Selesai barang barang dimasukkan kedalam but kereta,
"Maaa, ika gerak dulu ye ?" Tangan puan mariam disalami dan dicium.
"Hati hati ye ika. Ada apa apa call mama atau ayah tau . Dan satu lagi, jangan ingat mama kasi naik berdua ni korang boleh macam macam." Pesan puan mariam.
Ika menarik muncung."apa mama ni ?" Tergelak puan mariam.
"Ika gerak dulu ye ma ?"ika memeluk puan mariam lalu masuk kedalam kereta.
"Minta diri dulu ye auntie." Pinta hakim . Puan mariam mengangguk . "Jagakan ika ye kim."
Hakim mengangguk sambil tersenyum dan salam diberi . Setelah masuk kedalam kereta. Hakim terus memandu keluar dari perkarangan rumah ika .
<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>
Setelah hampir 2 jam perjalanan dan hakim hanya ditemani radio sahaja sepanjang perjalanan mereka sebab ika tidur mati tak ingat dunia . Tak guna betul , bukan nak teman tapi tidur.
Ika membuka mata. Dia mengambil masa sedikit untuk mengeliat .'em sedapnya tidur.'
"Seronok tidur nampak . Sampai berdengkur tak ingat dunia . Air liur meleleh. Nasib baik aku yang baik hati ni tolong lap kan ." Terjah hakim.
Perbuatan ika terhenti . What ?
"Oi oi . Hang baik sikit naa . Manade aku berdengkur . Air liur aku sikit pun tak meleleh ." Ika memprotes . Backup diri sendiri lah katakan .
Hakim tergelak kecil. "Benda kalau dah tidur mati agak agak sedar ke apa yang berlaku ? Silap haribulan bom jatuh pun tak sedar sedar ."
Hakim sambung ketawa . Seronok dapat usik si ika ni . Yelah , mana tak nya usik sikit , mengamuk macam budak budak kena curi lolipop . Hahaha, comel betul . Comel ke ?
Ika mencebik lalu menoleh keluar tingkap . "Jauh lagi ke kim ?"
"Dalam setengah jam lagi mungkin ?" Mata fokus pada pemanduan nya . Kelajuan cekap dikawal . Tidak terlalu laju . Tidak terlalu perlahan .
"Em lambat nya ." Mata beralih kepada jam tangan . Jam menunjukkan pukul 10.47 pagi ."kim, aku lapar ."
Hakim memandang ika sekilas. "Kau pernah ke tak lapar ?" Hakim ketawa."makan banyak banyak tapi tak pernah gemok ."
Ika mencebik. Takde insuran lah mulut mamat ni. "Tu maksud nya sistem penghadaman aku baik. Tak macam hang."
Mati ketawa hakim mendengar teori ika. Ada ada je lah perempuan ni. "Sat lagi ada rnr kita berhenti."
Ika mengangguk keriangan. 'Alahai, macam budak budak betul .' Desis hati hakim sambil tersenyum nipis melihat ika.
Sampai sahaja di rnr. Mereka terus membeli makanan. Dimeja makan, masing masing menjamah makanan yang dibeli. Lapar betul tu ika.
Setelah hakim selesai makan, dia menunggu ika. Tangan menongkat dagu, mata memandang ika yang sedang seronok menjamu selera tanpa menghirau kan persekitaran mereka yang bising.
Ika yang sedang menggigit ayam goreng yang dibeli nya tadi memandang hakim pelik. "Hang nak ayam ni ke ? Kalau nak p lah beli ."
Terhambur tawa hakim mendengar kata kata ika. "Makan je lah kau . Tak ingin pun aku ayam goreng kau tu. Haih ika ika." Hakim menggeleng kepala dengan sisa tawa nya.
Dahi ika berkerut. Salah ke apa yang dia cakap ? Dia hanya membiarkan hakim dengan tawa nya dan meneruskan melahap ayam tersebut.
Pada saat itu, mata hakim tertancap pada seorang wanita yang sudah berusia bersama seorang kanak-kanak lelaki yang sedang duduk dibangku panjang.
![](https://img.wattpad.com/cover/77150487-288-k526158.jpg)
YOU ARE READING
I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)
Romance"Layan saya macam bestfriend, lindung saya macam adik beradik, sayang saya sebagai isteri, cinta saya kerana Allah, deal ?" "Deal !" _____________________ HAHAHA sorry lah. Aku tak reti tulis cerita