16

4.5K 121 0
                                    

Selesai berbual di telefon bersama su . Ika segara menyiapkan diri nya kerana sebentar lagi dia dan mus akan keluar bersama hakim untuk makan malam .

Dah cakap takpayah dengar sangat cakap ayah tu . Tapi degil nak jugak .

Konon konon rasa bertanggungjawab bila diberi amanah . Bila masa ayah bagi amanah entah . Bukan nya ayah suruh jaga aku ke apa . Ceh

Ika bermonolog sendiri .

Ika mengenakan shawl keknis yang berwarna biru muda bersama jubah berwarna hitam . Mudah dan simple .

TOK TOK

"Masuk ."

Mus menjenguk kepala kedalam bilik kakak nya.

"Dah siap ?"

Ika mengangguk . Lalu mengambil handbag nya dan menutup segala suis yang ada dalam bilik .

Mereka berdua turun kebawah beriringan dan menunggu hakim sampai .

Jam ditangan menunjukkan jam 8.30 malam . Dalam 15 minit lagi hakim sampai lah .

"Akak , aku ada benda nak story ni ." Mus memulakan bicara .

"Go on ." Ika menukar-nukar siaran tv .

"Cikgu cakap prestasi aku kat sekolah makin merosot ." Mus bersuara rendah .

Ika menghentikan perbuatan nya lalu menutup tv tersebut . Ika memandang adik nya .

"Cikgu nak jumpa mama dengan ayah . Tapi aku tak bagitahu diorang lagi ." Mus meneruskan " jadi esok , akak boleh teman kan mus tak ? Ganti mama dengan ayah . Mus taknak ayah dengan mama tahu ."

Ika mengeluh . "What happend ?"

"Aku taktahu lah kak . Lepas mama masuk hospital , aku tak boleh fokus dalam kelas . Aku risau kalau kala-"

PIN PIN

Kedengaran bunyi hon kereta hakim .

Takde sivik punya orang . Bukan nak ketuk pintu bagi salam . Ni pergi main hon hon je .

Ika membuat muka .

"Jom mus . Esok akak teman kau . Lepas tu kita bincang ." Ika bangkit dari duduk nya .

Mus tersenyum . Akak nya memahami nya .

"Terima kasih akak ."

<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>

"Mus , kau nak makan apa malam ni ?" Soal hakim yang sedang memandu .

"Mus tak kisah bang asalkan kenyang . Cuba tanya kak ika ." Mus menoleh kebelakang .

Ika sedang leka bermain telefon langsung tidak berminat dengan perbualan adik nya bersama hakim .

"Ika , nak makan apa ?" Soal hakim sambil memandang cermin pandang belakang .

"Anything would be okay ." Jelas ika mendatar tanpa mengalihkan pandangan nya dari telefon .

"Ika .." panggil hakim perlahan .

"Em ?" Mata masih ditelefon .

"Ika ." Lagi sekali .

"Hang nak apa ?" Soal ika tak puas hati lalu mengalihkan pandangannya ke hakim .

"Bila ada orang yang tengah cakap dengan kau , please look at them . Give some respect ." Terang hakim .

Ika terdiam . Telefon ditangan disimpan didalam handbag . Pandangan dialih kan ke luar tingkap . Terasa mungkin .

I Heart You , Encik Suami ♡ (Slow Update)Where stories live. Discover now