Previously on chapter 12 of OYAKAWA
Badan Noah da shaking. Harris cium dahi Noah sambil cuba tahan sebak. Semua salah kau Harris. Semuanya salah kau. Kau la punca kesemuanya apa yang terjadi pada Noah. Apesal aku jahat sangat dulu?
Dia cuba untuk tahan nangis. Tapi perlahan-lahan air mata dia jatuh jugak bila dia ingat balik apa yang dia pernah buat dekat Noah dulu. "I'm sorry sayang. I'm sorry." Dia cium rambut Noah sikit lepas tu. Bahagian depan baju dia da lencun denga air mata budak yang dia sayang ni. Noah genggam baju Harris kuat sambil menangis tak berhenti.
Ada lebih kurang 15 ke 20 minit lepas tu, Harris tolak rambut Noah ke belakang sebelum cium dahi budak lelaki tu lama-lama. Noah da berhenti menangis tapi mata and hidung budak lelaki tu merah macam badut. Mata budak tu nampak kuyu seolah-olah penat menangis. Noah elakkan pandangan dari Harris.
"Aku mintak maaf sangat-sangat." Harris pegang kedua-dua pipi Noah. Dia cuba untuk pandang anak mata Noah tapi budak lelaki tu tak nak pandang dia. "Pandang abang, sayang. Pandang abang please." Rayu Harris.
Tapi Noah tetap tak pandang Harris depan mata dia.
"Aku tahu aku fucked up semua benda tapi aku janji aku tak buat lagi. Aku sayang kau." Harris cium dahi Noah lagi. "I'm fucking love you." Suara Harris serak sikit. "Aku janji aku akan jaga kau. I will do anything for you sayang. Please, please. Maafkan aku weh. Jangan seksa aku lagi." Harris tahan sebak. "Aku da tak sanggup mimpi tiap malam pasal kau. I want you sayang."
Noah gigit bibir untuk tahan nangis sekali lagi. "Aku takut." Cebik Noah. "Bagi aku masa. Aku takut kena pukul lagi macam dulu-dulu." Air mata Noah meleleh lagi.
Harris angguk-angguk perlahan sebelum cium pipi Noah sekejap. Dia kesat air mata yang jatuh tu. Harris lepaskan pelukan dan sandar dekat kerusi. Noah terus tersandar dekat kerusi and pejam mata lepas tu tanda tak nak cakap apa-apa dah. Harris kerling Noah dekat sebelah sekejap sebelum masukkan gear kereta. Kereta bergerak lepas tu menuju semula ke universiti.
Harris capai satu tangan Noah and bawak ke peha dia. Tak lama lepas tu dia cium sebelum genggam erat tak nak kasi lepas.
Chapter 13
Harris park kereta dekat tempat parkir kereta. Dia kerling Noah dekat sebelah yang tengah tidur lepas nangis tadi. Noah tengah sandar dekat kerusi tapi kepala menghadap dia. Harris tolak rambut Noah ke belakang sebelum cium perlahan dahi budak lelaki tu. Harris sengih sesorang lepas tu macam orang angau. Hey! Jangan salahkan aku kalau aku sengih-sengih macam orang gila sekarang ni. Dulu aku ingat aku tak akan dapat cium budak ni lagi atau jumpa lagi , tapi sekarang, Noah ada dalam kereta dengan dia, siap tertidur lagi and a very great thing, dia baru cium dahi budak tu.
Of course tanpa budak tu sedar.
Kalau Noah sedar yang dia baru cium dahi budak lelaki tu, mahunya kena tendang keluar dari kereta sekarang ni walaupun kereta ni dia yang punya. As much dia sayang dekat Noah, dia still tak nak buat Noah jadi akward atau makin jauhkan diri dari dia. Harris mengeluh. Kalau dulu masa zaman sekolah, Noah yang beria-ia kejar kau tapi kau buat bodoh and buat tak tahu je. Sekarang, baru kau tahu perasaan nak mengorat orang macam mana which is sangat la memerlukan kesabaran barabas yang amat tinggi. Selama ni buat perangai macam peanut biggot kan?
Tak layan orang sana sini.
Kutuk orang sana sini.
Merendahkan orang sana sini.
Belasah orang sana sini.
Belasah Noah selalu.
Sangat-sangat la tak amik tahu hal orang lain and now, kau kena cuba sedaya upaya dengan menggunakan segala bagai perangai romeo untuk buat Noah jadi suka semula dekat kau.
YOU ARE READING
Oyakawa
RomanceKisah seorang Harris Oyakawa mencari cinta hati. Kisah seorang budak lelaki 21 tahun cuba mengenal erti , apa itu menjadi remaja yang sopan dan remaja yang bertatasusila. Ini kisah seorang Harris Oyakawa menjadi romeo kelas pertama untuk mendapatk...