Chapter 24
Harris duduk dekat area stadium UiTM sambil tengok acara balapan SUKIPT. Noah kali ni masuk acara 400 meter. Selama ni dia tak pernah tahu pun Noah masuk acara apa. Dia cuma tahu yang seketul Noah masuk acara balapan cuma tak pasti what is the exact acara la. Semalam sebenarnya dia baru tahu lepas Noah cerita pada dia.
Semalam Noah cerita yang dia qualify nombor 7 terpantas. Harris awal-awal da ucap tahniah tapi Noah tak berapa happy. Noah cakap.
"Qualify nombor 7 la abanggggg." Cebik Noah. "Bukannya top 3 qualifier pun."
Harris gosok-gosok rambut Noah yang tebal tu. "Alaa, esok kan abang tengok sayang lari. Mesti power punya la lari tu."
Noah sengih-sengih je lepas tu. "Janji tau tengok."
"Iye sayang." Harris hulur pinky fingers. "Sayang menang, abang bagi hadiah."
Noah capai pinky fingers Harris sambut janji. "What kind of present?" Mata Noah bersinar.
"Rahsia."
"Pulak da."
Harris gelak –gelak dalam kereta lepas tu.
Cuaca hari tu agak redup jadi dia takde la panas semedang tengok acara-acara balapan ni. Stadium agak penuh dengan penonton and penyokong. Macam-macam wakil universiti ada dekat sini untuk sokong pasukan masing-masing. Acara 200 meter baru sahaja habis. And at the same time, lompat tinggi final pun baru sahaja habis. Lepas ni, acara lompat kijang final and 400 meter.
Masa Noah da tiba! Tetiba dia pulak yang rasa berdebar macam dia yang masuk berlari. Maybe rasa nervous sebab first time tengok Noah lari. Sebelum ni perangai ketegaq sombong tak mahu ikut bila Noah ajak waktu zaman sekolah. Dulu zaman sekolah, dia pun aktif bersukan wakil KTE, kolej dia tu. Waktu tu team bola sepak sekolah. Jadi , sedikit sebanyak dia tahu juga perasaan nervous Noah tu macam mana. Waktu nak kick off tu fuhh, rasa macam jantung nak melompat keluar dari badan.
Lapan atlet masuk ke garisan balapan dan masuk ke barisan lorong masing-masing. Noah berada di lorong 6. Walaupun dia jarang tengok acara larian ni, tapi dia still tahu juga rules and everything. He still follow the current news about athletic. Contohnya , Usain Bolt pemegang rekod dunia and Olimpik. And nama-nama besar dalam sukan balapan contohnya Yohan Blake, Justin Gatlin and even Asafa Powell. Tapi Asafa Powell and Justin Gatlin macam da tua je. Heh.
Ramai orang bersorak untuk universiti masing-masing. Sekarang emcee sedang perkenalkan atlet setiap lorong. Setiap kali nama atlet disebut, people and crowd dekat stadium will be super crazy and keep more chanting supporting their favourite athlete.
"Lorong 6. Noah dari UXX !!"
Harris terus berdiri and support Noah kuat-kuat. Orang sekeliling pun bersorak sama. "Goo Noahhh!" Harris beri semangat sungguh-sungguh. Siapa lagi nak bagi semangat kalau bukan dari pakwe tersayang kan? Hahaha.
Lepas tu emcee terus sambung perkenalkan atlet lorong tujuh dan lorong lapan.
"...ready, on your mark..." Kedengaran suara dari megafon dari judge dekat balapan. Jantung Harris makin berdebar kuat. Kalau dia pun da nervous macam ni, apatah lagi budak kesayangan dia yang nak berlari kejap lagi tu. Semua atlet mula ambil tempat dan letak kaki pada pad block.
"....set..." Angkat punggung.
Keadaan dekat stadium UiTM semakin reda. Masing-masing berdebar tunggu bunyi tembakan dari judge.
"...Go..." Kedengaran bunyi tembakan lepas tu.
Dan semua orang bersorak, atlet mula lari dari tempat berlepas masing-masing. Harris nampak Noah lari bersungguh-sungguh lepas tu.
YOU ARE READING
Oyakawa
RomanceKisah seorang Harris Oyakawa mencari cinta hati. Kisah seorang budak lelaki 21 tahun cuba mengenal erti , apa itu menjadi remaja yang sopan dan remaja yang bertatasusila. Ini kisah seorang Harris Oyakawa menjadi romeo kelas pertama untuk mendapatk...