Sabtu .
"Mus , cepat lah . Kata nak keluar pukul 11 . Ni nak dekat pukul 11.30 dah ni ." Jerit ika dari ruang tamu .
Mus , siap kalah perempuan . Lama betul .
"Yeyeyeye . Jom jom ." Mus berlari anak menuruni tangga .
"Ya Allah . Jangan lari , jatuh karang ." Ujar puan mariam melihat anak lelaki nya kalut berlari .
"Ma , ayah , kami pergi dulu ." Mus dan ika menyalam tangan kedua ibu bapa nya dan berangkat pergi .
Tersengih puan mariam dan encik hamzah melihat anak anak mereka .
"Dah besar anak anak kita kan bang ? Mus tu tak lama lagi nak ambil spm . Ika pulak dah 19 tahun ." Ujar puan mariam , sayu .
Encik hamzah mengangguk memahami maksud isteri nya . 'Tak sangka masa cepat berlalu .'
Encik hamzah , menunduk menahan sebak .
<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>
"Kau ni semalam sembang nak cepat lah . Itu lah . Ini lah . Bebel dekat akak suruh siap cepat . Lepas tu kau pulak yang siap lambat ." Panjang mukadimah ika sebaik sahaja kereta dipandu keluar rumah .
Mus membuat muka seposen nya . "Bising lah kau kak ." Kemudian mus menguatkan radio yang sedang mendendang kan lagu shawn mendes - stitches .
"Ya Allah . Kuat nya radio ." Ika memperlahankan radio .
"Dah kau tu kuat sangat membebel . Kalah nenek kebayan . Kang kalau kau tua , tak sempat kahwin , jangan salahkan mus ." Giliran mus pula membebel .
Ika menarik muncung . " Ish , yelah yelah ."
Sebaik sahaja sampai di destinasi , ika terus memakir kereta .
Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam mall .
"Kak , mus ajak kawan ." Ujar mus .
"Siapa ?" Sebaik sahaja ika menoleh , dia melihat hakim yang sedang berdiri di sebelah mus .
"Hai ika ." Sapa hakim .
"Kau ajak dia dik ?" Soal ika terkejut .
Mus mengangguk . "Hai ika ." Satu lagi suara menyapa .
Hana balqis .
"Eh kak hana pun ada ? Hai ." Ika memberi senyuman manis . Tak pasti ikhlas atau tidak .
Hana membalas senyuman ika . 'Cantik.' Getus hati ika .
"Kau nak buat apa je harini mus sampai kau ajak satu kampung ?" Soal ika kebingungan .
Hakim dan hana menahan tawa .
"Dah lah kak . Jom kita gerak ." Mus menarik tangan ika . Bergerak ke arah wayang .
"Kita nak tengok wayang ke ?" Soal ika lagi .
"Nope . Kita nak tengok orang beli tiket . Apa punya soalan tu ika oi ?" Balas hakim acuh tak acuh .
Ika menarik muncung .
"Jomlah mus . Kau nak tengok cerita apa ?" Kali ni ika pula yang menarik tangan mus .
"Conjuring 2 ." Mus tersenyum . Ika mati akal .
'Aduh . Aku dah lah tak suka cerita hantu .' Ika melepaskan pegangan tangan mus .
"Ala kak . Kau jangan risau . Mus kan ada . Tak seram mana pun cerita ni ." Mus mengusap kepala ika yang beralas tudung itu .
Mus muda dua tahun tapi sikap dia lagi matang dari ika .
![](https://img.wattpad.com/cover/77150487-288-k526158.jpg)
YOU ARE READING
I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)
Romantik"Layan saya macam bestfriend, lindung saya macam adik beradik, sayang saya sebagai isteri, cinta saya kerana Allah, deal ?" "Deal !" _____________________ HAHAHA sorry lah. Aku tak reti tulis cerita