana lah aku nak tahu. Aku bukannya mak dia" ujarku sambil menuang air oren ke dalam gelas.

"Eleh.. tiap-tiap malam chat. Sampai chat aku kau bagi blue tick je." Ujarnya sambil buat muka merajuk.

"Mana ada. Aku tak sempat nak balas. Banyak sangat kerja." Ujarku.

"Eh Scha? Mana mama dengan ayah awak? tak datang sekali ke?" Ujar ibu yang baru turun dari biliknya.

"Kejap lagi sampailah tu makcik." Ujar Scha lalu menyalami tangan ibuku.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now