Terima kasih

15 3 0
                                    

"Ya Allah! Sayang!! Bangun!! Allah..sayang.."

Aku melihat isteri aku terlantar di lantai ruang tamu kami.Aku lihat anak-anak aku dah mula menangis apetah lagi hidangan makanan yang dia siapkan mungkin baru saja tadi. Aku tak sempat nak jenguk dye tadi disebabkan aku sibuk nak baiki basikal anak- anak tengok², je anak² aku kata mummy terjatuh.

Lekas aku ,lap tangan dan melihat isteri aku hanya terlantar di situ.Perasaan aku macam dah bercampur baur dah. Aku hanya mampu membawa isteri aku ke hospital untuk check manelah tahu dia pengsan je ke.Tapi tak, dia dah pergi. Bagi aku ini semua dugaan yang berat untuk aku.

Apakan daya,aku patut redha dengan pemergiannya.Anak² aku sedih sangat bab mak dorang dah takde.

***

Petangnya, isteri aku sudahpun dikapankan dan sudah selesai semuanya.Tinggal untuk kucupan yang terakhir saja. Aku mencium isteri aku dengan berkali-kali kemudian aku tak mampu sangat nak lafazkan aku hanya lafazkan di hati saja.

'Sayang..terima kasih atas semua pengorbanan sayang abang hargai sangat dan terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik untuk anak ii kita dan terima kasih kerana menjadi isteri yang terbaik juga untuk abang.'

Selepas saja dikebumikan , aku melihat sahabat isteriku sudah datang untuk menziarahi kubur isteri aku . Sempat lagi mereka mengucapkan takziah kepada aku sebelum aku pulang .

Tapi , bila sampai di rumah sahaja . Ianya  sunyi sangat. Aku kekadang panggil isteri aku dan cakap 'jangan lama sangat kat tandas tuh..nanti ada...' Masih bermain difikiran yang isteri aku belum lagi meninggalkan aku . Padahal , Petang itu baru sahaja dikebumikan .

Aku lihat hidangan yang terakhir yang dibuat oleh arwah Nurul . Air mata aku mula keluar . Siapa sangka , tiba-tiba sahaja orang yang kita sayang sangat dah takda .

Aku hanya lap air mata aku kemudian , mengajak anak ii aku makan . Disebabkan mereka lapar, aku hanya panaskan semua sahaja makanan itu . Rasa macam tak boleh hidup dah tanpa arwah .

***
Selang beberapa bulan ,

Anak ii aku hari ini hari jadi mereka . So, banyaklah kejutan untuk mereka . Mereka suka sangat apetah lagi atuk nenek mereka dah balik dari umrah so , senang lah sikit kerja aku . Bolehlah cover .

Pagi tuh , aku dah telefon semua kaum kerabat aku dan kawan ii arwah . Supaya datang ke majlis hari jadi anak aku . Nasib baik dorang semua free . Apetah lagi kengkawan arwah . Dorang datang awal nak tolong masak dan tolong hias ii rumah sedikit .

Alhamdulillah.. Banyak juga bagi  sokongan dan bagi kata-kata semangat kat aku.

Diari Si GadisWhere stories live. Discover now