"Belajar masak ke ?" Nasi disuap ke dalam mulut. Pertanyaan itu menghentikan tangan yang sedang mencedok lauk dihadapan nya.
Ika buat muka menandakan dia tidak memahami dengan soalan itu. Emmm...
"Awak belajar masak dengan mama ke ?" Soalan diajukan sekali lagi tetapi sedikit panjang supaya mudah dipahami.
"Susah sangat ke nak kata masakan saya sedap ?" Kuah tomyam itu dicedok ke dalam mangkuk berserta isi didalam nya. Em sedap nya.
Hakim tertawa kecil. "Thats why i'm asking you. Andai kata awak belajar dengan mama, well you did a great job then. Tapi andai kata awak memang pandai masak sejak azali, i did a great job lah." Sesuap nasi masuk ke dalam mulut nya. Dikunyah perlahan lahan. Menikmati air tangan isteri.
Kening dijongket. Minta penjelasan lebih. Sementara dia juga menyuap sesuap nasi ke dalam mulut.
"Saya beruntung lah dapat awak." Hakim tersenyum manis. "Nak tambah." Pinggan dihulur dan mata dikerdip kerdip macam budak budak mintak lolipop. Macam saya minta hati awak. Eh ? Hahahaha
"Makan gula banyak." Ika menjulingkan mata nya ke atas dan hakim tertawa melihat reaksi ika. Pinggan yang dihulur itu disambut. Dia bangkit dari duduknya dan berjalan ke periuk nasi lalu mencedok nasi untuk si suami yang kelaparan bagai tidak makan setahun. Huhu
Pinggan diletak betul betul dihadapn wajah nya. "Terima kasih sayang." Dia tayang gigi suka. Seronok. Bahagia.
Sebelum ni duduk rumah sewa, semua buat sendiri. Masak sendiri. Senduk nasi sendiri. Makan sendiri. Ikan hangus pun air tangan sendiri. Sekarang, he got the best gift ever in his life.
"You're most welcome." Ika duduk kembali. Tersengih melihat syurga nya menikmati masakan nya.
Well, dia tak lah pandai masak sangat tapi boleh lah sikit sikit. Nak dibandingkan dengan mama, ofcourse dia kalah. Masakan bonda sentiasa nombor 1 okay.
<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>
"Awak..."
"Em ?" Terasa kepala yang ringan itu berehat dibahu nya. Mata fokus menonton tv. Entah cerita apa apa entah.
"Awakkkk......"suara nya makin meleret.
"Ye ika ?" Dia mencium ubun ubun ika lembut.
Ika tertawa senang. "Awakkk....."
"Ye sayang intan payung abang. Kenapa ? Nak kena geletek ke ?" Soal hakim. Mata nya kini beralih fokus kepada ika.
Ika tertawa memandang mata hitam hakim. "Taklah. Saja panggil. Nanti rindu." Dia berubah posisi. Kepala nya kini di atas peha hakim. Mata dipejamkan.
"Awak ada kelas ke esok ? Pukul berapa ?" Soal nya sambil tangan nya bermain dengan jemari hakim. Mata masih dipejamkan.
Hairan melihat isterinya seperti itu. Di hanya membiarkan jemari di usik ika. "Kelas saya esok pukul 10. Kenapa ?"
Dengan mata yang masih dipejamkan itu, telapak tangan hakim yang besar itu diletakkan dipipi nya untuk menahan panahan cahaya lampu. Kepala digelengkan.
Hakim hanya mendiamkan diri nya. Ada something ke dia nak bagitahu aku ? Takpernah pulak tahu ika ni manja orang nya. Hahaha
Tangan hakim masih digenggam kemas bagi memastikan tangan itu menutupi wajah nya.
Lama kelamaan, hakim merasa genggaman tangan itu semakin melerai dan akhir nya jatuh ke atas sofa.
Tangan nya diangkat. Oh dah tidur rupanya. Wajah polos itu ditatap. Masih cantik seperti selalu. Dia takkan tahu bila akan jadi hari terakhir dia tatap wajah itu. Wajah orang yang dia sayangi. Bidadari nya.
YOU ARE READING
I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)
Romance"Layan saya macam bestfriend, lindung saya macam adik beradik, sayang saya sebagai isteri, cinta saya kerana Allah, deal ?" "Deal !" _____________________ HAHAHA sorry lah. Aku tak reti tulis cerita