13

4.7K 134 1
                                    

Ahad .

 2.20 petang .

Ika dan encik hamzah sama sama duduk bersembang di sofa wad puan mariam .

Mana su ?

*flashback

Ahad .

12.45 tengahari .

"Ika , aku minta maaf tak dapat teman kau . Aku terpaksa balik ." Su duduk mengahadap ika ditaman hospital .

"Ala . Tapi kenapa ?" Ika menarik muncung .

"Emi bagitahu aku yang sir harith nak jumpa aku petang ni ." Jelas su .

"For what ?" Ika berkerut .

Yelah . Ahad kut . Pelik betul lecturer nak jumpa .

"Em kau lupa lah tu ." Su mengeluh .

"Lupa ? Lupa apa weh ?" Tanpa semena semena ika menggelabah .

Su tertawa melihat ika yang menggelabah .

"Kem jati diri jumaat depan dengan senior untuk orientasi junior kita ."  Jelas su .

Allah . Ika menepuk dahi .

"Aduh , macam mana boleh lupa ni .  Tapi kenapa sir cari kau ?" Soal ika .

"Kau lupa lagi . Aku kan penolong ajk program . Dan kau tu anak buah aku ." Sabar su mengingatkan .

"Weh haah lah . " pecah ketawa ika . "Tapi siapa ketua ?"

"Aish ."

Mati ketawa ika mendengar nama itu .

Ye . Diorang belum berbaik lagi .

Jauh ika mengelamun .

"Ika . Dengar tak ni ?" Su memandang ika pelik .

"Haaa . Dengar dengar ." Ika mengangguk kemudian tersenyum janggal .

"Aku gerak dulu eh ." Su mula bangkit .

"Eh , kau balik dengan siapa ni ?" Soa ika .

"Emi datang ambil . Kau jangan risau . Nanti apa apa aku inform ye . Kau pun sama . Jangan lupa inform apa apa dekat aku ." Su menarik ika untuk bangun .

"Jaga diri ika ." Su memeluk ika .

Ika membalas pelukan su . Kemudian su berlalu pergi .

*end of flashback

"Ika , ayah ada benda nak tanya ika ni ." Encik hamzah memulakan bicara .

"Apedia yah ?" Soal ika sambil mengupas kulit buah limau yang diberi aish tempoh hari .

Gaduh gaduh jugak , rezeki takkan nak ditolak . Hahaha

"Kamu dengan hakim tu , ada apa apa ke ?" Soal encik hamzah sambil memandang ika .

Terlepas buah limau dari tangan nya . Terkejut dengan soalan yang meluncur dari mulut ayah nya .

Bukan terkejut sebab kantoi . Terkejut sebab nama lelaki tu muncul . Hoho

"Mana ada ." Sepatah ika membalas kemudian limau yang jatuh diambil semula .

Dikawal perasaan gementar .

Encik hamzah tersenyum melihat anak nya .

"Ayah suka hakim tu . Budak nya baik . Masa ika jaga mama kat hospital , hampir setiap malam dia datang rumah ." Encik hamzah mula bercerita .

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now