Sorry lah 😭 dah lah lambat update, mendap pulak tu. I am truly sorry gais 😢😢
Btw, enjoy *lap hingus*
_______________________Seusai solat subuh tadi, selepas selesai membaca al-mathurat dan selepas mengisi perut dengan sarapan pagi, para pelajar diminta bersiap untuk aktiviti pagi ni.
Selepas kuliah subuh tadi, hakim maklum bahawa aktiviti pagi ni ditukar kepada jungle trackking.
Semalam hujan, jadi tapak treasure hunt lencun dan aktiviti terpaksa ditunda. Dan sebenarnya mereka agak keberatan sikit nak buat jungle trackking kerana tanah agak licin. Risau ada perkara yang tidak di ingini berlaku. Tapi sepakat sebulat suara mereka mahu membuat jungle trackking pagi ni.
"Semua dah ada ke ? Tolong periksa rakan kanan kiri depan belakang. Takut ada yang tertinggal." Laung salah seorang senior yang bernama aren yang juga merupakan ajk yang terlibat.
"Imran, sila tampil ke hadapan." Arah aren.
Sejurus imran keluar dari barisan nya, dia diminta untuk mengetuai aktiviti memanaskan badan dan bacaan doa. Selepas kejadian dia dipanggil tempoh hari di dewan makan, nama dia asyik kena aim je untuk sebarang aktiviti kerohanian.
Alah takpe, dapat pahala free. 😆
3 orang pelatih telah dijemput untuk mengetuai perjalanan mereka di dalam hutan nanti. At least adalah yang tahu bab bab selok belok hutan ni. Memang mostly senior semua ada pengalaman. Tapi lagi selamat kalau ada orang yang lagi mahir. Kan ?
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Nama saya Iskandar. Kamu semua boleh panggil saya Sir Is." Salah seorang pelatih memperkenalkan diri nya.
"Dalam masa 15 minit lagi kita akan mula kan perjalanan kita ke tempat 'orang'. Jadi saya minta semua jaga kelakuan. Jangan suka suka nak petik sana sini. Ingat, bukan kita je yang hidup kat dunia ni.
Kalau ada sesuatu yang berlaku, tolong laporkan segera. Tolong bertindak segera. Saya takmahu ada perkara yang tak diingini berlaku." Pesan nya dengan tegas.
"Paham semua ?!"
"Paham sir !"
Acah gaya tabik. Tarik sengih sir melihat loyar buruk para pelajar ini. "Okay, kita boleh mulakan perjalanan kita. Bismillah. Pastikan rakan rakan ada semua ye."
Sir is memulakan perjalanan nya dan diikuti pelajar lain. Dibelakang sekali, ika dan hana menjaga barisan terakhir pelajar puteri kerana pelajar putera yang akan berjalan dahulu.
Su awal awal lagi dah cop jaga depan dengan emi. So nasib lah ika kena jaga kat belakang dengan hana.
Not-so-enemy lah.
<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>
37 minit perjalanan sungguh terasa lama sangat. Masing masing dalam keletihan. Kaki ada yang mula lenguh lah, cramp lah. Macam macam.
"Sir, take 5 please." Pinta salah seorang pelajar lelaki.
"Okay semua boleh berhenti dahulu. Kita rehat isi tangki oksigen." Arah sir is.
Masing masing menghela nafas panjang. Lega akhir nya dapat rehat. Ada yang mula meneguk air. Mengurut kaki masing masing yang berasa lenguh.
"Ika nak air ?" Botol disuakan ke ika. Ika mendongak.
Botol air hana yang disuakan itu disambut oleh ika, "thanks akak."
Dengan rakus nya. Eh ! Takde lah rakus pun saje acah je.
YOU ARE READING
I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)
Romance"Layan saya macam bestfriend, lindung saya macam adik beradik, sayang saya sebagai isteri, cinta saya kerana Allah, deal ?" "Deal !" _____________________ HAHAHA sorry lah. Aku tak reti tulis cerita