31

3.9K 107 0
                                    

"Rasa nya tuan rumah sudah tahu hajat kami kemari ?" Soal seorang lelaki yang kelihatan nya berusia 50-an dalam nada yang ceria.

Ika mengintai dari dapur. Actually, curi dengar dari dapur. Haha

Dia duduk didapur bersama suraya. "Su, aku nervous." Ika bermain jari nya. Dari tadi dia duk mundar mandir.

"Heii heii relax lah. Kau duduk dulu sini." Suraya menepuk bangku desebelah nya. Nak cuba tenangkan kawan nya.

Ika duduk disebelah suraya. Gelas ditangan suraya terus disambar dan diteguk. Tak dahaga tapi nervous.

"Aku berdebar. Siapa bakal suami aku ? Aku tak tengok pun tetamu yang datang tu. Sebab aku nervous sangat sangat." Ika masih didunia nya.

Suraya tertawa. "Heii, dalam kelas kau present elok je. Ni dah kenapa nak nervous sangat ?" Kepala digeleng.

"Itu benda yang sangat berbe-"

"Ika, meh ikut mama. Ibu belah lelaki nak jumpa kamu." Puan mariam berdiri di pintu dapur.

Ika terdiam. Dia akur mengikut mama nya. Omg nervous nya.

Mata masih melekat dilantai. Tak berani lagi nak angkat muka. Segan.

"Ika, apa pandang lantai je ?" Soal seorang wanita yang berusia seperti mama nya.

Eh wait. Suara ni. Dia kenal suara ni. Ika mengangkat muka dan apa yang dia lihat sangat mengejutkan.

"Ibu ?" kepala disengetkan. Hairan dengan apa yang berlaku.

"Amboi, belum kahwin lagi dah ber-ibu. Makin senang lah urusan kita." Seorang lagi lelaki tua mengusik dalam tawa nya. Yang lain turut tertawa.

Ika tertunduk malu. Dan dalam masa yang sama dia cuba untuk paham apa yang berlaku. Kenapa ibu dekat sini ? Jangan cakap...

<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>

TOK TOK

"Siapa tu ? Masuk lah." Puan mariam sedang mengenakan bedak sejuk dimuka nya.

Pintu dibuka.

"Ma, ika nak tanya boleh ?" Soal ika yang masih berdiri di pintu bilik.

Puan mariam menarik sengih melihat anak perempuan nya itu.

"Nak tanya tu mai lah masuk. Yang duduk dekat pintu tu kenapa." Puan mariam bangun kemudian duduk di birai katil.

Ika masuk dan menutup pintu. Kemudian dia mengambil tempat disebelah mama nya.

"Ma, yang datang merisik ika tu ... family hakim ke ?" Ika bermain jari sambil mata nya memandang lantai.

Puan mariam menarik senyum nipis. "Haah. Ibu si hakim tu beriya bagitahu mama yang dia nak sangat ika jadi menantu dia." Muka ditepuk tepuk untuk merata kan bedak sejuk dimuka.

Ika mengangguk perlahan. Dia memandang puan mariam dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Mama rasa ika patut terima tak lamaran tu ? Memang lah ibu nak ika jadi menantu ibu, tapi ... hakim nak ke jadi suami ika ? Lagipun kan ma, belum tentu dia ada perasaan dekat ika dan belum tentu ika ada perasaan dekat dia." Soal ika yang sudah berada di posisi bersila.

Puan mariam tertawa kecil.

"Anak mama dengar ni apa mama nak cakap. Perasaan sayang boleh dipupuk selagi ika ikhlas terima dia sebagai suami ika. Allah akan permudahkan segala nya. Ika fikirlah. Ini masa depan ika. Yang akan pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri tu ika. Tapi apa pun yang ika buat. Mama dengan ayah akan sentiasa menyokong dari belakang sebab kami tahu ika akan buat yang terbaik untuk diri dan masa depan ika. Okay anak mama ?" Lembut puan mariam mengatur bicara.

Dia mencium ubun ubun anak perempuan nya itu sebelum ika meminta diri untuk balik ke bilik nya sendiri.

Dia berdiri di hadapan pintu bilik. Memikirkan apa yang patut dia lakukan ? Patutkah lamaran itu diterima ?

Pintu bilik dibuka. Ika memandang suraya yang sedang ralit bermain telefon. Dia menoleh memandang jam di dinding, 11.55 malam.

Ika berjalan ke balkoni bilik nya bersama telefon di tangan. Berkira kira mahu menghantar pesanan pada hakim soal perkahwinan yang mungkin atau akan terjadi ini.

Sedang dia berfikir fikir. Telefon nya berdering. Nama pemanggil tertera dia kaca telefon.

Panjang umur dia.

"Hello, assalamualaikum." Ika memulakan bicara.

Dari belah sana, salam dijawab di dalam hati. Hakim masih berdiam.

"Weh, hang nak cakap ke tak ni ?" Soal ika hairan dengan hakim yang telefon nya tetapi berdiam.

"Tiga.. dua.. satu.. Happy birthday princess ! Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to ika. Happy birthday to you. Yeay alhamdulillah." Kedengaran begitu riuh dari dalam telefon ika.

"What...? Birthday aku ?" Mata ika tak berkedip. Yes, terkejut dengan kejutan tu.

"Dengar apa aku nak cakap ni. Aku cakap sekali je. Tiada siaran ulangan okay ? Firstly aku nak cakap, semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga menjadi anak yang solehah untuk mama dan ayah kau. Semoga menjadi bakal isteri yang solehah dan taat. Ehem." Hakim berdehem dihujung talian.

Ika memandang suraya. Suraya merampas telefon ika dan dibuat nya loud speaker. Mereka duduk di birai katil.

"Perjalanan kau masih panjang. Pastikan kau belajar elok elok. Study smart okay ? Semoga kau di bekalkan kesihatan yang berpanjangan. In sha Allah. Aamin." Hakim diam sejenak.

Ika dan suraya menanti kata kata hakim.

"Last but not least..." hakim diam lagi. Sunyi.

"Will you marry me, Nor Atika binti Hamzah ?" Hakim menarik senyum segaris tanpa ika nampak.

"Er.. aku.. ni.. er.. tell me this is not a dream ?" Soal ika dari dalam talian.

Tanpa berfikir panjang, suraya terus mencubit lengan kiri ika. Dan, "ouch !! Surayaaa !"

Ika mengusap lengan nya. Hakim sudah ketawa di dalam panggilan.

"Kau gelak apa ni ?" Ika menarik muka masam. Macam hakim nampak je.

"Okay okay sorry. Ika, i need your answer ?" Soal hakim selepas berdehem.

"Em..."

___________________

Sorry guys for the boring short chapter 🙇

Enjoy your reading, thanks guys !

I love you 💘💘💘

Byeeeeee 🙈

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now