Last update before Raya 🎉
"Doktor , su macam mana ?" Soal ika , sebaik sahaja doktor keluar dari memeriksa su .
"Alhamdulillah . Keadaan dia stabil . Cuma mungkin dia jarang sengugut dan itu menyebabkan dia pengsan . Selebih nya tiada apa apa masalah ." Jelas doktor .
Ika menarik nafas lega kemudian doktor berlalu pergi selepas ika mengucapkan terima kasih .
'Adumak . Sekarang ni macam mana nak balik ambil kereta ni ?' Ika menepuk dahi .
Lepas je menghantar ika dan su ke hospital , hakim meminta diri untuk menghantar hana pulang .
'Mestilah lepas hantar hana dia balik terus . Aduhhh . Aku pun ikut dia kenapa ? Haa padan muka kau ika .' Ika menggaru kepala yang tak gatal tu .
Tanpa membuang masa , dia masuk ke bilik su .
Su masih belum sedarkan diri . Tidur mungkin .
Ika duduk di sebelah katil su .
"Su . Apa ni ? Kau kata kau okay . Kenapa kau boleh pengsan ? Kau ni . Jangan lah buat aku risau ." Omel ika sorang sorang .
Mata su celik . Su memandang ika kemudian memandang sekeliling . Mencerna apa yang terjadi .
"Ika , macam mana aku boleh ada kat sini ?" Soal su sambil cuba untuk bangun .
"Suuuu . Hang dah sedaq wehhh . Hang pengsan tadi . Risau aku dibuat nya ." Ika memeluk su .
"Weh , kau kenapa do ? Aku pengsan je kut . Belum mati lagi rasa nya ." Su membalas pelukan ika .
Tersenyum su melihat kawan nya .
"Eh kau . Mulut . Aku cabai karang ." Ika membuat gaya seorang mak yang hendak mencabai mulut seorang anak .
Meletus ketawa su . "Kau ni . Aku cakap je . Gelabah betul ." Suka betul su mengusik ika .
Ika menjeling . "Lantak kau lah . Aku nak balik ." Ika mula berjalan mengambil langkah untuk ke pintu .
"Sampai hati kau . Aku gurau sikit je kut ." Nada su menjauh .
"Aku pun bergurau jugak ." Ika ketawa terbahak bahak .
"Takguna punya ika . Aku sekeh jakgi . Ni bila aku boleh discharged ? Aku malas lah nak duduk hospital lama lama ." Rungut su .
"Esok . Lepas class aku amek kau . Okay ?" Ujar ika sebaik sahaja berhenti ketawa .
"Em alooo . Okayy . Takpelah ika . Dah pukul 11.30 ni . Kau balik lah dulu . Meh aku teman kau keluar ." Su turun dari katil dan berjalan ke arah ika .
'Alamak . Kereta takde . Nak balik macam mana ?' Ika terdiam .
"Kau dengar tak ?" Su memetik jari dihadapan muka ika .
"Haaa . Aku dengar . Jom jom . Perlahan lahan . Kau tu dah lah tak sehat ." Ika berjalan beriringan dengan su .
Keluar sahaja dari bilik sambil ketawa . Apa yang kelakar sangat entah .
"Su , awak okay ?" Soal satu suara .
"Eh , hang buat apa dekat sini ? Bukan tadi hang dah blah ke ?" Soal ika kepada empunya suara .
"Su okay . Abang hakim buat apa dekat sini ? Macam mana tahu su masuk hospital ?" Soal su yang tidak tahu apa apa .
"Abang ?! Takpayah nak abang abang sangat lah ." Ika mencebik . Membuat muka geli .
"Ika ..." suara su meleret . 'Oh gosh . Hakim je kut .'
"Oh . Tadi bertembung dengan ika kat kedai makan . Lepas tu nampak su pengsan , abang tolong bawak su pergi hospital ." Terang hakim .
"Habih tu hang buat apa kat sini ? Kata nak balik tadi ." Ika buat muka menyampah .
"Kau lupa kereta kau tersadai dekat kedai makan tadi ? Kau nak amek kereta naik apa ?" Jelas hakim .
'Dia sanggup patah balik ? Patut lah kak hana sayang dekat hakim ni .' Omel ika dalam hati .
