30

4.3K 111 0
                                    

"I don't know why, but i think there's something gonna happend." Ika bersuara tiba tiba sambil mengunyah potato chipnya.

Berkerut dahi suraya. Dah lah tengah drive ni. Dia boleh bantai cakap benda yang bukan bukan.

"Contohnya ?" Soal suraya.

Tangan disilang kan. Tangan kiri dibawa ke dagu. Jari nya mengetuk ngetuk dagu nya. Seolah olah memikirkan sesuatu.

"Em, aku rasa ada yang tak kena dengan tetamu ayah." Kunyahan disambung. Dan dia kembali kepada posisi asal.

Suraya menarik nafas lega. Dia ingat ika nak cakap ada sesuatu yang tak elok akan terjadi semasa dia memandu.

Fuh ! Gila tak cuak ?

Mereka dalam perjalanan hendak pulang ke rumah ika.

Ingat tak yang ayah ika telefon tempoh hari ? Haa sebab tu lah mereka memandu ke sana.

Tapi satu je masalah nya. Suka sangat gerak malam. Bahaya tahu untuk perempuan.

Walaupun dekat, tapi tetap bahaya.

"Kenapa kau cakap macam tu ?" Soal suraya. Mata fokus dijalan yang gelap tu.

"Takdelah. Selama ni kalau ada tetamu nak datang rumah, takde pulak ayah suruh aku balik. Tapi kali ni dia menggesa suruh aku balik." Jelas ika setelah selesai mengunyah potato chip nya.

Suraya akui. Dia juga berasa hairan setelah mendengar penjelasan ika itu. Tapi dia juga datang sebagai seorang tetamu. Jadi dia memilih untuk berdiam sahaja.

Ika masih dengan potato chip nya. Malas nak berfikir panjang. Dia hanya melayan perasaan nya sambil mendengar lagu Faded nyanyian Allan Walker.

Malam malam macam ni feeling lah dengar lagu yang berdentum dentum macam tu.

Selepas hampir 1 jam perjalanan, mereka sampai di rumah ika pada jam 11.40 malam. Itupun sebab ada singgah kedai makan tadi.

"Aku rasa mama dengan ayah dah tidur." Pintu dibuka perlahan lahan.

Dari luar rumah, dah nampak kat dalam gelap gelita. Lagipun jam nak masuk pukul 12 tengah malam. So tak hairan lah.

Daun pintu ditolak dan salam diberi. Walaupun tuan rumah dah tidur. Tak bermakna rumah itu tiada penghuni.

Dari pintu masuk, tv masih kelihatan bercahaya.

Ada orang tak tidur lagi ?

Selepas ika dan su masuk, pintu dikunci semula. Ika melangkah perlahan-lahan ke sofa yang berada di hadapan tv.

Terlihat satu kujur badan yang sedang terbaring di situ.

Okay, now she know who is that.

PELEPAP !

Tangan diayun dan melekat di lengan mustaqim. "Kau tak reti nak tidur ke ? Esok sekolah kan ?" Soal ika kemudian mengambil tempat di sebelah adiknya.

Mustaqim merengus kasar. "Kau ni kak. Terkejut mus. Tak reti nak bagi salam ke ?" Dia mengurut dada yang turun naik.

Ika tertawa kecil. "Aku dah bagi salam ler. Kau yang tak dengar."

Su duduk di disebelah ika. Melayan telatah dua beradik ini.

"Dah lah. Akak naik dulu. Mengantuk layan kau." Ika bangun dan berjalan ke bilik nya diikuti su dibelakang.

<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>

Dia bangkit dari perbaringan nya. Jam loceng ditepi katil menunjukkan 8.00 pagi.

Nasib baik dia bendera merah harini. Su disebelah dipandang sekilas.

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now