@1 Pembunuhan

6.4K 321 15
                                    

Awan mendung mula menutupi bumi. Waktu pagi yang selalunya cerah tiba-tiba bertukar menjadi muram dan kelam.

Sebuah perkampungan di dalam hutan menjadi tempat tinggal mereka berdua anak-beranak ini. 

Seorang anak gadis berusia 15 tahun hidup di dalam serba kekurangan tinggal bersama-sama dengan ibunya menapak kaki keluar rumah. Dia menyaukkan sepasang selipar jepun ke kaki dan kemudian dilihatnya sekilas lalu ibunya yang sedang menjahit baju di ruang tamu kecil rumah.

"Ibu, Lili keluar dulu ya. Jangan lupa makan ubat. Bye. Bye." laung Lili dari luar.

"Yela. Kamu tu hati-hati ke kedai jugak." balas ibunya.

"Baiklah!!" jawabnya dengan senyuman manis sambil meninggalkan rumah.

.....

Seusai Lili sampai ke rumah setelah menyelesaikan urusan di kedai, dia membuka seliparnya  lalu terus berlari menuju ke dapur dengan wajah riangnya.

Di tangannya, dibimbit sebuah beg plastik berwarna oren cerah. Yang mana di dalam beg plastik tersebut terdapat beberapa biji buah naga berwarna merah. Buah naga itu adalah buah kegemaran ibunya. 

"Ibu, Lili ada bawak balik buah kegemaran ibu ni, Pak Ali yang bagi tadi." kata Lili di dapur.

Rumahnya senyap. Panggilannya tidak disambut ibunya.

"Ibu?"soal Lili. Dia berjalan keluar dari dapur sambil memegang plastik berisi buah naga. Dia berkerut dengan penuh kehairanan. Jantungnya mula berdegup kencang lalu digosoknya dada yang mula tidak tenang itu. 

"Kenapa ni?" Soalnya sendirian.

Awan hitam mula menutupi langit dan menggelapkan seluruh kawasan rumah. Angin dan ribut  juga tidak kalahnya meniupkan pokok-pokok yang ada di situ. Beberapa saat kemudian, hujan lebat turun ke bumi bersama-sama rintikan hujan yang berat dan siulan ribut yang terdengar menggegarkan bumbung zink rumah Lili.

Lili berjalan perlahan ke ruang tamu, tempat berada ibunya tadi sebelum dia keluar dari rumah. Dia berjalan dan berjalan sehinggalah sekujur tubuh seorang manusia yang terlantar di lantai menghentikan tapakannya.

Matanya membulat luas.  Di dalam kegelapan itu, tiba-tiba kilat dan guruh memancar-mancar di luar rumah. 

Sekujur tubuh dengan matanya terbeliak luas seperti kena seksa benar-benar membuatkan dia hilang jiwa.Mayat wanita itu, darahnya mengalir dengan banyak sekali. Plastik oren yang dibimbitnya itu terlucut dari tangan dan segala isi di dalamnya jatuh bertaburan ke lantai. Kakinya mula bergetar dengan getaran yang teramat dahsyat menyebabkan dia terduduk kerana hilang kekuatan untuk berdiri. 

Lili menjadi kelu. Tidak tahu hendak membuat apa. 

"Ibu!!.. Ibu!!.. Ibu!!! "jeritnya dengan air mata yang tidak henti-henti keluar.

...........................................

"Lili. Bersabarlah." kata Mak cik Minah, menenangkan jirannya itu.

"Mak Minah. Kenapa ibu Lili kena bunuh? Kenapa lelaki tu sanggup bunuh ibu! Lili sayangkan ibu Lili! Lili nak balik ibu Lili." ujar Lili dengan teresak-esak.

Mak Minah memeluk Lili rapat ke badannya. Kemudian, diusapnya perlahan rambut Lili yang hitam itu.

"Lili. Mak Minah tak tahu apa sebab lelaki tu bunuh ibu Lili. Kita adalah manusia, Lili. Kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas ni dalam hidup kita. Macam mana pengakhiran kita. Ini sudah tentu ketentuan ilahi yang telah diaturkan. Ada sebab dan hikmah kenapa tuhan pilih kamu untuk hadapi dugaan ni. Kamu kena kuat, Lili. Lagipun , Ibu kamu dah pun pergi. Yang mati pasti akan mati. Dia takkan kembali lagi, nak"

"Ibu. Ibu. Ibu~" raung Lili. Dia memeluk erat Mak Minah menyebabkan baju Mak Minah basah dengan air matanya.

Setelah seminggu kejadian itu berlaku,
 Lelaki yang membunuh ibu Lili, telah berjaya ditangkap dan kes tersebut dibicarakan di mahkamah. Dia dikenakan hukuman mati atas kesalahan yang dilakukan kerana bukan sahaja membunuh ibu Lili tetapi ramai lagi manusia yang tidak bersalah.

...........................................

Kini Lili sudah berusia 16 tahun,

Walaupun tragedi ini sudah setahun berlalu namun hakikat yang Ibunya dibunuh masih lagi tetap segar di dalam ingatan. Hidupnya penuh dengan kemurungan dan kesedihan. Trauma yang dialaminya benar-benar membuatkan dia menjadi takut untuk berhadapan dengan dunia.

Lili termenung melihat pohon-pohon yang sedang menari-menari ditiup angin melalui tingkap bilik. Dia memandangnya dengan pandangan kosong. Tanpa reaksi dan perasaan. 

Mak Minah yang berada di depan pintu datang menjenguk Lili dengan pandangan sayu. Dia kesian dengan keadaan Lili sekarang ini. Namun, dia tak boleh biarkan Lili membawa perasaannya  jauh dari alam realiti. Mak Minah mula berfikir. Dia harus menolong Lili supaya Lili dapat lupakan semua kesedihannya dengan mulakan hidup yang baru.

Mak Minah mengetuk pintu bilik Lili memecahkan lamunan Lili. Lili kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Mak Minah. Seperti sedia kala pandangan kosongnya masih lagi tetap tidak berubah.

"Lili. Mak Minah berhajat nak ajak kamu jenguk rumah lama kamu.Sambil-sambil tu bolehlah Mak Minah kemaskan rumah kamu tu. Kamu nak ikut?" soal Mak Minah,

Lili kini tinggal bersama-sama Mak Minah selepas kejadian itu. Dia dah anggap Mak Minah itu sebagai ibunya kerana terlalu rapat dengan Mak Minah.

Sudah lama dia tidak pergi ke rumah lamanya. Walaupun hatinya berat hendak pergi, dia tabahkan diri untuk berhadapan dengan realiti. Lagipun dia telah berjanji dengan Mak Minah untuk ke sana kelmarin.

"Ya. Saya nak." kata Lili dalam keadaan yang serba salah.

Mak Minah dan Lili pergi ke rumahnya. Semasa sampai ke rumah Lili terdapat sebuah kereta mewah di hadapan rumah.

"Kereta siapa tu Lili?"tanya Mak Minah.

"Entah. Sepanjang Lili hidup dekat sini takde pulak kereta mewah datang menyinggah. Kalau ada pun kereta lembu jelah yang selalu lalu lalang sini." kata Lili dalam kebingungan.

"Kalau macam tu. Marilah kita pergi tanya dia apa yang dia buat dekat sini. jom" kata Mak Minah.

....................................................

ICE HEARTWhere stories live. Discover now