Bab 14//

1.3K 77 1
                                    

I wish that you were here or i were there or we were together anywhere.

************************************
Masa seperti mencemburui kami. Tiba masanya kami pulang ke rumah.

Kem yang paling haru pernah aku masuk. Lepas ni aku tak nak masuk kem lagi. Tengoklah!

"Iefa, cikgu Aidil dah sampai" Nufael menarik beg sandangku.

Adam terkial-kial mengekori kami dari belakang. Dia sedang mengangkat hamper yang tidak lah besar mana milik Nufael kerana telah memenangi pertandingan 'kapten paling cool'.

Kami jugak telah johan dalam pertandingan lakonan.

"tunggu" Adam memanggil aku dan Nufael.

Kesian melihat Adam, aku menoleh kepada Nufael sambil buat muka kesian.

"Biarkan dia. Dahlah tinggalkan kau dekat hutan" ujar Nufael.

"Kesian dia wey, kau tengok tu, dengan beg sandang dia lagi" ujarku.

"Kau nak kau bawaklah." Nufael terus beredar dari situ.

Aku mendekati Adam. "awak nak saya tolong?" adam tersenyum lega. Tak lama lepastu senyuman itu hilang serta merta.

"Tak apalah. saya ok" ujarnya lalu menyambung berjalan ke kereta cikgu Aidil.

Selepas memasukkan barang dalam boot kereta, kami mulakan perjalanan ke rumah. Cikgu Aidil membawa aku pulang ke rumah.

Sampai sahaja di depan rumah teres milik keluarga aku, aku menghembus nafas riang.

"Bye Iefa" Nufael melambai kepadaku.
"Bye semua"
"Iefa, kalau awak tak larat nak pergi sekolah esok tak payah datang ea. Lagipun kaki awak dengan siku belum sembuh tu."

"Bye iefa" adam melambai tangannya kepadaku. Aku membalas.

Aku tersenyum bahagia "ok, terima kasih cikgu." Cikgu dah bagi lampu hijau! Apa lagi? Yeyyy!!

"Saya cikgu?" Nufael menjengah kepalanya k diantara kerusi penumpang dan pemandu. Adam mengganti aku ditempat duduk sebelah pemandu.

"Kau tak payah nak mengada ngada" cikgu Aidil meminta diri lalu menekan minyak. Kereta cikgu Aidil meluncur di atas jalan raya.

***********************************

Aku Mengeliat di atas katil. Aku melihat jam di dinding. Dah pukul 3.
MALAM!!

Aku belum makan lagi. Dari balik dari kem lagi aku belum makan. Sekarang ni aku lapar, baik aku pergi cari makan lagi bagus.

Aku bangun dari katil. Rambut yang melekat di pipi aku biarkan sahaja. Nampak sangat baru bangun tidur.

Aku buka lampu dapur. Tudung saji masih terletak di atas meja makan. Maksudnya, makanan ada lagi!

Aku menceduk nasi ke pinggan lalu duduk di meja makan. Buka saja tudung saji, ada ayam kicap dengan dua biji donat coklat.

Alamak, aku tak tahu nak makan mana satu dulu. Aku ambil donat lalu menggigitnya. Sedapnya.

Selesai makan aku masuk bilik balik. Aku mencapai henfon aku yang terletak di bawah bantal.

'12 massages from Bestie Scha'

Aku buka aplikasi whatsapp. pukul 10 tadi Scha menghantar chat. Aku langsung tak perasan.

Scha: Iefa

Scha: wey

Scha: oi

Scha: on lah

Scha: Iefa aku ada benda nak cakap ni.

Scha: tadi mamat sengal mintak nombor kau.

Scha: dia cakap kau dengan dia dah jadi bestfriend.

Scha: dalam masa yang sama, Adam pun minta nombor kau kat aku.

Scha: mula-mula aku tak nak bagi tapi diorang merayu dekat aku.

Scha: Jadi aku bagi.

Darah aku naik. pandai-pandai ja bagi nombor aku dekat lelaki. Aku baru nak reply tapi aku terbaca chat seterusnya.

Scha: lagi satu.

Scha: aku couple dengan Fahmi semalam.

Apa?! Awalnya? Benda tak dapat nak jangka. Aku ketawa lalu reply.

Iefa: aku nak marah pun tak jadi. Haih

Iefa: congrat 🎉

Aku terus offline.

Adam minta nombor aku? Jantung aku mula lah nak buat hal. Aku tersenyum seorang diri. Siapa tak suka kalau crush sendiri minta nombor kau kat orang an.

Aku minat Adam sejak form1. Bukan sahaja sebab dia hensem, dia pun pandai, suka tolong cikgu, tak suka ponteng sekolah.

Aku melihat tapak tanganku. Aku pernah pegang bahu Adam sebab nak terjatuh. Dan benda tu baru jadi pagi semalam. haihhh

Kalau Nufael tak ada dekat situ, mesti aku dah rapat dengan Adam. Kalaulah Adam perasan aku sejak dulu lagi. Kan best.

VanilaOreo.comWhere stories live. Discover now