3

7.6K 202 4
                                    

TOKTOK

"Assalamualaikum ."

"Takpe ma , biar mus yang buka pintu ." Mus berjalan ke arah pintu .

"Ma , ika p pakai tudung sat ." Ika berlari anak ke bilik nya untuk mengambil tudung . Malam ni , memandang kan tetamu datang , ika memilih untuk memakai baju kurung biru bunga kecil kecil dan instant shawl dua muka .

Setelah selesai memakai tudung , ika turun dengan penuh keayuan . Acah sopan gitu .

"Ha dah turun pun anak dara sorang ni ." Suara ayah memecah suasana . Ika dapat merasakan semua mata memandang nya .

'Masha Allah , berdebar nya . Macam aku nak jumpa keluarga mertua pulak .' Ika tersengih seorang .

Ika mendapatkan tetamu yang berada dia ruang tamu . Ika menyalam seorang wanita yang usia dalam linkungan mama nya juga .

"Ika , ni auntie fiza dengan uncle hilmi . Itu pulak anak lelaki mereka , Saiful ." Terang puan mariam . Ika mengangkat muka memandang saiful .

Sekali lagi , mata ika membuntang . 'Hakim?!'

"Eh ika . Hai . Kau cantik malam ni ." Puji saiful atau lebih dikenali sebagai hakim .

Nama penuh hakim ialah muhammad saiful hakim bin muhammad hilmi . Hakim kelihatan tenang walau dalam hati nya sedikit terkejut .

Muka ika memerah . Yang lain hanya ketawa . "Ika kenal ke saiful ni ?" Soal encik hamzah bersisa kan tawa halus .

Ika mengangguk . "Senior dekat kolej ika ."

"Em , kalau dah jodoh tu tak kemana kan yam ." Ujar auntie fiza . Puan mariam mengangguk laju tanda setuju .

Mustaqim menepuk bahu ika . Ika menoleh memandang mus . "Padan muka kau kak ." Bisik mus . Ika mendengus geram .

"Eh , mari lah kita makan , dah sejuk makanan tu ." Puan mariam menjemput tetamu nya untuk menikmati hidangan .

Hakim mengambil tempat dihadapan ika . Ika hanya menunduk .

Selesai makan malam , "untuk pencuci mulut , kita ada salad buah . Ika sendiri yang buat ." Puan mariam mengeluarkan salad buah dari peti sejuk .

"Wah . Favourite akim ni auntie ." Tanpa segan silu , hakim terus menceduk salad buah tersebut .

Ika tersenyum kecil . Tanpa dia sedar , dia seronok melihat hakim makan salad buah nya .

"Oh , jadi ni lah baby tomato yang kau rebutkan tadi ?" Hakim mensuakan baby tomato dihadapan ika .

Lamunan ika terberhenti . Muka ika memerah . "Rebut ?" Soal puan mariam penuh tanda tanya .

Hakim hanya tertawa dan ika tersengih . "Bukan salah ika lah ma . Ika ambil dulu baby tomato tu . Lepastu dia rampas ." jelas ika dengan gaya manja nye .

Makin galak hakim ketawa . Puan mariam tersenyum melihat anak nya diusik .

Yang lain turut ketawa melihat muka ika yang mula memerah .

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>

"Tak guna punya hakim . Tak pasal pasal aku dimalukan ." Omel ika sendirian dihadapan kolam ikan .

Sementara mama dan ayah nya sedang rancak berbual , ika mengambil kesempatan untuk mengambil angin di luar .

Hakim pulak melepak dengan mus di dalam bilik mus .

"Amboi , sedap mengutuk aku ye ." Satu suara mengejutkan ika .

Hampir sahaja ika terjatuh ke dalam kolam ikan tersebut tetapi sempat ditarik tangan nya oleh hakim .

"Ish apa pegang pegang ni ?" Ika menarik tangan nya dari pegangan hakim .

"Eh , kau nak jatuh tadi kan . Aku tolong je ." Hakim beriak selamba .

'Bila masa entah mamat ni ada kat luar .' Ika membuat muka menyampah .

"Kau buat apa kat luar ni sorang sorang ?" Soal hakim selepas duduk disebelah ika . Jarak masih diambil .

"Ambil angin ." Jawab ika tanpa memandang hakim .

Suasan sepi . Hakim diam dan ika turut diam .

Tiba tiba , "kau ada dengar tak bunyi benda jatuh tadi ?" Soal hakim memecah kesunyian .

Ika memandang hakim . Muka ika penuh tanda tanya . 'Bunyi jatuh apa pulak ni ?' Ika menggeleng .

"Aku dengar tadi . Oh mungkin bunyi hati aku dah jatuh dekat kau ?" Hakim mengenyit mata pada ika .

Ika tergamam . Sungguh kejutan apa yang dia dapat ni ? 'Cheesy gila pickupline dia .'

"Oh yeke ? Baik hang amek balik hati hang tu . Takut aku terpijak karang , tak pasal pasal penyet pulak ." Selamba ika membalas tanpa riak .

Hakim terdiam .

1 ..
2 ..
3 ...

Meletus ketawa hakim mendengar bicara ika dengan muka yang bersahaja . Terbahak bahak hakim ketawa .
Ika mengetap bibir , menahan ketawa . 'Suka betul dia ni .'

"Hahaha , you made my night lah ika ." Ujar hakim kemudian tersenyum manis memandang ika .

Ika terpempan . 'Handsome nya dia .'

"Dah habis tatap muka kacak aku?" Hakim memetik jari dihadapan muka ika .

Ika tertunduk malu . Muka nya memerah . Kantoi usha muka anak teruna orang .

Ika bangun , 'ish , dah lah . Dah ada awek pun menggatal dengan perempuan lain .' lalu menjeling hakim dan berlalu meninggal kan hakim .

'Aik , tadi okay je . Tiba tiba jeling aku pulak ?' Hakim tersengih melihat perangai ika .

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now