Oyakawa / Chapter 7

5.8K 235 115
                                    



Harris duduk dalam kereta dia sesorang sambil tangan dekat stereng kereta. Tadi dia ada ajak Nifael jugak untuk join dia pergi Sport Centre, ye la mana tahu mamat tu nak skodeng Atilia ke apa ke. Tapi mamat tu ada hal la pulak petang ni. Entah-entah pergi date dengan perempuan mana entah. Haha. Dalam kereta da berdentum dengan lagu Coldplay. Dia sekarang berada dekat tempat parkir kereta Sport Centre universiti dorang tu. And dia tahu, dekat dalam sport centre tu, ada seorang budak lelaki yang dia nak sangat borak, yang dia nak sangat cium; macam over gila kan? Haha, yang dia nak sangat ajak date, yang dia nak sangat ajak jejalan, tengok wayang, makan, travel, jelajah sana sini.

Travel. Backpack. Dia bayangkan yang dia dengan Noah pergi jelajah satu Malaysia, pakai backpack, naik kereta, van segala bagai and then pergi ceruk segala bagai, ambil gambar and they are happily ever after.

Cindarella sangat Harris! Haha, bongok betui. Sejak bila jiwang itu menjadi sebahagian dalam hidup diri dia. Apa-apa pun, like serious shit, dia rindu dekat Noah. Nak kata, Noah ada santau dia ke apa ke, haha, memang tak la syaitan. Noah is a very good guy. Selalu dengar kata and very kind to everyone.

I'm fucking miss you.

Noah.

Harris hela nafas. Kalau aku tak buat perangai dulu, sah sekarang ni aku yang tukang hantar Noah pergi ke sport centre hari-hari. Entah-entah kitorang akan jadi roommate and hari-hari boleh pergi date sampai rasa bosan namati.

Haha, tapi rasanya dengan Noah, dia tak akan jadi bosan kot. Harris turunkan cermin tingkap tak lama lepas tu. Dia capai rokok, nyalakan rokok sebelum sedut dalam-dalam rokok dia tu. Hembus perlahan sebelum asap rokok hilang dek disapu angin.

Memacam perkara dia fikir pasal Noah. Dia nak ajak budak tu pergi jejalan. Pergi makan malam sesama. Pergi tengok wayang. Kalau dorang tengok cerita hantu dekat wayang, pastu Noah nanti mesti akan takut tengok cerita tu and nanti Noah nak sorok bawah lengan dia. KAH KAH KAH. Overnya impian kau ni Harris!

Lepas tu dating dengan budak lelaki tu sampai Noah rasa macam nak pengsan sebab banyak sangat berjalan. Dating. Harris tersengih. Dulu punya la tak nak bila Noah ajak berjalan, haa kau sekarang baru nak terhegeh-hegeh nak date segala bagai dengan budak tu.

Punya la dia nak usha Noah tu sampai sanggup dia datang ke Sport Centre. Dia tahu yang Noah duduk kat Kolej 6 kat universiti dorang ni sebab budak lelaki tu sendiri yang bagitahu dia sebelum ni tapi takkan nak stalk mamat tu kat pintu pagar kolej kan? Mahunya nanti kena bambu dengan guard kolej sebab buat perangai aci macam perompak zaman sekarang je which is stalk sana sini. Kalau dia nampak Noah dari sini, emm, maybe dia boleh bawak budak tu balik kolej. I mean, tumpangkan budak tu balik ke hostel.

Tapi macam mana kalau dia tak nak? Bisik perlahan hati dia. Macam mana kalau Noah tak nak naik kereta dengan kau lagi? Kau da la naik suara dekat dia kali terakhir korang berjumpa.

Aku akan pastikan Noah cakap 'nak' jugak. Heh. Ni Harris kot. Mana kenal erti mengaku kalah. Fudge! Sejak dia cuba untuk dapatkan Noah semua, dia selalu rasa insecure. Dia selalu banyak sangat berfikir kalau melibatkan budak lelaki tu. Macam mana kalau Noah tak suka dia? Macam mana nak buat Noah suka dia semula? Macam mana nak ajak Noah makan malam sesama? Macam mana nak ajak kasi Noah happy? tToo much question yang berpuing-puing dalam kepala otak dia which is, this is something yang dia sendiri tak pernah alami sebelum-sebelum ni.

Sebelum ni kalau jumpa cikaro mana-mana ke apa ke waktu zaman sekolah, memang dia jenis terjal tak pernah nak fikir perasaan orang. Main lanyak je perempuan tu and tak pernah nak fikir pun perasaan orang lain asalkan dia happy. Tapi sekarang ni? Fuhh, aku sendiri takut dengan diri aku sendiri. Adakah terdapat alien invasion di dalam badan aku pada waktu ini?

OyakawaWhere stories live. Discover now