Telus dia mengelap badan suami nya yang kedinginan itu. Demam semalam masih belum kebah. 'Ya Allah, Kau sembuhkan lah syurga ku ini.'
Diambil kain bersih yang lain kemudian dicelup ke dalam air. Kain itu diperah dan diletakkan di atas dahi suami nya. Berharap suhu nya menurun.
"Awak, ika ada buatkan bubur. Bangun makan ye." Pujuk ika. Dari semalam suami nya tidak makan. Risau pula jika sakit yang lain pula datang.
Hakim menggeleng lemah. "Awak takboleh macam ni. Dari semalam awak tak makan. Nanti awak lagi sakit." Luluh jiwa nya.
Hakim membuka mata sedikit. Melihat ika yang dalam keadaan sedih itu. Dia berasa bersalah. Perlahan-lahan cuba dikuatkan dirinya untuk bangun.
"Ika tolong ye." Dia memberi pertolongan nya kepada suami nya untuk bersandar kepada kepala katil.
Bubur disua ke mulut hakim. Perlahan mulut nya terbuka untuk menyambut makanan tersebut.
Mata ika berkaca. 'Awak, macam mana awak boleh sakit sampai macam ni sekali ? Apa yang berlaku ?' Cuba ditahan air mata nya supaya tidak menitis.
Selepas beberapa suap. Hakim menolak tangan ika, tanda sudah tidak larat. Setelah mengambil ubat, hakim tidur semula.
Ika berjalan menuju ke dapur dengan hati yang berat. Sambil tangan nya mencuci pinggan mangkuk. Sambil mata nya berair mengenangkan suami nya yang pulang dalam keadaan yang tidak dijangka.
Tanpa dia sedar, pinggan yang dipegang jatuh kelantai. Ika berlari untuk melihat jika hakim tersedar dari tidur nya. Tetapi tidak.
Perlahan lahan ika menyapu serpihan kaca itu tanpa dia perasan dia terpijak serpihan kaca yang besar. Dia menekup mulut nya daripada menjerit. Taknak hakim terjaga.
"Ya Allah sakitnya !" Dia cuba mencabut serpihan itu perlahan sehingga tercabut. Darah sudah mulai menitik dilantai.
Pantas dia mencapai kotak kecemasan, dan mengeluarkan kapas untuk mengelap darah tersebut. Seterusnya dia mencuci luka nya itu.
Sakitnya tak tertahan. Air mata nya turut mengalir menahan luka itu. "Abang, kaki ika sakit..." perlahan dia mengadu.
Selepas kaki sudah dibalut. Dia teruskan mengemas dapur. Sesaat kemudian, dia tertidur di atas sofa ruang tamu.
____________________________________"Erghh..." mata dibuka perlahan lahan. Jam loceng di sebelah diperhatikan. Tepat 5.10 petang. Kenapa rumah sunyi sangat ?
Dia bangun dari pembaringan nya. Perlahan lahan dia berjalan keluar bilik. Mencari sesusuk badan yang dia sayangi.
"Ika... ika..." perlahan suaranya memanggil.
Tanpa dia perasan, dia terlanggar sepasang kaki yang menjulur kehadapan dan kedengaran seperti suatu rengekan. "Sakit..."
Hakim menoleh. Dia melihat ika yang sedang tidur. Mata nya dipejam rapat seolah olah menahan kesakitan. Hakim melihat kaki ika yang berbalut itu.
Balutan nya tidak kemas. She was in rush dan balutan itu sudah basah dengan darah yang banyak. "Why you hurt yourself sayang ?" Perlahan hakim membisik.
Masih terlalu lemah untuk dia bercakap dengan suara yang kuat. Dia menunduk kemudian membuka balutan di kaki ika.
Ika merengek kesakitan. Hakim menepuk perlahan betis ika, bagai menidurkan anak kecil yang terjaga.
Dia menukar kepada balutan yang baru selepas membersihkan darah di kaki ika.
Selepas hakim membersihkan diri, dia berjalan ke ruang tamu untuk mengejut isterinya itu.
YOU ARE READING
I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)
Romance"Layan saya macam bestfriend, lindung saya macam adik beradik, sayang saya sebagai isteri, cinta saya kerana Allah, deal ?" "Deal !" _____________________ HAHAHA sorry lah. Aku tak reti tulis cerita