Bab 4// Best day

1.5K 84 4
                                    

Hari merupakan hujung minggu. Orang lain semua tengah sedap tidur, aku kena bangun pagi-pagi siap sedia untuk ke kem.

Kem yang mengenakan bayaran Rm50 ringgit seorang itu terletak agak jauh dari kawasan perumahan rumah aku.

Cikgu Aidil yang akan menghantar aku dan 'partner aku' (adam & nufael) ke kem tersebut.

Ibu dari dekat rumah tidak henti-henti membebel. Aku anggukkan kepala sajalah.

"Nanti dekat tempat orang jaga diri"
"Dekat sana jangan lupa solat"
"Nanti banyak aktivikan? Bawak tisu ni buat lap lap peluh."
"iefa tu perempuan, jaga nama baik keluarga ya?"

Waktu di dalam kereta seakan akan berjam jam lamanya.

2jam kemudain (15minit) aku tiba di depan sekolah.

"Ingat pesan ibu tau"
"Ya ibu. Orang nak pergi 3 hari je la ibu.. ibu jangan lah risau" ujarku sambil mencium tangan ibu lalu mencium kedua belah pipinya.

Aku melambai kepada ibu. Selepas kereta ibu selamat berluncur ke jalan raya aku pusing ke belakang untuk masuk ke sekolah.

"Iefa!" Jerit seseorang.

Aku mengangkat muka. Adam.

"Jom jalan sama-sama" ujar Adam lalu beriringan denganku. Aku menoleh ke wajahnya.

"Baru sampai?" Tanya ku membuatkan Adam menoleh melihat wajahku. Mata kami bertemu seketika.

"A'ah. Awak ok ke ni? Macam demam je?" Ujarnya tiba-tiba.

'Demam? Dia ambil berat pasal aku ke? ' Aku menoleh melihat wajahnya sambil buat muka terpinga-pinga.

"Taklah sebab muka awak merah lepastu bibir awak pucat sikit" ujarnya sambil memandangku sekilas.

'Awak?! Awak?!' Jantungku rasa macam tengah lumba lari.

Aku menggelangkan kepalaku. "Mana ada demam. Se.. sebab sejuk kot. Hahahaha" ujar ku tahan malu. Aku sepak batu sambil mengatur langkah.

"Ohh hahahahahahaha" Kedengaran dia ketawa. Benda yang paling comel pernah aku dengar! This is the best day in my life!

Dari jauh aku dah nampak Nufael sedang leka main telefon pintarnya di pondok. Dia langsung tak angkat muka.

Adam duduk di sebelahnya. Barulah Nufael angkat muka memandang Adam dan aku.

"Kau buat apa?" Tanya Adam.
"Main game" ujar Nufael tanpa menoleh kepada Adam.

Aku mengambil tempat duduk di hadapan Nufael.

Jam baru pukul 7:15 minit. Cikgu pun belum sampai. Aku menoleh memandang Nufael tiba-tiba perut ku berbunyi tanda aku sedang kelaparan.

"Kau lapar?" Tanya Nufael.

"Mana ada" ujarku sambil memandang tempat lain.

Nufael meletakkan henfonnya di atas meja pondok lalu membuka zip beg besarnya.

Dia mengeluarkan roti blueberry dari begnya. Lalu menghulukan kepadaku.

"Ambil ni. Makan. Nanti nak gerak jauh kau kebulur kang" Nufael mengangkat keningnya apabila aku menggelengkan kepala.

"Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak ambil kau kena couple dengan aku" Serta merta aku mengangkat wajah ku.

"Satu.."

Dengan pantas aku mengambil roti itu dari tangan Nufael.

"Te.. terima kasih" ucapku. Lalu mengoyakkan plastik roti tersebut.

Nufael senyum.

"Untuk aku bro?" Ujar Adam.

"Sorry bro, dah habis dah" ujar Nufael sambil buat muka selamba.

10 minit berlalu. Akhirnya cikgu Aidil tiba dengan kereta vios putihnya.

"Hah, semua dah ada kan? Pergi angkat beg letak dekat bonet. Saya pergi pejabat kejap" Ujar cikgu Aidil lalu terus bejalan menuju ke pejabat sekolah.

Aku mengangkat beg sandangku yang penuh dengan baju dan seluarku lalu letak di hujung bahagia bonet.

"Eh Iefa, beg kita dekat-dekat nak samalah. Cuma awak warna hijau, saya warna kuning." Ujar Adam sambil tersenyum.

Yalah, beg aku nak dekat sama dengan Adam! Apa ke sengal baru perasan. Aku ketawa.

"Eee.. beg tak limited" tiba-tiba suara Nufael menyebuk. Dia mengangkat begnya lalu hempap beg aku.

"Oi apasal hempap beg aku?! Hempap lah beg orang lain!" Marahku.

"Sorry bro, aku terpaksa buat benda ni" Nufael angkat begnya lalu menghempap beg Adam.

"Bro, sini ada ruang lagi bro" ujar Adam.

"bro, nanti beg aku penyek" Nufael terus menutup pintu bonet milik cikgu Aidil.

"Ala! Beg dia boleh pulak kau penyekkan?!" Ujarku protes dengan tindakan Nufael.

"Suka hati akulah beg aku." Ujar Nufael selamba.

Baru sahaja aku nak balas kata-kata Nufael, cikgu Aidil sedang menapak ke arah kami.

"Dah letak barang dah? adam, fael duduk belakang. Iefa duduk sebelah saya. Gerak! gerak!" Arah cikgu Aidil.

Kami berjalan ke pintu kereta. Aku membuka pintu penumpang bersebelahan tempat duduk memandu.

Cikgu Aidil membuka pintu di bahagia pemandu. Selesai semua memakai tali pingang keledar, kereta cikgu aidil mula bergerak ke tempat kem.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now