Bab 36//

1.8K 80 2
                                    

I choose you. And i'll choose you over and over and over. Without paused. Without a doubt, in a heartbeat. I'll keep choosing you.

************************************
"Kau tak boleh macam ni Iefa" ujar Scha yang duduk di sebelahku.

"Kau diam boleh tak?" Ujarku.

"Iefa! Iefa! Mana aci!!" Ujar Scha sambil menepuk lengan kiriku berkali kali.

Kami sekarang sedang main game PS2. Game WWE pula tu. Hari ini Scha menemani aku kerana Ayah dan Ibu pulang ke kampung kerana mak ngahku membuat makan-makan di rumahnya. Aku tidak mengikut kerana sakit kepala. Tak lama lepas ayah dan ibu pergi, sakit kepala aku tiba-tiba hilang. So, aku bosan aku ajak Scha tidur rumah aku malam ni.

Aizat pula bermalam di rumah kawannya. Jasmin berkurung di biliknya al maklumlah baru break dengan pakwe dia.

"Eh Iefa, aku peliklah tengok kau ni" ujar Scha tiba-tiba.

"Apesal pula?"

"Ye lah. Dah 2minggu Nufael blah macam tu je. Tapi kau buat rilek-rilek je." Ujarnya.

"abis tu? Takkan aku nak nangis macam orang gila. Dia ada je, sihat wal afiat cuma tak nampak depan mata je. Dahlah. Biar je lah dia" ujarku tanpa menoleh ke wajah Scha.

Kami masih fokus bermain game. Keadaan sunyi sebentar.

"Kau tak kecewa ke?" Ujarnya lagi. Memecah kesunyian.

"Mestilah kecewa.. kau ingat aku ni tak ada perasaan ke? Dah dia pun blah macam tu je. Tak ucap bye bye tak ucap selamat tinggal langsung." Ujarku.

"Dia tak rasa sebersalah ke ea?"

"Entahlah Scha. Malas nak fikir" Aku mengangkat kedua dua bahuku sambil menoleh sekilas ke arah Scha.

Tipulah kalau aku cakap aku tak kecewa dengan Nufael. Aku still suka dia. Walaupun sekarang segala-galanya dah jadi kenangan, tapi aku tetap tak boleh nak tipu perasaan aku yang aku suka dekat dia.

Tiap kali Scha belikan oreo untuk aku, mesti aku teringat dekat Nufael. Tulah makanan favourite dia. Tak habis-habis dengan oreo dia.

Nufael, bila kau nak datang sini?

***********************************

5 bulan sudah berlalu. Keputusan Pt3 pun dah keluar. Aku mendapat keputusan yang agak cemerlang iaitu 6A 2B dan melayakkan diri untuk masuk ke kelas aliran Sains.

Lagi 2 minggu sekolah akan dibuka. Aku pula masih belum beli barang sekolah.

Petang itu aku mengajak Scha untuk berjoging di taman rekriasi berdekatan rumahku. Kami berjalan kaki ke sana bersama-sama.

Scha cuma menghabiskan 2 round saja kerana ada hal.

"Aku kena balik awal ni" ujarnya.

"Kenapa?"

"Nak balik kampung satgi" ujarnya lalu menogok air botolnya.

"Oklah aku balik dulu. Bye" belum sempat aku melambai. Scha sudah berlari anak ke arah rumahnya.

Aku menghembus nafas perlahan lalu sambung joging. Petang itu, tak ramai orang. Cuma beberapa pakcik dan makcik yang berjoging. Aku memerhati budak-budak yang berada di taman permainan.

Tiba-tiba pandangan aku terhalang oleh badan seseorang. Siapa ni? Sibuk ja!

Aku melajukan langkah, dia mengikut kelajuan langkahku. Eii kenapalah manusia ni? Dahlah pakai mask. Sekarang ni tengah musim jerebu ke?

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now