Oyakawa / Chapter 6

5.9K 247 78
                                    


Harris tutup pintu kereta sebelum berjalan menuju le library universiti. Tangan sebelah kanan masukkan kunci kereta ke dalam poket seluar meanwhile tangan belah kiri sibuk pegang fon sambil mata tengok skrin. Hari ni group kelas dekat whatsapp banyak memekak pulak which is batch dorang kena buat event mountainbike dalam masa tiga minggu lagi. Tu yang sibuk semua orang dekat group whatsapp berceloteh sana sini and bincangkan , siapa yang akan pegang jawatan apa and siapa yang akan masuk under unit apa and apa tugasan unit itu and apa tugasan unit ini. Not like dia ambik kisah pun. Masukkan la aku kat mana-mana unit sekali pun , aku akan buat kerja aku tanpa banyak rungutan pun.

Sedang dia tengok fon dia kat tangan tu, dia terlanggar seseorang. Orang yang dia langgar tu jatuh terduduk sambil kertas melayang sana sini macam baru kena tiup dengan Taufan Katrina.

Orang dekat depan dia cepat-cepat bangun dari terjatuh. "Oh, so sorry...." Ucap orang dekat depan dia tak habis.

Harris terkedu. "Noah." Harris tegur perlahan.

Noah terus tunduk and kutip kertas-kertas dia yang bersepah atas lantai. Harris terus tunduk sama untuk tolong kutipkan. Lepas habis dia kutip segala bagai kertas Noah tu, dia hulurkan all the paper pada budak lelaki tu. Noah ambil kertas dari huluran Harris tu and cepat-cepat berlalu dari situ. Harris kejar Noah dari belakang.

"Sekejap, sekejap." Harris halang Noah dari terus berjalan.

Noah betul-betulkan beg sandang dekat bahu dia tak selesa. "Yes?" Budak lelaki tu tak pandang pun muka Harris.

"Nak nombor telefon boleh?" Tanya Harris berharap. "I need to talk to you."

Noah pandang muka Harris sekejap sebelum berlalu dari situ. Harris hembus nafas kecewa. Sinar mata yang selalu dia nampak pada mata Noah setiap kali pandang dia waktu sekolah da hilang. Mata budak lelaki tu da takde cahaya amaze setiap kali pandang dia. Cahaya tu da kosong. Harris meraup muka sebelum kejar Noah balik.

"Tunggu kejap!" Harris pegang bahu Noah sebelum berdiri depan budak lelaki tu. "I know Im screwed, but please, abang mintak maaf.."

"You are not my abang. Stop using that word." Noah kerut dahi tengok Harris.

Hati Harris sakit macam baru kena cucuk dengan benda tajam. That's hurt. A lot. Harris terkaku berdiri terfaktab dekat situ. "Abang.... aban..."

"Kalau takde apa-apa, Noah nak gerak dulu."

"Wait, wait." Refleks Harris pantas. "Abang nak number phone Noah boleh? Please." Rayu Harris.

"No." Geleng Noah. "Nak buat apa?"

Muka Harris berubah sedih. "Untuk catch up semua benda yang abang da terlepas."

"Can I go now? Nak pergi kelas lepas ni. Nak kena kejar bas." Noah tengok jam kat tangan silih berganti. Gaya Noah cakap, memang budak lelaki tu tak dengar apa yang Harris cakap tadi.

"Abang hantar?"

"Err," Noah da jadi ragu-ragu.

"Kelas dekat mana?" Tanya Harris.

"No, no. It's okay. Noah akan kejar bas." Dan nasib tak menyebelahi Noah. Saat budak lelaki tu cakap macam tu, dari kejauhan nampak bas baru bergerak dari tempat menunggu bas. Noah hela nafas berat. "Great." Gumam Noah. "I was late again."

"Nak abang hantar?" Muka Harris nampak berharap.

"Takpe la." Kata Noah perlahan. "Noah jalan kaki je."

Harris tengok lepas tu Noah macam nak berlalu dari situ dengan muka yang muram. Great Harris. Kau baru je membuatkan Noah tertinggal bas and buat budak lelaki tu makin sedih. "Abang hantar kay." Harris pegang tangan Noah. Muka Noah lepas tu memang la terkejut terkujat habis bila Harris pegang tangan dia and disebabkan dia tengah nak amik hati Noah, jadi dia tahan dari nak gelak tengok reaksi muka Noah. Muka budak lelaki tu memang comel gila! Muka terkejut Noah lagi la super duppa cute habis!

OyakawaWhere stories live. Discover now