"Ika, kau ni sungguh ke okay ? Pucat lesu je aku tengok ni." Soal suraya sambil fokus pada pemanduan nya.
Ika mengangguk lemah. "Aku okay, kepala aku je pening." Mata nya dikatup rapat. Seboleh boleh nya takmahu nampak cahay kalau tak kepala nya akan bertambah sakit.
Suraya disebalah semakin risau. Tak pernah tengok ika macam ni. Sakit sakit pun, demam demam pun takdelah rupa macam orang nak mati.
Eh, sorry.
Setiba mereka di perkarangan klinik muhibah, suraya memapah ika untuk masuk kedalam. Selepas mendaftar dan menunggu giliran, ika masuk bersendirian sementara suraya tunggu diluar bilik.
"Puan Atika ye ?" soal doktor perempuan itu. Ika mengangguk. "Silakan duduk." Ika mengambil tempat disebelah meja doktor tersebut.
"Okay puan, sakit apa ye ?" soal doktor Anisa, nama yang dibaca ditag nama doktor itu. Dia tersenyum manis. "2 3 harini doktor, saya tak lalu nak makan. Saya tak rasa demam tapi kepala ni ada lah jugak sakit sakit. Rasa nak pengsan pun ada doktor. Tapi tak pengsan pengsan pun." Ika tersengih.
Doktor anisa tertawa. "Takpe, saya buat pemeriksaan dulu ye ?" Ika mengangguk. Diperiksa segalnya, suhu badan, tekanan darah dan bermacam lagi. Ika hanya menurut.
Selesai diperiksa doktor, ika duduk semula ditempatnya. Doktor anisa sudah tersenyum. Senyuman yang sukar ditafsir oleh ika. Tak susah pun sebenarnya tapi biasalah orang sakit, sel sel otak tak bersambung.
"Kenapa doktor ? Kenapa senyum ?" soal ika terpinga pinga.
Senyuman masih tidak surut. "Alhamdulillah puan. Puan sihat je, baby pun sihat. Dah masuk 3 bulan puan mengandung. Tahniah puan." Doktor anisa menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan ika. Tetapi ika masih tidak menyambut huluran itu.
Jelas terpancar diwajah nya bahawa dia sedang terkejut. Gila tak terkejut weh, mengandung kut. 3 bulan kut aku tak sedaq aku mengandung. Hahahaha
"Puan Atika ? Puan okay ke ni ?" soal doktor anisa dengan dahi yang berkerut. "Doktor ! sungguh lah saya mengandung ?" Baru lah dia dapat bersuara.
Doktor anisa tertawa. "Ye puan, 3 bulan." Ika tersenyum lebar. Kurang pucat diwajah nya setelah tahu bahawa dia tak sakit. Selesai berjumpa doktor, ika meminta diri untuk keluar. Suraya tengok ika dengan muka yang hairan.
Jumpa doktor yang duk tersengih ni pasaipa ? "Doktor cakap apa ika ?" soal suraya yang dari tadi duk tertanya. "Doktor cakap aku sihat alhamdulillah, takde sakit apa." Ika tersenyum lagi.
"Habistu, apesal kau duk tersenyum dari keluar bilik tu ?" Su menyoal lagi. Ika menggeleng sambil tersengih dan berlalu pergi.
Apa pelik budak ni -,-"
________________________________________________
JAM 9 MALAM
Pintu rumah dibuka. Hairan. Hakim meilhat rumahnya yang kegelapan dan tiada sebarang lampu yang terbuka. "Blackout ka ?" soal hakim sendiri.
"Assalamualaikum, sayang !" laung hakim dari pintu masuk. Dengan berbekalkan cahaya lampu dari telefon, dia berusah membuka suis rumah nya.
TAP!
Lampu terbuka, tetapi kosong. Tiada orang. 'Aik takkan dah tidur ? Awalnya.' Hakim menyimpan telefon bimbitnya kedalam poket. Teringat mesej ika petang tadi. Doktor kata semua nya. Ika tak sakit. Tapi apesal rumah dalam kegelapan dan ika senyap ?
Dia berjalan ke dalam bilik. Kelihatan sekujur tubuh itu sedang baring dikatil. Sedang lena diulit mimpi. Hakim tersenyum sendiri. Alahai sayang saya sorang ni.
Dia berjalan ke arah ika yang kelihatan nya sedang tidur. Dahi ika dicium lembut, kepala diusap perlahan. "Sorry, saya balik lambat sikit." hakim bermonolog sendiri. Dia bangun dari melutut, kemudian dia berlalu untuk membersihkan diri.
Selesai melaksanakan tanggungjawabnya, dia berjalan ke katil untuk merehatkan diri. Dia baring disebelah ika yang lena tidur. Tidak sikit pun terkutik, tidak sedikit pun terasa seperti tidurnya diganggu.
Baru sahaj hakim membaringkan dirinya, lengan nya ditarik untuk dijadikan bantal peluk oleh ika. Hakim terkejut tetapi beriaksi biasa. Dengan mata yang masih terpejam, "Lambatnya awak balik." wajah dibenamkan ke lengan hakim.
