"Kau debar da kenapa siak?" Tanya Nifael. "Motif nak berdebar sakan?" Nifael kerling Harris kat sebelah.
"Sejak bila aku berdebar?" Balas Harris balik.
"Da tu, apesal tak keluar? Nak bertapa dalam kereta ni sampai bila?"
Dia dengan Nifael da selamat sampai dekat sport centre universiti. Dekat sport centre tu, ada je tempat gym, balapan, padang bola, padang hoki, padang archery and berbagai lagi la. Nama pun da sport centre, apa yang kau orang boleh bayangkan lagi kan? Mesti la tempat yang full dengan equipment sukan kan?
Dari dalam kereta dia boleh nampak orang jogging dekat balapan dalam sport centre tu. Ada jugak bebudak olahraga yang tengah berlatih lari sana sini. Tapi dari kedudukan dia ni, dia memang tak dapat nak kenal pasti sorang-sorang, siapa makhluk dalam sport centre tu. Ada ke Noah dia hari ni?
Serius jantung dia berdegup laju gila. Ni kalau budak sekolah dia nampak dia nervous macam ayam kat sini, sah dia kena menganjing sebab buat perangai yang tak pernah dibuat oleh dia.
Budak gangster sekolah nervous nak jumpa kekasih? Kegilaan apakah itu.
Harris tersengih.
"Kau ayan apa pulak ni?"
"Takde apa." Lepas tu Harris terus keluar dari kereta. Nifael ikut sama sebelum tutup pintu kereta.
Harris kunci pintu kereta sebelum tarik nafas berat.
"Apa-apa pun, kita jumpa Atilia dulu kay. Aku da janji nak jumpa budak perempuan hot tu dulu."
"Okay." Jawab Harris sepatah. Entah bila entah sejak zaman dinasour mana entah dia mula cuak nak jumpa dengan Noah. After four years huh? Lepas empat tahun ye Harris. Tapi macam mana kalau tu bukan Noah dia. Noah dia?
Wekkkk.
HAHAHAHAHA.
Apa agakanya reaksi budak lelaki tu lepas jumpa aku.
Suka ke?
Harris mula bayangkan muka Noah yang ceria sampai sengih tak nampak mata tu. Budak lelaki tu memang la tersangat comel.
"Aku kat area parking sport centre ni."
Harris pandang Nifael. Dia nampak budak lelaki tu tengah borak dengan siapa-siapa entah dekat telefon. Tengah borak dengan Atilia la kot. Mamat Nifael tu pandang-pandang angkat kening pada dia lepas tu bila sedar yang dia sedang diperhatikan oleh Harris.
"Ni kawan aku tak sabar nak jumpa budak Noah tu." Canda Nifael.
Harris bulat mata tengok Nifael. Kawan dia tu pulak boleh buat muka nak tahan gelak macam apa je. Harris geleng-geleng kepala. Kawan dia memang la macam lahanat je. Tapi lahanat mana pun mamat tu, still dia kawan yang baik and bukan seorang yang judgemental.
Kenapa dia cakap Nifael tu bukan seorang yang judgemental?
Sebab kau ingat senang ke nak jumpa umat manusia yang open macam si Nifael tu yang tahu pasal kisah dia suka pada seorang budak lelaki yang lain.
It's not a normal story kan?
Nifael letak fon dalam poket sebelum berdiri sebelah dia.
"So?" Tanya Harris.
"Apa yang so so nya?" Nifael mula nak main-mainkan dia.
"Noah ada ke tak ?" Tanya Harris da mula geram.
Nifael terus tergelak. "Dude, tak pernah aku nampak kau seserius ni pasal seseorang. Sebelum ni punya la ramai yang tadah diri nak ajak kau berkasih sayang, kau still buat derk and tak layan je. Ni kalau pasal Noah, aku buat lawak sikit pun da nak marah."
![](https://img.wattpad.com/cover/70639568-288-k992410.jpg)
YOU ARE READING
Oyakawa
RomansaKisah seorang Harris Oyakawa mencari cinta hati. Kisah seorang budak lelaki 21 tahun cuba mengenal erti , apa itu menjadi remaja yang sopan dan remaja yang bertatasusila. Ini kisah seorang Harris Oyakawa menjadi romeo kelas pertama untuk mendapatk...