"Lagipun kau tu perempuan . Sekarang dah pukul 11.45 . Kau ingat aku nak biar kau balik sorang sorang ?" Sekali lagi suara hakim menghentikan lamunan ika .
Su tertawa . "Apa su ? Ingat lawak ke ?" Ika mencebik .
"Pergi lah balik ika . Dah lewat ni . Esok kau ada kelas kan ? Jangan risau . Aku okay je . Oh , abang hakim jaga kan ika baik baik tau . Ika ni pengecut sikit . Takut tempat gelap yang sunyi . Kalau ada orang dia boleh tahan lagi . Han-" kata kata si dipotong .
"Dah dah . Kau takpayah nak describe aku dekat sini . Ingat apa ? Wechat ? Dah jom balik . Su , kau jaga diri . Goodnight , bye ." Ika memeluk su dan berlalu pergi .
"Get well soon su ." Hakim melambai .
Su turut melambai .
<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>
"Kau ni boleh tahan keras kepala kan ?" Ujar hakim sambil memandu .
"Mende hang ni ? Tiba tiba je ." Ika mencebik .
Hakim menggeleng melihat ika .
"Malam ni aku hantar kau balik dulu . Esok kita ambil kereta ." Jelas hakim .
"Nonononono . Cannot . Aku ada kelas esok hang tau dak ? Cemane aku nak p kelas kalau kereta takdak ." Pantas ika menggeleng .
Hakim ketawa . 'Eh gelak pulak mamat ni .'
"Kelas kau pukul berapa esok ?" Soal hakim .
"Em , 9.30 pagi sampai 11 pagi ." Ika bermain dengan patung yang terlekat di dashboard kereta hakim .
Kemudian ika tertawa sendiri melihat patung tersebut menggeleng geleng .
Hakim tersenyum melihat perbuatan ika .
"Lepas class kita amek lah kereta ." Balas hakim selepas memasuki simpang rumah ika .
Jangan terkejut . Ika bagitahu alamat rumah dia dekat hakim tadi . Yang pasti hakim bukan stalker . Hahaha
"Noooooo . Aku kena amek su lah esok . Hang ni suka suka je ." Ika menjawab tanpa menoleh .
Leka bermain patung tersebut .
"Kau ni gelabah betul . Relax sikit boleh ? Aku minta tolong ikhwan je lah amek kereta kau tu . Bak kunci ." Hakim berhenti betul betul dihadapan rumah sewa ika .
"Ikhwan ?" Dahi ika berkerut .
"Kawan aku lah . Sebok betul ." Hakim menjeling ika .
"Oh , ada kawan hang ni ? Aku ingat spesis 24 jam berkepit dengan awek sampai takde kawan ." Ika mencapai kunci nya didalam bag nya .
'Sarkastik betul minah ni .' Giliran hakim pula dahi nya berkerut ."Awek ?"
"Awek sendiri pun dah tak kenai kaa ? Hana balqis ." Ika menghulur kunci kereta nya .
Hakim tertawa sendiri . "Apa ? Ingat lawak ke ?" Ika membuat muka menyampah .
"Nothing . Esok lepas kelas kita pergi hospital lepastu ikhwan tolong bawak kereta kau pergi hospital . Okay ?" Ujar hakim sambil mengambil kunci kereta ika .
Ika mengangguk . "Eh kau tak jawab lagi soalan aku ." Langkah ika terhenti .
"Soalan apa hang ni ?" Ika mengerut dahi .
Hakim memandang tepat kedalam biji mata ika yang berwarna coklat hazel .
"Can i be your somebody ?"
Ika terdiam tidak berkelip mata nya . Mencerna apa yang berlaku . 'Hakim confess ke ?'
"Eii hang ni . Aku ketuk baru ade akeii . Dah ada awek nak menggatal dengan perempuan lain . Aku ketuk jakgi . Dah lah aku nak masuk . Terima kasih dan bai ."
Ika terus berlari anak masuk ke dalam rumah .
Tersengih hakim melihat ika berkelakuan seperti itu .
'She's being herself thou .'
Kereta hakim terus meluncur keluar dari taman perumahan ika .
YOU ARE READING
I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)
Romance"Layan saya macam bestfriend, lindung saya macam adik beradik, sayang saya sebagai isteri, cinta saya kerana Allah, deal ?" "Deal !" _____________________ HAHAHA sorry lah. Aku tak reti tulis cerita