Selasa , 4.40 pm
"Assalamuakaikum mama . Mama tahu tak , dah hampir seminggu mama koma . Mama tahu tak ayah dah tak lalu makan . Hidup ayah dah tak seceria dulu ." Ika menarik nafas .
"Ayah perlukan mama . And of course mama pun perlukan ayah . You need each other . Dan kami anak anak perlu kan mama dan ayah ." Air mata mula bertakung .
"Mama cepat lah bangun . Mus rindu mama . Ika rindu mama . Ayah lagi rindu mama ." Air mata menitis .
"Mama , bangun lah . Kalau mama tak ada , ika taktahu macam mana life ika nanti . I need you so much in my life ma ." Tangan puan mariam dikucup lama .
Air mata dia terus mengalir dan menitis di tangan puan mariam . Diusap lembut tangan puan mariam .
Hati dia merindui mama nya . Sudah terlalu lama tidak berbual dengan mama nya . Dia rindu akan gelak tawa mama nya .
'Ma , please wake up .' Ika membaringkan kepala nya dia sebelah tangan mama nya sambil tangan mama nya diusap .
Sedang dia merehatkan kepala nya , tiba tiba jejari puan mariam bergerak . Seolah olah menandakan yang dia akan bangun . Ika segera mengangkat kepala .
Kelopak mata bergerak perlahan . Mata cuba dibuka sedaya upaya .
"Mama ! Kejap , ika panggil doktor ." Ika berlari mendapatkan doktor .
Setiba nya doktor di wad puan mariam , dia sudah pun membuka mata nya . Tetapi hanya berdiam .
Mata nya melilau . Mencerna keberadaan nya . Memerhati orang orang yang berada disekeliling nya .
"Mama , ika kat sini ." Ika mendapatkan mama nya .
Puan mariam melihat ika .
Diam .
"Sebentar cik , saya nak periksa pesakit ." Doktor mula melakukan tugas .
"Alhamdulillah . Puan mariam baik baik sahaja . Cuma dia ada sedikit kejutan selepas seminggu koma . Dan tiada sebarang amnesia yang berlaku ." Doktor senyum segaris .
Ika mengangguk sambik tersenyum, "terima kasih doktor ."
Doktor berlalu pergi dan ika duduk semula disebelah puan mariam .
"Alhamdulillah , mama dah sedar ." Ika tersenyum .
Lama kelamaan , senyuman nipis mula tergaris dibibir puan mariam .
"Ayah dalam perjalanan ." Ika mengusap tangan puan mariam .
"Anak mama sihat ? Mama rindu ." Puan mariam bersuara .
Hampir menangis dibuat nya .
"Alhamdulillah . Ika sihat ma . Ika pun rindu mama ."
Puan mariam cuba bangun sedikit tetapi dihalang ika . Namun dia tetap berdegil mahu berada dalam posisi duduk .
"Meh sini . Mama nak peluk anak mama ." Puan mariam membuka dakapan .
Ika menyambut dakapan mama nya .
Allah . Rindu nya seorang anak kepada ibu nya .
Air mata ika bergenang tetapi segara dilap supaya mama nya tidak perasan .
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>
Dari luar kedengaran gelak tawa puan mariam dan sekeluarga .
Alhamdulillah , puan mariam dah sembuh walaupun tidak sepenuh nya .
Walaupun puan mariam masih menghidapi penyakit kanser darah .
"Assalamualaikum ."
Satu bilik menoleh ke arah empunya suara lalu salam dijawab .
Mata ika membuntang .
Hakim .
"Macam man-"
"Ayah yang call bagitahu dia ."
Lagi besar mata ika membuntang .
Encik hamzah seakan akan memahami maksud riak wajah ika .
"Tak salah kan ayah bagitahu dia , memandang kan dia yang selalu tolong teman kamu . Siap sediakan makan malam lagi ." Usik encik hamzah .
Muka ika memerah . Hakim tertawa kecil melihat reaksi ika .
"Em , mama terhidu udang disebalik mee ni ." Puan mariam memandang ika .
Lagi merah pipi anak nya apabila diusik begitu .
"Apa khabar auntie , uncle ?" Soal hakim ramah ingin membantu ika yang tersepit dalam keadaan .
"Alhamdulillah , auntie getting better ." Puan mariam senyum manis .
Encik hamzah turut mengiyakan kata kata puan mariam .
"Em , ayah dengan ibu kirim salam dekat semua . Ibu pesan nanti dah discharged dia jemput makan malam dirumah ." Jelas hakim .
Salam dijawab dalam hati .
"In sha Allah , nanti kami usahakan ye ." Ujar encik hamzah .
Hakim memberi senyuman yang manis .
'Situasi awkward apa ni sia ?' Bisik hati kecil ika .
Ika menarik sengih . Tanpa sedar .
"Ika , harini biar ayah yang jaga mama . Kamu balik . Ajak hakim keluar makan . Ha bawak mus sekali . Selagi tak halal , jangan nak keluar berdua pulak ." Setempek ayah bagi .
"Eh ayah . Apa ni ? Sampai ke situ pulak ." Ika menarik muncung .
Puan mariam hanya ketawa melihat telatah anak nya . Sedari tadi mus hanya diam .
"Mus okay ?" Soal puan mariam memecahkan suasana .
Mus tersentak dengan pertanyaan mama nya .
Mus mengangguk lalu tersenyum nipis .
Ada sesuatu yang tak kena dengan anak nya . Firasat seorang ibu .
Puan mariam hanya beriak biasa dan membalas senyuman mus .
"Okelah ma , dah pukul 6.30 ni . Ika balik dulu . Esok kita jumpa lagi tau . Bai ma , yah " Ika mencium pipi dan memeluk mama nya serta ayah nya .
Puan mariam menarik senyum . Manja betul . Haha
"Dah mus . Jangan nak berangan banyak . Jom balik ." Ika memaut leher adik nya lalu menarik adik nya .
Terbongkok bongkok mus dibuat nya . Dah lah pendek , ada hati nak tarik orang tinggi .
"Saya balik dulu auntie , uncle ." Hakim menyalami tangan encik hamzah .
Encik hamzah mengangguk dan tersenyum .
Berlalu nya mereka dari situ , puan mariam bersuara .
"Bang , saya suka tengok hakim tu ."
Memahami maksud isteri nya . Encik hamzah turut tersenyum .
"Itu lah yang saya bagitahu ika tempoh hari ."
YOU ARE READING
I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)
Romance"Layan saya macam bestfriend, lindung saya macam adik beradik, sayang saya sebagai isteri, cinta saya kerana Allah, deal ?" "Deal !" _____________________ HAHAHA sorry lah. Aku tak reti tulis cerita