I tried my best guys.
Sis cuba untuk buat cerita ni tak mendap 😂
And i hope you can enjoy the story 💞
Terima kasih sebab sudi membaca cerita saya 🙏💕
_______________________________"Kak, ika minta maaf. Tadi masa akak pengsan, ika buka beg akak sebab nak cari stock makan. Tapi ika jumpa banyak painkiller dan ubat lain. Ika tak sengaja." Langkah ika turut berhenti.
Hana menoleh, "please, jangan bagitahu sesiapa." Hana memegang erat kedua tangan ika. Mata nya penuh pengharapan. Mengharapkan ika tidak merosakkan kepercayaan nya.
"Tapi kenapa ?" Soal ika yang agak terkejut dengan perbuatan hana.
Perlahan lahan, pegangan tangan hana dileraikan. "Sebab akak taknak hidup dengan simpati orang lain. Because i'm happy just the way i am. Walaupun, penyakit ni belum pasti boleh sembuh ke tak." Senyuman nipis merekah dibibir kecil hana.
Ika terdiam."You can trust me." Ika memeluk bahu hana. Mengurangkan ketegangan hana. Mengurangkan beban yang hana rasa. Senyuman dibalas senyuman. Hana mengangguk lemah.
<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>
Ya Allah. Wajah diraup. Rambut dikusut berkali-kali. Otak nya serabut. Hampir 7 jam hana dan ika hilang. Tada langsung petanda yang mereka sudah dekat.
Jam ditangan dikerling.
6.58 petang.
Ya Allah, berikan lah petunjuk dimana mereka.
Bahu ditepuk, air disua. "Tenang kan fikiran dulu. In sha Allah, Allah permudahkan." Senyum mekar dibibir ikhwan.
Air disambut dan diteguk lemah.
Permudahkan lah, ya Allah.
<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>
8.25 malam.Ika dan hana membuat keputusan untuk berehat di sebuah gua yang kosong. Buat tempat berteduh. Nak sembahyang pun senang.
"Ika, kak nak tanya sikit boleh?" Mata setia memandang bara api yang.
"Tanya lah."
"Ika, ada perasaan dekat hakim ?" Ika ditembak soalan cepu mas.
Mata nya terus tertumpu pada hana yang sedang fokus pada bara api. "What do you mean?"
"Ika suka kan hakim ?" Soal hana sekali lagi. Mata langsung tidak beralih.
Dah kenapa pulak tanya soalan rupa itu ? "Tak. Ika takpernah ada perasaan dekat dia. Why?" Ika pula menyoal.
Hana memandang ika. Senyuman manis diukir. "Nothing."
Berkerut dahi ika. Pelik pelik je soalan dia.
Malam tu mereka berteduh di dalam gua yang tidak berpenghuni. Berbekalkan cahaya dari api yang mereka sendiri pasang setelah penat mencari kayu yang kering.
Tiada bekalan makanan. Dan air hanya tinggal sedikit. Mampu ke mereka bertahan ? In sha Allah.
Hari menjelang subuh. Tubuh ika dikejutkan perlahan. "Ika, subuh jom."
Senyap, tiada jawapan. Hana berasa hairan. Rasa nya senang je nak kejut si ika ni. Sekali lagi tubuh nya digoyang perlahan. Namun masih tiada reaksi. Hana mula rasa tidak sedap hati.
Belakang tangan dilekap kan di dahi ika. Masha Allah, panas nya.
Segera hana menunaikan solat subuh kemudian membasah kan tuala kecil ika dan diletakkan di dahi ika.
YOU ARE READING
I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)
Romance"Layan saya macam bestfriend, lindung saya macam adik beradik, sayang saya sebagai isteri, cinta saya kerana Allah, deal ?" "Deal !" _____________________ HAHAHA sorry lah. Aku tak reti tulis cerita