Bab 10//

1.3K 74 3
                                    

We should love, not fall in love because everything that falls get broken. - Taylor swift.

************************************

"Hah?!" terbeliak mata aku mendengar ayat yang keluar dari kapten group. Faris.

"Yaa Encik Daim yang suruh" ujarnya lagi.

"Masing-masing cari pasangan masing-masing" arah Nufael.

Tiba-tiba Mawar memaut tangan aku.
"Aku dengan kau lah" ujar Mawar sambil buat-buat baik.

"Alaa abis aku dengan siapa?" Ujar Eda sambil buat muka sedih. Nampak sangat menipu nyaa.

"Kau dengan Nufael." Mawar menarik lenganku ke tempat lain.
Bila kami dah agak jauh dari kawasan group-group lain, mawar melepaskan tangan aku dengan kasar.

"asyik kau je rapat dengan Nufael biar Eda pula kali ni. And lagi satu, aku sebenarnya dah ada partner dah. Kau boleh lah pergi sorang-sorang" mawar memusingkan badannya membelakangkan aku.

"Kau pun suka Nufael kan?" Ujarku lalu berjalan ke hadapan Mawar yang terhenti apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut aku.

"Kawan tak makan kawan" ujarnya sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"hahaha.. sangup korbankan orang yang kau suka untuk orang lain? Cliche." Ujarku sambil mendongak menatap anak matanya. Aku memang pendek pun.

"Persahabatan lagi penting dari segala-galanya" ujarnya lalu membalas pandangan mataku.

Aku memusingkan badanku kebelakang untuk beredar. Sebelum beredar sempat aku berkata sesuatu.

"Tapi kau tak boleh membelakangkan hati dan perasaan kau untuk orang yang pura-pura ada dengan kau susah senang." Aku terus blah dari situ.

"Apa maksud kau?" Mawar menahan bahu aku. Aku menoleh memandang wajahnya sambil merentap bahuku dari pegangannya.

"Kawan yang betul-betul sayangkan kau takkan pentingkan lelaki daripada kawan dia sendiri." Aku terus berjalan ke arah aku pun tak tahu. Aku tetap jalan walaupun semua muka-muka yang aku nampak tak familiar langsung.

"Iefa!" Satu suara memanggilku.

Aku menoleh ke kanan. Tak ada sesiapa. Aku menoleh ke kiri. Pun sama jugak. Aku pusing ke belakang. Adam sedang berjalan ke arahku.

"Apa awak buat dekat sini?" Tanya Adam. Mukanya penuh dengan riak kerisauan.

"Cari partner."ujar ku selamba.

"awak jadi partner saya jelah" terus kembang kuncup jantung aku. Yelah crush sendiri nak jadi partner.

Aku tersenyum bahagia memandang wajah Adam.

"Dahlah jom pergi kat group kita" adam jalan dulu diikuti aku di belakang.

Sampai sahaja di kelompok group aku, Eda dan Mawar mencerlung memandang aku. Penuh dengan riak kebencian, menyampah, dan EVIL.

"Semua dah ada partner masing-masing?" Ujar Faris. Nufael dari tadi diam Eda tak habis-habis membebel di sebelahnya.

"Dah!" Semua bersuara.

"PESERTA SEKALIAN! BERBARIS IKUT PARTNER MASING-MASING!"

Aku duduk di sebelah Adam. Nufael dan Eda di belakang kami.

"Awak ada berapa adik beradik?" Kedengaran suara Eda sedang cuba berbual dengan Nufael.

"4"

"Awak anak ke berapa?"

"2"

Aku menoleh kebelakang lalu menghadiahkan senyuman kepada Nufael.

"Kau tak payah nak suka-suka" Nufael bersuara sambil buat muka stress kepada aku. kesiann..

Aku ketawa kecil.

Tiba-tiba seorang budak yang agak lendu menghalang pandangan kami untuk melihat Encik Adham memberu arahan. Dia berkaca mata besar. Seluar yang tinggi menutup perutnya yang boncit. Rasanya budak form3 ni.

"Yaklamak dahlah pakai seluar kalau boleh nak sampai leher! Lepastu menghalang pandangan aku pulak tu!" Marah Nufael.

Aku tak dapat tahan gelak lagi. Ketawa aku meletus sekelip mata. Nufael turut sama ketawa. Air mata aku hampir meleleh akibat banyak sangat ketawa

"Kau ni jahat gila!!" Aku menoleh kebelakang melihat wajah Nufael.

"Eh, dahlah.. diam" tegur Adam. Aku mengetap bibirku. Nufael masih ketawa lagi.

Tiba masanya kami disuruh masuk ke hutan secara berpasangan. Terdapat tali yang mengikat dari satu pokok ke satu pokok untuk menjadi guide kami untuk keluar dari hutan itu.

"Siapa nak pergi dulu?!" Tanya Encik Adham.

Semua diam.

"Cepat awak pergi cepatlah awak dapat habis kan benda ni"

2 orang budak lelaki yang berani pergi dulu. Selepas 10 minit Encik Adham melepaskan lagi satu pasangan. 10 minit lagi pasangan yang lain.

Aku dan Adam terpaksa beratur di belakang. Sebab aku terlalu takut. Gelap gelita cuma ditemani cahaya torchlight.

Tiba giliran Nufael dan Eda. Wajah Nufael rilek je sepeti sudah melakukan ini semua banyak kali.

Akhir sekali tiba giliran aku dan Adam. Aku berasa amat takut.

"Nanti dekat dalam, kalau 'nampak' jangan tegur. Kalau dengar pun jangan tegur" pesan Encik Adham.

Lagilah buat aku takut! Cakap lah benda positif sikit! Aku nak masuk hutan, bukan nak masuk shopping mall!

"Jom" adam melangkah dahulu.

Aku membuka torchlight yang Nufael beri padaku. Dalam hati aku tak henti-henti berzikir. Tali yang terikat di pokok aku genggam kuat-kuat. Sudah 10 minit kami berjalan. Masih lagi tidak diganggu.

Tiba-tiba bunyi seperti orang lelaki menjerit di bawah sebuah pokok yang besar. Aku menoleh.

Torchlight aku terjatuh.

Aku kaku. Muka ku mula pucat. Peluh tidak henti-henti meleleh. Kaki aku seakan tergam ke tanah.

"Lari Iefa!!!!" belum sempat apa-apa, Adam dah cabut dulu.

Aku tak mampu nak ungkap kata-kata. Hanya air mata yang menjadi peneman. Aku terjelopok ke tanah. aku memeluk lututku. Hati berbelah bahagi sama ada mahu bangun dan lari atau pun kaku disitu.

kalau dia bangun tiba-tiba hantu tu kejar macam mana?

Dia pasrah.

"Tolong aku" iefa berbisik sendiri.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now