Perlahan tetapi hakim dapat menangkap setiap kata kata ika. "Sorry sayang, saya habis kelas pukul 6.30 tadi ingat nak balik terus tapi ikhwan ajak pergi rumah dia. Tolong dia buat assignment. Ralit sangat buat kerja, tengok tengok dah pukul 8.30 malam." Hakim terus berbicara biarpun mata ika masih terpejam.
Ika merapatkan diri nya ke hakim. Kini muka nya betul betul berada ditelinga hakim. Sedikit sebanyak dapat menggoncang iman hakim melihat isterinya berkelakuan sebegitu. "Sayang ?" Panggil hakim. Tiada sahutan.
"I want to show you something." Ika berbisik perlahan ditelinga hakim. Cukup perlahan seakan menggoda hakim. Hakim menelan air liur, "And that something is ?" tiba tiba dia jadi tidak berani untuk menoleh ke isterinya.
Kenapa ? Biasalah, orang cakap lelaki ni jangan buat main, lagi kau usik lagi dia membuak rasa dia nak 'makan' kau. HAHAHA
"Awak memang taknak pandang saya ke sayang ?" Ika berbisik lagi. Hakim toleh perlahan, hidungnya bertemu hidung ika. "Apa yang awak nak tunjuk tu ?" mata ika masih terpejam. Ika memeluk hakim lalu membenamkan wajahnya ke dada hakim.
This is the safest place ever. Ika tersenyum riang. Perlahan lahan tangan nya menyeluk bawah bantal hakim lalu mengeluarkan sekeping gambar seperti polaroid.
"Congratulation dear papa." Lembut bibir hakim dicium sambil gambar tu dihulurkan kepada hakim.
Hakim mengambil gambar itu lalu melihat dengan mata yang terbuntang. "Alhamdulillah ya Allah." Mata nya mula bergenang. Hakim mengeratkan pelukan nya. Dahi ika dikucup berkali kali. "I'm going to be a papa." Jelas terpancar kebahagiaan diwajah hakim. Hilang segela kepenatan yang dia rasai seharian ini.
Membesar dengan baik ye sayang ?
Hakim mengusap perut kecil. Sekarang, dia punya dua nyawa untuk dijaga. Permaisuri dan bakal pewaris mereka.
Melihat hakim sebegitu, megusik sedikit hati keibuan nya. Terima kasih ya Allah <3
________________________________________________
"WHAT ?! Alhamdulillah ikaaaaaa !!!!!!!!! You're going to be a mama ! I'm happy for you babe !" Su memeluk ika denga erat. Dia seronok, tak lama lagi akan jadi makcik. Hahahahahahahahahahahahahaha.
"Suuuuu, hang ni bising sangat lahhh." Ika menutup wajahnya, malu dilihat orang. Su punya teruja ni memang takboleh cover sikit. Daripada dulu lagi.
Su tergelak sendiri. "Hei kamon lahh, aku bahagia kut. Nak dapat anak buah tak lama lagi. Hikhik seronok nya ai guysssssss !" Su masih melompat keriangan. Macam dia pulak yang mengandung.
Teruja kalah mak buyung, hahahaha.
"Ye aku tahu hang excited kalah aku tapi sekarang ni kat sini ramai tau. Berhave sikit boleh dak auntie su ?" Ika mencebik melihat suraya yang tak habis habis tersengih.
Senyuman suraya mati. Orang nak happy sikit pun takboleh eee. "Okaylah okaylahh, tak excited dah. Taknak kasi hadiah." Su menjelir lidah mengusik kawan baiknya itu. Mak buyung ni sensitif sikit selalunya.
"Eeee perangai nya orang tua ni. Hahahaha" mereka ketawa mengenangkan perangai tak senonoh masing masing. Lol
"eh, Ika. Hakim dah tahu ke ?" soal su memberhentikan tawa ika. Senyuman terbit diwajah ika. Dia mengangguk. "Yang pertama semestinya." Ika ketawa kecil. " Tapi parents kitaorang belum tahu lagi. Nak buat surprise dinner. Jemput diorang then aku bagitahu. Hang datang lah sekali." Ika bercerita bersungguh. Wajahnya tampak bahagia.
"Serious ah aku dijemput ? Aku stranger kut." nada suara su merendah. "What the euwww suraya. Stranger apa ? Kita dah kawan lama kut, you're my bestfriend and my sister okay." Kepala suraya disekeh.
"Euww Atika. Cheesy nye. HAHAHAHA" ketawa suraya di sambut oleh ika.
Dalam diam, suraya memerhatikn ika. Alhamdulillah, i'm happy for you my girl ❤
YOU ARE READING
I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)
Romance"Layan saya macam bestfriend, lindung saya macam adik beradik, sayang saya sebagai isteri, cinta saya kerana Allah, deal ?" "Deal !" _____________________ HAHAHA sorry lah. Aku tak reti tulis cerita