Oyakawa / Chapter 19

4.2K 231 127
                                    

Previously on Oyakawa / Chapter 18

Muka Noah da blushing. Tapi Harris tetap sambung puji Noah. "Kenal kau is one of the best thing ever in my life."

Noah gigit bibir. "Don't be so cheesy." Gumam perlahan

Harris gelak besar. "Thanks sebab ajak aku balik ke kampung kau ni. Kalau kau tak ajak aku, aku tak tahu la sekarang ni aku buat apa."

"Mungkin masih tidur?" Noah bagi jawapan tak pasti.

Gelak.

"Yeah, betul jugak tu." Harris capai lagi makanan dalam bekas. Noah buat benda yang sama. Kedua-duanya duduk makanan sambil layan alam, layan matahari, layan suasana pagi, tengok burung terbang sana sini carik makanan untuk anak-anak.

"Can you make like this one also?" Tanya Harris sambil goyang Roti Hotdog depan mata.

"Cannot la." Tidak Noah. "Aku da try banyak kali, tapi malangnya aku memang dumb dalam masakan."

Bahu Harris melorot layu. "This food sedap gila." Dia melirik tengok bekas makanan yang tinggal sikit tu.

"Alaaaa, nanti bebila aku balik kampung, aku ajak la kau."

"Serius meh?"

"Double serius." Noah angguk.

"Thanks!"

Noah kerut dahi. "Kenapa nak cakap terima kasih pulak?"

"Sebab kau sayang aku?" Harris gelak lepas tu.

Noah blushing lagi sebelum tolak bahu Harris kasar. "Stupid perasan."

Harris sengih-sengih manja tengok Noah.

"Pandang depan boleh tak?" Noah tolak kepala Harris ke depan.

"So, lepas ni nak buat apa pulak?"

"Emm, kata semalam nak mandi sungai kan?"

Chapter 19

Harris duduk dekat tebing hadap Tasik Banding. Suasana malam waktu tu memang sejuk habis. Dia baru lepas call berborak dengan Noah tadi. Tapi memang agak menyedihkan la sebab line dekat sini macam haram sikit tak boleh nak jangka. Kadang-kadang dapat line, and kadang-kadang tak dapat line. Kadang-kadang dapat la borak dengan Noah and kekadang memang tak dapat langsung.

Dia ada masa free untuk borak dengan Noah hanyalah pada waktu malam sahaja. Waktu siang – tengah hari – petang rembang memang tak dan nak main fon sebab banyak benda nak kena buat dekat Tasik Banding ni.

Apa yang dia buat dekat Tasik Banding ni? Sabar ye rakan-rakan. Kejap lagi yang tu aku terangkan dalam perenggan yang lain.

Sejujurnya, dia rindu dengan Noah dia. Noah dia? Hari ni da masuk 9 hari dia tak berjumpa dengan budak lelaki rambut ikal tu. Noah pun da merungut dekat dia kenapa pergi camping lama sangat. Haha, bukannya dia nak ber camping lama sangat pun. Da terpaksa, nak buat cemana lagi kan?

Here is the story, sekarang ni dia ada dekat Tasik Banding sebab kena join amali untuk subjek Outdoor Recreation Skills which is most of the time dia dekat Tasik Banding dengan kengkawan plus the lecturers, adalah dengan membuat aktiviti outdoor non stop. Ini ialah salah satu amali yang dia wajib sertai dan buat untuk lulus dalam subjek ni and at the same time dapat pointer yang maha bagus.

Maybe aku nampak macam budak pemalas, tapi aku still pentingkan markah dan pointer aku jugak. Ni semua gara-gara lepak dengan Noah selalu and that boy selalu ingatkan dia pasal study and buat assignments. Even family dia sendiri,ayah, emak dan Hannah pun tak pernah nak bagi nasihat belajar rajin-rajin, nanti senang nak carik kerja and all that macam Noah, tapi still budak lelaki tu teramat la baik bagi nasihat non stop.

OyakawaWhere stories live. Discover now