8

5.1K 147 2
                                    

"Hello , assalamualaikum ma . Apa khabar ? Sihat ?" Soal ika sambil mengepit telefon nya dia antara telinga dan bahu .

Tangan nya pula sibuk mencari kunci kereta dia dalam beg tangan .

"Wsalam , mama sihat . Ika sihat ?" Suara puan mariam kedengaran dihujung talian .

"Alhamdulillah ika pun sihat . Mama betul sihat ni ? Kenapa dengar macam lemah je ." Ika memegang telefon nya .😯

Puan mariam ketawa . "Ish apa ika ni . Mama sihat lah . In sha Allah . Ika doakan lah mama yang baik baik . Ni ada apa call mama ni ? Rindu ke ?"

Ika menarik nafas lega . "Alhamdulillah lah kalau mama sihat . Mama kalau sakit bagitahu ika tau . Jangan sorok sorok . Mesti lah rindu . Mama ika kan . Hehe . Ma , ika minta maaf . Ika tak dapat balik minggu ni ."

"In sha Allah ika . Mama pun rindu ika . Haha . Lah , it's okay ika . Mama paham ika busy study ." Sayup suara puan mariam memujuk .

Ika menahan sebak . "Tapi ika dah 2 minggu tak balik . In sha Allah kalau takde apa apa , rabu ni ika balik ."

"Ye ika . Mama tak kesah . Bila ika boleh balik , ika balik lah . Ayah , mama dengan mus sentiasa ada dirumah ." Lembut bicara seorang ibu .

"Okay ma . Mama tunggu ika ea . Rabu ni ika balik . Ika letak dulu ye ma . Jaga diri . Sampaikan salam ika kat ayah dengan mus . I love you ma ." Mata ika sudah pun berair .

"I love you too ika . Ika pun jaga diri . Solat jangan tinggal . Doakan mama dan ayah ye . Assalamualaikum ika ." Puan mariam meletak panggilan tersebut selepas ika menjawab salam .

Sungguh dia rindukan anaknya .

"Awak tak bagitahu dia ke yam ?" Soal encik hamzah yang duduk di sisi isteri nya .

Puan mariam menggeleng . "Dia perlu fokus pada study dia bang . Saya taknak ganggu dia ."

"Saya tahu tu . Tapi dia berhak tahu ." Encik hamzah menggenggam tangan isterinya .

"Ye dia berhak tahu . Tapi bukan sekarang bang . Lagipun yam baik baik je . Doktor pun kasi yam keluar esok kan . Abang jangan lah risau ." Puan mariam tersenyum nipis .

Encik hamzah mencium tangan isteri nya . Sungguh dia syahdu melihat isteri nya yang tabah itu .

<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>

"Ika , kau dengar tak apa aku cakap ni ?" Su memetik jari dihadapan muka ika .

Ika masih lagi termenung . Jauh betul dia menung .

"Ikaaaaaaaa !" Sengaja su menjerit panjang bagi mematikan lamunan ika .

"Ye ma ! Ika turun sekar- eh ? Apa kau ni su ?" Ika memukul peha kawan nya .

Su ketawa terbahak bahak melihat ika yang melatah .

"Eh aku pulak yang kena . Kau yang mengelamun jauh . Hahaha ." Su masih belum berhenti ketawa . Suka betul .

Ika menarik muncung . Tak suka betul diusik kawan nya .

"Kau ni . Kita datang sini nak makan . Tapi dari tadi aku tengok nasi kau tak berkurang pun . Kau fikir apa ika ?" Su menyoal sambil menyuap nasi kedalam mulutnya .

"Aku taktahu lah su . Aku tak sedap hati . Rasa macam ada something wrong somewhere . Aku risau dekat mama yang dekat rumah tu ." Ika menguis nasi didalam pinggan nya . Tapi tak makan pun .

"Kau ada call mak kau tak ? Tanya lah dia ." Su menyedut air nya .

"Aku dah call semalam . Tapi mama kata everything's fine . Haritu sebelum balik sini , aku tengok muka mama pucat weh . Aku risau lah ." Ika mula tak senang duduk . Mata nya mula berair .

"Hei , kau janganlah menangis ika . Aku tahu kau kuat . In sha Allah takde apa apa dengan mama kau . Kau kena yakin yang semua nya baik baik je . Okay ?" Su menggenggam tangan ika .

Jauh di sudut hati su , dia merasa sedih melihat ika sebegitu . Ika jarang sangat menangis . Kalau dia menangis pun sebab tengok cerita hindustan .

Ika mengangguk lemah . Air mata dia perlahan lahan mengalir . Su mengusap air mata ika .

"Su , aku balik esok lepas kelas . Kelas aku hari khamis cancel . Kau nak ikut aku ?" Soal ika apabila dia sudah tenang .

"Boleh juga . Aku pun takde kelas khamis ni ." Su sambung menghabiskan makanan nya .

Ika tersenyum ."Okey esok , lepas maghrib kita gerak okay ?"

Su mengangguk . "Eh ika . Kau nak tak nasi kau tu ? Kalau kau taknak . Aku nak . Aku lapar ."

Su menjelir lidah . Ika ketawa melihat su .

"Gila lah kau . Makan ke melantak ?" Ika menolak pinggan nya ke arah su .

"Biar lah . Aku lapar lah gila ." Su terus menyambar nasi ika .

Meletus ketawa ika melihat telatah su .
______________________

Hai guys .

Finally ada pun updates . Hahaha 😛
Oh and yeah , sorry for short and boring update .

Stay stuned ! I heart you guys 😘

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now