10

5.1K 143 2
                                    

*flashback

"Hello assalamualaikum ma ." Ika menjawab pangggilan tersebut .

"Wsalam . Kak ni aku mus . Akak kat mana ? Akak datang hospital sekarang . Mama sakit . Mama tak bagi mus bagitahu akak . Tapi mus nak bagitahu jugak . Mus takboleh lah kak rahsia rahsia ni . Sekarang ni , mus nak akak terus ke hospital . Doktor kata nadi mama makin lemah . Kami still berdoa yang mama baik baik je . Akak cepat tau . Mus tunggu . Mus suruh mama tunggu . Kau kena cepat kak ." Ujar mus .

Suara mus baru lepas nangis . Dia menahan sebak untuk menceritakan kepada kakak nya .

'Mus minta maaf ma . Mus terpaksa .' Mus menangis semahu mahu nya .

*end of flashback

"Mus !!" Ika berlari mendapatkan adik nya yang sedak duduk bersandar di kaki lima .

Mata nya merah . Air mata nya masih belum berhenti . Bersama doa yang tak putus untuk mama nya .

"Mana mama ?!" Soal ika .

Mus hanya mampu menunjuk ke arah wad mama nya . Mus menunduk lemah .

Ika berlari ke dalam wad dan diekori su .

"Kuat mus . Aku tahu kau boleh . Untuk kakak dan ayah kau . Kalau mereka lemah , kau lah satu satu nya orang yang kena kuatkan mereka . Ingat kau ada Allah mus . Kau kena kuat ." Hakim memeluk mus sambil menepuk bahu nya .

Makin galak tangisan mus . Sungguh dia merasa sebak mendengar bicara hakim .

<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>

"Assalamualaikum yah ." Ika menyalam tangan ayah nya .

Encik hamzah menyambut huluran tangan anak nya . Salam dijawab .

Tidak pernah melihat ayah nya yang begitu lesu . Ayah nya nampak gusar .

Ika memandang sesusuk tubuh yang sedang terbaring lemah di atas katil . Sangat lemah . Muka puan mariam lesu dan pucat .

Dada puan mariam berombak perlahan .

Hati ika pedih melihat mama nya sedemikian .

"Ayah , ayah balik lah . Biar ika yang jaga mama . Ayah rehat dengan mus dirumah ye ." Pujuk ika .

Encik hamzah menggeleng .

"Ayah tak mampu ika . Ayah tak mampu nak tinggal mama . Hati ayah pedih tengok mama kamu macam ni . 12 tahun ika . 12 tahun dia lawan penyakit dia . Dan tadi doktor kata nadi mama makin lemah . Penyakit mama semakin merebak . Ayah tak mampu kehilangan mama kamu , ika ."

Encik hamzah meraup muka . Menahan tangis yang hendak meletus . Sungguh dia tak mampu kehilangan isteri nya .

Isteri nya lah sumber kebahagiaan nya . Isteri nya lah yang menjaga dia selama ini . Isteri nya lah yang menjadi sumber kekuatan hari hari nya .

Suami mana yang tak sayang kan isteri weh ? Ika menahan sendu .

Perlahan dia memeluk belakang encik hamzah .

"Ayah jangan macam ni . In sha Allah mama baik baik je yah . Ayah kena yakin . Kita sama sama doakan mama ye ayah . Ayah kena kuat . Ayah kena kuat untuk mama . Mama mesti sedih kalau tengok ayah sedih . Ayah jangan menangis ayah . Ika ada . Mus ada . Kami ada untuk ayah . Dan yang paling penting ayah ada Allah . Jadi ayah kena sentiasa kuat . Ayah balik lah . Rehat di rumah . Biar ika yang jaga mama ." Pujuk ika sekali lagi .

Tangis nya ditahan . Empangan air mata nya sudah bertakung . Tinggal masa untuk pecah sahaja .

Hakim yang menjadi pemerhati menjadi sebak . Tak sangka puan mariam begitu kuat melawan penyakit nya .

Su perlahan lahan mengusap belakang ika . 'Kau kuat ika .' Bisik hati kecil su .

Segala persoalan hakim sudah pun terjawab . Puan mariam menghidapi kanser darah sejak dari ika berumur 8 tahun .

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>

Setelah encik hamzah dan mus pulang . Ika duduk disebelah mama nya . Mengusap lembut tangan mama nya . Kemudian mengucup tangan mama nya yang sudah kedut dimamah usia .

Air mata ika menitik setitis . Hati dia pilu melihat puan mariam yang terbaring lemah di atas katil pesakit tersebut .

"Ma , ika datang ni . Mama bangun lah cepat . Ika rindu mama . Ika nak sembang dengan mama . Ika rindu ketawa mama . Mama kata mama rindu ika . Mama bangun lah . Mama kata mama sihat . Kalau mama sihat , mama kena lah bangun ." Suara ika bergetar menahan sebak .

Bicara lembut ika mengharapkan balasan tetapi hampa . Mama nya masih dalam keadaan tidak sedarkan diri .

Nadi nya begitu lemah . Sampai kan tiada tenaga untuk puan mariam bangun .

"Takpelah . Mama dah penat kan ? 12 tahun mama lawan penyakit mama sorang sorang . Mama rehat lah . Esok kita sembang lagi okay ?" Ika bangkit dari duduk nya kemudian mencium dahi puan mariam .

Ika berjalan keluar dari wad . Dia mengusap air mata yang mengalir . 'Kau kuat . Kau kena kuat . Kau boleh ika .' Desis hati kecil memberi semangat .

Keluar sahaja ika dari wad , ika terlihat sesusuk tubuh nya amat dikenali nya sedang bersembang dengan su .

Who else kan ?

Hakim mengangkat muka melihat wajah ika yang memerah akibat baru lepas menangis .

Mata nya merah . Hidung nya merah . Ika mengambil tempat disebelah su .

Su tersenyum manis pada ika . Cuba menyalurkan kekuatan . Dia tahu kawan nya kuat .

"Su , boleh saya cakap dengan ika kejap ?" Hakim menyoal .

Ika mengangkat muka . Terkejut dengan soalan hakim .

Su mengangguk kemudian bangun dari duduk nya . "Aku tunggu kat dalam ye ." Kemudian su berjalan ke dalam wad puan mariam .

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now