Oyakawa / Chapter 3

5.5K 252 79
                                    

Harris masuk ke kelas Ekologi tu and amik seat paling belakang sekali. Kelas start jam 8 pagi and sekarang baru jam 7.50 pagi. Kengkawan coursemate dia ramai yang tak datang lagi. Maybe sebab masing-masing belum balik dari rumah dorang ataupun dorang memang pemalas nak datang kelas. HAHA. Tapi ye la. Siapa je la yang rajin nak datang first class pada semester yang baru. Dia syak ramai coursemate dia tak daftar kelas Ekologi ni lagi pun. Masing-masing pemalas nak bukak ESMP nak daftar subjek. Dasar budak-budak setan. Dia pun daftar saat-saat akhir sebab masa cuti sem lepas, dia habiskan masa dengan berjalan sana sini dalam Malaysia.

1) Sebab dia nak carik Noah.

2) Sebab dia memang nak jelajah Malaysia.

Dia tak paham dengan orang zaman sekarang yang sibuk nak jelajah Europe la Indonesia la China la apa la, tapi Malaysia pun tak habis jelajah, sibuk nak learn negara orang lain tapi negara sendiri pun tak habis nak belajar lagi. Pi la jelajah negara orang lain kalau kau da habis jelajah Sipadan sana. Pi la jelajah negara orang lain kalau kau da habis jelajah Taman Negara Pahang. Pi la jelajah negara orang lain kalau kau da habis takluk segala bagai pulau kat Malaysia ni.

Sibuk nak pergi Westminister Abbey and Trafalgar Square tapi entah-entah Sedim dengan Kalumpang pun tak pernah sampai lagi. Tak salah kau nak jelajah negara orang lain. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan. And Rasulullah pun ada cakap, berjalan atau belajar la kamu sampai ke negara China. Tapi alang-alang sebelum pi luar negara, know your own country dulu la. Pergi la dulu ke Music World Rainforest Festival ataupun Pesta Layang-Layang Antarabangsa ataupun Bird Race Tanjung Tuan event sebelum jejak negara lain. Nanti bila da sampai negara orang lain, bila foreigner tanya

"What is good about Malaysia?"

Takde la kau cakap pasal KLCC atau KL atau Nasi Lemak atau Pulau Langkawi semata. At least kau boleh terangkan pada orang-orang di luar negara tentang apa yang bagus dan cool nya pasal Malaysia ni.

"Yo. Watcha doin?" Tegur kawan dia sebelum ambil tempat sebelah dia. Introduce to all of you, my freaking creepy friend, Nifael. Tapi semua orang panggil dia as a Pael sahaja. Memang tipikal perangai melayu suka sangat ringkaskan nama yang panjang kepada pendek. Contohnya, Hafiz kepada Apis. Ali kepada Al. Ameer kepada Mir. Syafiq kepada Piq dan sebagainya. Tapi entah la, dia pulak tak suka ringkaskan nama orang yang panjang kepada pendek. Kalau macam nama si Nifael ni, dia tetap akan panggil Nifael and bukannya Pael macam semua orang panggil budak lelaki tu.

"Yosh dude. How's life?" Balas Harris.

"Not bad la." Nifael betulkan rambut dia sebelum tebar pandangan sekeliling. "Kau macam mana? Jumpa kekasih hati marka sehidup semati kau tu?"

Harris tergelak. "Gila sasterawan kau ni? Kau bercuti sem lepas pergi bertapa dengan Awang Sariyan ke apa? Gila da maju gaya cakap."

Nifael gelak sama sebelum kenyit mata dekat budak perempuan yang baru masuk kelas. Harris gelak kecik. Budak ni la kan, memang tak habis-habis dengan perangai mata keranjang dia. Mamat ni memang macam playboy sikit.

Bukan sikit la sebenarnya.

Banyak.

"Aku terpengaruh dengan adik aku baca novel melayu. For fuck sake, Im getting bored kot kat tumah. Tu yang baca je semua novel adik-adik aku."

"Are you getting more jiwang after this?"

Nifael kerut dahi." This is Nifael kot. Jiwang is my middle name." Nifael dabik dada.

"Awkward." Gumam Harris.

"So, how was it? Kau jumpa Noah?" Nifael cuba dapatkan kedudukan duduk yang selesa sebelum tanya lebih lanjut pada Harris.

OyakawaWhere stories live. Discover now