21

4.3K 112 0
                                    

"Ikaaaaaaaaaaa !" Jerit su.

"Aku rindu gila dekat kau !!" Mereka menjerit keriangan. Tak hirau pun senior junior yang memerhati. Nasib baik cikgu takde kat situ.

"Hoi. Ya Allah, kalau ye pun rindu sekali pun takperlu lah bingit sampai macam ni sekali." Rungut aish menutup telinga.

Orang perempuan ni, kalau seronok sangat, ketawa mengilai tak ingat dunia.

Hakim yang sedang memeriksa senarai nama memandang kepada kumpulan itu. Menggeleng kecil lelaki itu. Hakim mendapat tugas sebagai ketua program. Dan dia dibantu oleh ikhwan sebagai penolong ketua program.

Aish ialah ketua ajk program dan dibantu oleh su sebagai penolong ketua ajk program. Kira segala perkara yang akan di laporkan ke hakim akan dilapor melalui aish.

Ika pula ditugaskan sebagai ajk alatan. Dia tak paham betul macam mana dia boleh dapat jawatan tu. Prop yang digunakan bukan nya ringan sangat. Nak pula harapkan perempuan yang tolong angkat. Apa takde lelaki dah ke kat kolej ni ?

Oh lupa nak cerita. Hana balqis. Dah lama tak nampak kelibat dia. Dia hadir dan dia ditugaskan sebagai penolong ketua program yang kedua selepas ikhwan. Ada dua penolong ketua sebab sorang akan jaga pelajar perempuan dan sorang lagi akan menjaga pelajar lelaki.

"Okay guys, semua kumpul disini." Laung hakim.

Semua pelajar junior terkocoh kocoh berjalan menghampiri hakim. Jangan cakap lah, kebanyakan pelajar perempuan semua nya jalan lenggang kangkung.

"Apa khabar semua ?" Soal hakim. Serentak semua menjawab sehat dalam satu nafas. Hahaha satu nafas sangat.

Hakim tersenyum puas mendapat reaksi daripada pelajar pelajar junior tersebut.

Melihat hakim yang tersenyum itu, pelajar perempuan mula berbisik tapi jelas ditelinga ika sebab ika sebelah diorang je.

"Weh, hensem do abang tu."

"Em ya Allah senyuman dia."

"Weh weh tengok lah dia senyum. Boleh mati aku."

Ika tergelak kecil. Hebat betul penangan hakim ni sampai ramai junior yang sangkut dengan dia. Peh

"Okay, jam ditangan saya menunjukkan pukul 12.37 tengah hari. Lepas ni semua budak budak lelaki kumpul, kita gerak solat jumaat. Yang mana uzur boleh tunggu di dewan makan. Yang lelaki jangan nak acah acah uzur, karang makan jugak siku abang ikhwan ni." Terang hakim.

Tergelak junior junior yang sedang fokus mendengar taklimat dari hakim. Tapi yang paling jelas paling seronok ketawa ialah pelajar pelajar perempuan. Eh eh suka betul ye kau orang. Padahal lawak si hakim ni hambar je. Ika mencebik. Annoying dengan lawak hambar hakim tu.

"Selesai solat, kita akan menjamu selera dahulu. Pada jam 3 petang kita akan adakan aktiviti ice breaking untuk membentuk kumpulan. Aktiviti aktiviti kita untuk 4 hari 3 malam ni akan dimaklumkan sekiranya ada perubahan semasa ke semasa. Kalau takde apa apa, semua boleh bersurai." Jelas hakim sekali lagi.

Setelah taklimat dibubarkan. Hakim memanggil semua ahli jawatankuasa untuk berbincang akan aktiviti yang bakal dilakukan sebentar lagi.

Sepanjang perbincangan, ika hanya berdiam diri sahaja. Yelah dia ajk peralatan. Nak bersuara pun nak cakap apa ? Bosan betul lah dapat jawatan ni.

"Semua paham ?" Soal hakim mematikan lamunan ika. Semua mengangguk seraya itu perbincangan dibubarkan.

Semua mula melangkah pergi ke surau tiba tiba, "ika, tunggu sat." Hakim memanggil

Ika menoleh. "Ika, aku gerak dulu." Ujar su lalu berlalu pergi. Ika hanya menghantar pemergian su melalui mata. Ceh

"Ada apa ?" Soal ika.

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now