27

4K 110 1
                                    

Jam ditangan dikerling. Masih awal sebenarnya. Perhimpunan pun akan bermula dalam lebih kurang 40 minit lagi.

Orang pasti sangka dia budak baik datang sekolah awal. Heh, minta kena gelak saja.

Sebelum yang lain sampai dia ambil keputusan untuk masuk ke kelas dan buka kilang tahi mata ye.

Tidur semalam tak cukup. Mana tak nya. Orang suruh study. Dia boleh bantai hadap game sampai pukul 2 pagi. Nak spm pun tak sedar diri.

Dan entah macam mana dia boleh terjaga awal. Bagus lah tu. Tuhan suruh qiamullail. Ops. Haha

Sampai sahaja dihadapan kelas. Dia ternampak kelibat seorang perempuan. Ye perempuan. Berbaju sekolah yang pasti nya.

Sedang duduk di bangku nya. Sambil mentelaah buku pelajaran. Itu apa yang sepatutnya lah budak budak spm buat. Ulang kaji ulang kaji dan ulang kaji.

Bosan betul 24 jam hadap buku. Em bertabah lah ye ? Hehe

Dia berdehem, cuba menarik perhatian perempuan itu yang disangka kan 'kelibat'. Come on lah. Awal sangat sangat kut.

And guess what, yang ada dekat sekolah tu pun berapa kerat je yang datang awal gila macam ni. Contoh nya macam dia lah.

Perempuan tu atau sebenarnya classmate dia yang dia langsung tak sedar akan kewujudan perempuan tu. Tak guna punya classmate. 

Ha perempuan tu angkat muka lalu bangun dari duduk nya. Niat nak keluar dari kelas. Mustaqim yang sudah duduk di bangku nya memerhati.

"Kau nak belajar, belajar je lah. Aku tak kacau." Mus mula meletakkan kepala nya di atas meja. Perempuan tu ? Jangan cakap lah. Malu punya pasal, blah terus.

10 minit kemudian, setelah rasa seakan diri tu takboleh nak lena, mustaqim angkat kepala nya.

Dan dia lihat.. kosong. Haha yelah perempuan tu dah blah, tinggal dia sorang je lah. Tapi timbul satu kemusykilan dalam diri dia.

How come there's a girl just now. Tapi tempat duduk perempuan tu kosong. Sekosong-kosongnya. No bag. No books. Fuh, mahu meremang bulu tengkok ni haa.

Taknak berfikir yang bukan bukan, mus keluar dari kelas dan berjalan ke dataran. Bosan duduk kelas yang mendap tu. Baik ambil angin pagi kat sini.

Chill lah. Baru pukul 7.10 kut. Kita relax dulu kat dataran okay ?

"Kan bagus kalau hari hari tenang macam ni." Mus menarik nafas dan menghembus nya perlahan. Menghayati angin pagi.

"Tapi saya tak tenang, sebab awak bising." Tegur satu suara. Cukup buat mus terlompat dari duduk nya.

Dia menoleh. Nak terbeliak jugak lah biji mata dia melihat perempuan itu. Yes yes. Perempuan yang sama dalam kelas tadi.

Patut lah takde. Mai study sini rupanya.

"Excuse me ? Kau nak kata aku mengganggu lah ni ?" Soal mus tidak puas hati.

Perempuan tu menjeling lalu pandangan nya di alihkan ke buku nya kembali. "Exactly."

Eh eh.

Siapa perempuan ni ? Berani dia kata aku ni pengganggu ?

Mus memandang dengan pandangan yang tidak puas hati.

"I guess, this place is not yours right, miss.." sempat dia mengerling lencana ditudung perempuan itu.

"Right, miss Erina ?"

Perempuan tu memandang mustaqim. Geram pulak aku dengan mamat ni.

"Also not yours. So please be quiet. Thank you encik mustaqim." Mata kembali memandang buku chemist yang sedang ditelaah nya.

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now