Previously on Chapter 10 of Oyakawa
"Da." Jawab Noah perlahan. "Da closing da pun. Tinggal nak balik je." Noah betul-betulkan rambut dia.
"Ni balik dengan apa?" Tanya Harris lagi.
"Selalunya Noah call kawan. Nanti kawan ambil."
"Takpe la. Abang hantar Noah balik. Da jom ikut abang balik."
"Ta,, tapi.."
"Jangan nak melawan cakap abang boleh tak?" Kata Harris keras.
"Okay," Noah buat muka layu. "Sorry. Janganlah marah Noah." Kata Noah muram.
Harris letak dua-dua plastik bag atas lantai sebelum peluk Noah tetiba. Noah tersentak dengan aksi Harris yang tiba-tiba tu. "Takde la." Harris senyum. "Mana ada marah." Harris lepaskan pelukan sebelum gosok rambut Noah nakal. "Kenapa comel sangat ni?" Harris senyum makin lebar sampai mata jadi sepet.
Noah terus blushing. "Eh da jom la balik." Ajak Noah. "Ni beli barang apa yang banyak sangat ni?" Noah angkat satu plastik. "Eh KFC?!" Noah da teruja. "Sedapnya. Da lama tak makan KFC!! Untuk siapa ni? Untungnya orang tu sebab kau belikan KFC untuk dia." Noah gelak-gelak ceria sebelum gerak dari situ menuju ke lif. "Untuk roommate ke? Damn lucky! I wish I have someone like you."
Harris angkat satu lagi plastik sebelum perhati je Noah depan mata dia. Noah yang gelak happy dan ceria. Noah yang da tak marah-marah dia lagi da. Noah yang da tak moody. Noah yang sayang dia.
Noah sayang aku ke?
Noah sayang kau ke Harris?
Sayang ke?
My Noah.
Noah pusing belakang bila dia perasan yang Harris still berdiri tegak dekat tempat tadi.
"What?" Tegur Noah.
"Takde apa." Harris senyum. "Da jom balik."
Chapter 12
"Kita balik kolej aku je la terus." Bagitahu Harris.
Noah terus kerut dahi tengok Harris. "Tapi aku nak mandi dulu Harris. Tak sedap badan la kerja full time hari ni."
"Eh?" Harris pandang Noah sekilas sebelum tumpukan pemanduan dihadapan. Kereta sesak dengan orang berpusu-pusu balik dari shopping mall. Jarum jam da menunjukkan jam 1015 malam. Sekarang stuck dekat traffic jammed. Tapi takpe la. Dapat luang masa lebih dengan Noah. Keh keh keh.
"Nanti mandi dekat kolej aku je la." Ajak Harris. Kereta bergerak perlahan menuju ke universiti semula.
"And yeah, lepas tu nak bogel sebab takde baju apa-apa." Noah menjulingkan mata ke atas.
Harris tersengih. "Boleh jugak bogel. Boleh cuci mata."
Noah tolak bahu Harris. "Pervert. Perangai tak berubah betul dari zaman sekolah."
Harris gelak besar. "Nanti aku bagi la pinjam baju, seluar and all that. Jangan risau la."
Noah angkat bahu. "Kalau kau da cakap macam tu, aku setuju je la."
Harris gosok-gosok rambut Noah. "That's my boy."
Noah buat-buat gaya nak muntah dengan masukkan jari telunjuk ke dalam mulut. Harris geleng-geleng kepala je tengok perangai Noah. Gives You Hell / All American Rejects da berdentum dekat speaker radio kereta. Harris main-mainkan jari dekat stereng kereta ikut rentak Gives You Hell. Noah pulak bergumam sama ikut Tyson Ritter si vokalis utama menyanyi dekat radio.

ANDA SEDANG MEMBACA
Oyakawa
RomanceKisah seorang Harris Oyakawa mencari cinta hati. Kisah seorang budak lelaki 21 tahun cuba mengenal erti , apa itu menjadi remaja yang sopan dan remaja yang bertatasusila. Ini kisah seorang Harris Oyakawa menjadi romeo kelas pertama untuk mendapatk...